Thursday, 11 April 2013

Potong Kuku Mengikut Sunnah Berdasarkan Imam Ahmad

Pendapat Imam Ahmad agak rumit sedikit untuk diikuti tapi sangat mujarab kerana sabit kepada satu hadith Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata." (Boleh rujuk dalam kitab Kitab Al-Mughni)

'Mukholifan' bermakna tertib-tertib seperti yang ditunjukkan.

Menurut Imam Ahmad:

Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk.

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga.

Ini bermakna kaedah ini perlu dilakukan secara berselang-seli. Bacalah dua tiga kali supaya faham sambil amalkan.

Wallahualam..
Mudah-mudahan bermanfaat... :

Sumber: Copas~
Jangan lupa potong kuku pada hari sunnah juga (Isnin, Khamis dan Jumaat).
Moga kita antara umat yang mendapat syafaat dari Rasulullah saw dengan Allah swt :)

Wednesday, 20 March 2013

Pilihan Raya 13

Bismillahirrahmanirrahim..

Okey, umur saya sudah 23 tahun (tahun 2013) jadi layak mengundi dan layak memilih calon dan pantas juga bersuara. Malaysia kan negara demokrasi.. Jadi jangan lah dok kata saya masih mentah, budak hingusan lagi dan macam-macam lagi.

Lupakah kisah para sahabat? Mereka berjuang dalam usia yang muda! Bahkan lebih muda dari saya (malu =_=). Saya suka ambil dari lirik lagu Muslim for Life oleh Soldier of Allah mengenai pemuda yakni para sahabat yang masih muda tetapi sudah banyak memberi sumbangan kepada Islam? Kau ada? (ayat sentap)

Now
If we dont change society
On the Day of Judgement
We are going to stand 
In front of Allah
There will be no excuses
For being useless

Without Islam in our lives
Our lives are fruitless
Leaving behind, all things
Taking nothing
But our deeds
On the last day it will be
Too late to repent
We will be accountable

For every minute and cent
That we spent
Islamicly intact
My brothers got my back
Syaitan can't attack
Because were always in a pack

*M. U .S .L .I .M
Muslim for life
And will never give in
We stand up and speak out
Against who those oppress
We take Islam and
We take no less 2x

Prophet showed us
How to be a statesman
A father, a leader
Amir of jihad
A husband, a judge
And a friend

A mesenger
That Allah has sent
Thats the example
That we content
He cultured
The sahabah personalities
Built islamic mentalities
Gave them the bigger scope

To spread Islam
All over the globe
They say you're too young
To change this world
Too young to understand

Look at Ali (r.a.)
At 8 he was matured
Like a man
Carrying this message 
Of Islam

Khalid ibn Waleed
Conquering land
Liberating kufar to Islam
Abu Bakr, politically sharp
Was side by side
With the prophet From the start

We are the youth
Let us bring Islam back
We did it in the past
So let us do it again

ulang *

Carrying Islam
Is like carrying a hot coal
Pure pressure surround us
But we won't fold
When time become tough
Remember Jannah

It was difficult
Even for sahabas
No success
Without struggle
Keep our best friends Muslim
So we re always out of trouble
Checking our ideas
The way we think

Based on Islam
Because Islam is our Deen
Bonded by our ideas
Islamically connected
Days of jahilliyah
Alhamdulillah we left it
Islamic as yardstick
That we measure
Only for Allah
And to gain HIS pleasure

ulang *

Much props to my sisters
Carrying this Deen
And to my brothers
With the same mean
We will never idolize
It's no surprise
The youth realize
Jannah is the only prize

Standing together
Kafirs worsy nightmare
Muslim united
And not scared
Following only Quran
And the Sunnah
And Ummah
Who loves Allah
More than this dunnyah

ulang *


Berdasarkan pink highlighted tu menunjukkan ramai orang yang memberi persepsi mengenai anak muda. Apabila anak muda mula bersuara, muncul lah kata-kata: "engkau masih muda"," engkau tak tahu", "..masih mentah lagi..", dan lain-lain. Habis tu? tengok pula para sahabat?

Subhanallah, walau umur belum layak mengundi tetapi semangat yang ada pada mereka mengalahkan umur kanak-kanak sekarang! Wah sentap lagi. Jadi perlu ke umur seseorang dilihat untuk menghakimi semangat seseorang? Kita semua sudah sedia maklum bahawa, Allah tidak memandang seseorang melalui luarannya. Ya, hanya dilihat Allah swt adalah ketaqwaanya.
Justeru berlumba-lumba lah kita menggapai taqwa dalam diri kita, kerana sudah semestinya kita mahu Allah melihat kita seperti anak-anak yang bersungguh-sungguh melakukan pelbagai perkara pelik untuk menarik perhatian ibu bapanya? Samalah kita. Seharusnya kita mesti lebih bersungguh daripada mereka kerana kita lebih tahu menilai berbanding mereka. Janganlah sampai kita memalukan diri kita sendiri di hadapan anak-anak. Astaghfirullahalazim..

Begitula alkisahnya...
Jadi saya berhak menyuarakan suara dan kehendak saya dalam perjuangan ini, selagi ia tidak melanggar batasan syarak.

Undilah calon muslim yang berwibawa!
Sekian~

Memilih Pimpinan Bukan Muslim

"Di antara perkara yang membatalkan syahadah ialah mempercayai kepimpinan orang kafir dan munafiq. Dalam surah Al-Maidah ayat 57, firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpin kamu orang-orang yang menjadikan agama kamu ejekan dan mainan di kalangan orang-orang yang telah diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir. Bertawakkallah kepada Allah jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman," kata akhi Ammir.

"Selain itu, Allah ada juga menyebut
dalam surah An-Nisa' ayat 138 hingga 139. Beritahulah kepada orang-orang munafiq itu bahawa mereka akan mendapat siksa yang pedih, iaitu orang-orang yang mengambil orang kafir menjadi teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah dengan mereka mencari kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kemuliaan itu kepunyaan Allah," sambungnya lagi.

"Dan sekali lagi Allah mengingatkan kita dalam 
surah Al-Imran ayat 28. Firman-Nya yang bermaksud: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi Wali (pemimpin, pelindung, penolong, teman akrab) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa yang berbuat demikian nescaya lepaslah ia dari Allah, kecuali kerana Taqiyyah (helah memelihara diri) dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa-Nya) dan hanya kepada Allah tempat kembali." Akhi Ammir berhenti seketika.

"Jelaslah bahawa ayat-ayat tersebut tidak membenarkan orang-orang yang beriman meredhai kepimpinan orang kafir menguasai negara Islam, tetapi kebenaran kerana memelihara diri tersebut hanya pada lahirnya sahaja dan sesungguhnya terbatallah syahadahnya kalau sekiranya hatinya redha walaupun keadaan takut. Menurut riwayat Ibn 'Abbas r.a bahawa Taqiyyah itu hanya pada lahirnya sahaja tetapi hatinya tidak redha."


~petikan RADHA
kaler-kaler pulak kali ni

Tuesday, 5 March 2013

Selepas Subuh

Jangan Tidur Selepas Subuh!
Waktu subuh adalah waktu yang agak mencabar bagi sesetengah muslim. Sebab itu juga ramai yang tewas untuk solat subuh awal. Jadi wujudlah terms 'subuh gajah' atau 'subuh dinasour' dan lain-lain lagi. 

Walaubagaimanapun bagi mereka yang berjaya pula, akan tewas untuk menahan kantuk selepas menunaikan solat subuh. Apa lagi yang mampu dilakukan? Jadilah term, 'tidur selepas subuh'.

Mesti semua sudah sedia maklum, tidur selepas subuh sangat-lah tidak elok untuk diamalkan selalu. InsyaAllah, di sini akan senaraikan akibat tidur selepas subuh. Hal ini supaya kita tidak menjadikan tidur selepas subuh adalah amalan biasa bagi seorang muslim.
Antaranya:

  • Kelam kabut
Bila bangun lambat, urusan menjadi tidak teratur kerana kalut untuk pergi kuliah, misalnya.
  • Mudah untuk berprasangka negatif
Masa itu  mulalah fikir yang bukan-bukan kepada orang sekeliling kita. Contohnya, marah kat seseorang kerana tidak kejutkan awal sehingga terlewat untuk pergi kuliah, kerja dan sebagainya.
  • Bersikap emosional
Panas baran, ada sahaja perkara yang tidak kena di matanya. Tidak ceria. Kelihatan muram. Buat kerja pun serba tidak kena. Semangat pula hilang entah ke mana.

Inilah antara akibat tidur selepas subuh yang sempat dicoretkan di sini. Sebenarnya banyak lagi. Justeru waktu selepas subuh tu, gunalah masa dengan sebaik-baiknya. Bukanlah bererti tidak boleh tidur langsung, sebab manusia tidak lari dari sifatnya yang lemah, kerana yang paling berkuasa hanyalah Allah azzawajalla. Cuma tidur itu tidak perlu berlebih-lebihan. Tidaklah sampai bentang toto balik atau tarik selimut semata-mata nak sambung tidur. Tidak elok lah jadinya. Lainlah jika ada masalah lain yang dibolehkan.

Rasullullah saw pernah berdoa: "Ya Allah berkatilah ummatku pada waktu pagi hari mereka (waktu fajar)". Jadi kepada sesiapa yang tidur selepas subuh itu, berkemungkinan besar akan terlepas keberkatan seperti yang didoakan oleh Rasullullah saw kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad saw. 

Justeru, di waktu yang berkah itu, eloklah kita membuat pelbagai perkara yang baik. Bagi yang ingin menghafal al-quran, hafallah al-quran selepas subuh. In syaa Allah, senang menghafal dan senang mengingat. Sebab itu bagi pelajar, wajar belajar atau mengulang kaji di pagi hari, kerana di situ ada keberkatannya. In syaa Allah hari yang dilalui pada hari itu akan menjadi tenang dan tenteram. InsyaaAllah akibat-akibat yang dinyatakan di atas, tidak akan berlaku kepadanya.

Sedikit mengenai hikmah menghafal al-quran:

  1. Bagi sesiapa yang menghafal al-Quran di subuh hari, kemudian pada hari itu dia sedang berpuasa insyaaAllah mulutnya akan rasa selesa sentiasa.
  2. Membuat hafalan sebelum tidur, insyaaAllah, bangun pagi senang dan akan terasa segar. InsyaaAllah cubalah!
Wallahualam~

Saturday, 23 February 2013

Saya Rasa Saya Sangat Bertuah

Assalamualaikum. wbt.

Alhamdulillah, saya rasa sangat bertuah kerana saya telah terpilih oleh Allah swt untuk hadir dua program yang besar pada saya iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA kali ke-6 pada hari sabtu yang lepas (16 Feb) dan Majlis Pelancaran Jentera ISMA bagi PRU-13 pada keesokkan harinya. Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk hadir kedua-dua program hebat ini.
Perwakilan dan Pemerhati PEMBINA dari seluruh Malaysia

Apa yang menyebabkan saya rasa program ini begitu hebat?

Program ini dihadiri orang-orang muslim yang hebat. Mereka hebat kerana berani mempertahankan yang hak dari yang batil. Melihat situasi sekarang ini, ramai pihak yang seolah-olah mengajak orang ramai pergi jauh dari Islam dan merasa bangga apabila berjaya melakukan perkara itu.

Walaubagaimanapun, muslimin-muslimat yang hebat ini mereka berani sekali mengajak orang ramai untuk kembali ke Islam yang sebenar. Ajakan ini bukan hanya sekadar teori semata-mata yang mudah didapati di dalam majlis-majlis ilmu seperti halaqah, taklim, daurah dan sebagainya, tetapi di sini mereka mempraktikkan apa yang digesakan sebelum ini melalui teori.
Sebahagian dariAhli ISMA dari seluruh negara


Kenapa mereka berani?

Di zaman yang penuh fitnah dan mehnah ini, ramai sekali pejuang agama yang mahu memperjuangkan agama Islam yang semakin lama semakin rancak dinjak-injak oleh musuh Islam dengan rakusnya. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang ingin tampil ke hadapan untuk menyahut seruan jihad ini iaitu demi menegakkan syiar Islam. Agama yang mulia lagi diredhai Allah s.w.t.

Alhamdulillah melalui kedua-dua program yang saya ikuti ini, saya melihat mereka sangat berani menyatakan kebenaran. Bukan itu sahaja, mereka juga malah berani bertindak ke hadapan, berani menempatkan diri dalam masyarakat demi mempertahankan Islam yang tercinta. Pada pemerhatian saya yang serba hina ini, saya tidak nampak anggota kumpulan yang lain yang seberani mereka untuk tampil menentang kemungkaran. Yang lain hanya berani bersuara, mengkritik tanpa ada sebarang tindakan yang dibuat.

Saya jelaskan sedikit, [kalau perasan saya banyak berkias dalam penulisan ini]. Dalam tarbiyah yang kita ikuti, kita diajar tentang maratib amal. Apa itu maratib amal? Maratib amal itulah adalah langkah-langkah yang perlu dicapai demi menegakkan dan menyebarkan Islam ke serata dunia. Ia bermula dengan:
  1. Individu Muslim (IM)
  2. Keluarga Muslim (BM)
  3. Masyarakat Muslim (MM)
  4. Kerajaan Muslim (KM)
  5. Negara Muslim (DM)
  6. Khalifah Islamiyyah
  7. Ustaziatul Alam
Senarai di atas adalah senarai maratib amal yang saya tahu serba sedikit terms dia.  

Saya tahu banyak jamaah di Malaysia ini yang berusaha untuk sampai ke tingkat tertinggi iaitu ustaziatul alam.    Dengan membawa risalah Imam Hasan al Banna, mereka berusaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat Malaysia dengan metod-metod tertentu.

Tapi saya pelik, apabila satu jemaah ini ingin melibatkan ahlinya untuk terjun ke bidang politik, ramai yang menolak. Bahkan mengkritik NGO ini kerana sebelum ini mengatakan bahawa ia adalah non-partisan? Tapi sekarang sudah tidak sama? Berulangkali presiden nya memberi jawapan, NGO ini tidak terlibat dengan politik, hanya ahlinya sahaja terlibat. Bukankah sangat berbeza, dengan NGO itu yang terlibat dengan ahlinya terlibat? Sama juga kalau anak Pak Abu, Ali, nak join politik, sedangkan Pak Abu bukan orang politik. Dalam masa yang sama ramai orang kenal Ali sebagai anak Pak Abu. Salahkah Ali mahu melibatkan diri dalam politik, tambah-tambah lagi ayahnya, Abu sangat menyokong dan menggalakan akan pendiriannya Ali.
Ringkasnya, NGO ini bukan parti politik. Noktah.

Yang ingin saya tekankan di sini, semua orang mahu ke peringkat ustaziatul alam. Tapi untuk ke situ kita harus melalui tingkat-tingkatnya dahulu. Justeru kena melalui IM, KM, DM dan seterusnya. Tapi apabila NGO ini ingin melalui peringkat DM ramai pula menentang. Katanya tak perlulah nak berpolitik. Berdakwah sajalah. Jadi macam mana ingin sampai ke ustaziatul alam kalau langkahnya dihalang pula. Bukankah Islam itu syumul? Politik bukan sebahagian dalam Islam kah? Lagi pula dakwah itu kan luas caranya. Bukan terhad dengan sesuatu pendekatan sahaja, selagi mana tidak keluar dari landasan syariat.

Itulah sebab saya mengatakan bahawa mereka BERANI! Berani melakukan perkara yang orang lain fikir sukar untuk melaksanakannya. Berani untuk berfikir di luar kotak walaupun tahu hasil fikiran dan perbincangan mereka akan dicemuh oleh masyakat.
Hebatkan mereka? Ya.

Syabas ISMA. Moga terus melahirkan masyarakat yang beragenda!
Syabas PEMBINA. Semoga terus meneraju mahasiswa!
Semasa sidang media

PEMBINA, 1 Syahadah~Meneraju Arus Mahasiswa

Wallahualam.
*Alangkah bahagianya nanti jika dapat bertemu dengan manusia yang paling dikagumi, paling agung di dunia, Rasulullah saw :')

Saturday, 26 January 2013

Lyn

Jazakillah khairan kathira for coming...gonna miss you... Lyn moga terus tsabat ya...amin.. Moga Allah merahmatimu selalu~~
Babai Lyn~
Inni uhibbukifillah _Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah <3

Thursday, 24 January 2013

Quiz Mengenal Salasilah Rasulullah saw

~SALAM MAULIDUR RASUL~

In syaa Allah sempena  maulidur rasul kali ini tahun 1434H, saya ingin berkongsi sepuluh kuiz mengenai salasilah Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Sudah tentu kuiz ini ada jawapannya. Nama kuiz ini ialah Quiz jejak Salasilah Nabi muhammad SAW. Berikut merupakan soalannya:

SOALAN 1
Siapakah nama datuk nabi yang ke-empat?

SOALAN 2
Siapakah nama datuk nabi yang pertama? Berikan beserta nama ayahnya.

SOALAN 3
Apakah nama sebenar datuk baginda?

SOALAN 4
Siapakah anak kesayangan datuk baginda? Kenapa?

SOALAN 5
Siapakah seibu sebapa dengan jawapan diatas? Berapa orangkah yang seibu sebapa dengan jawapan di atas?

SOALAN 6
Tahukah anda datuk baginda pernah bernazar mengenai anak lelaki? Apakah nazar itu?

SOALAN 7
Berapa ekorkah unta yang harus disembelih untuk menebus anak kesayangannya itu? Bagaimana?

SOALAN 8
Rasullah saw ada bersabda yang bermaksud, “aku adalah anak di antara dua orang yang akan disembelih” . Siapakah 2 orang itu?

SOALAN 9
Tahukah anda telaga zam-zam pernah hilang satu ketika sehingga muncul kembali semasa pemerintahan datuk baginda? Bagaimana datuk baginda dapat menemui telaga zam-zam dan di mana?

SOALAN 10
Apakah maksud Quraisy?


Sebelum tengok jawapan, cuba jawab dulu soalannya. Barulah kita dapat  menilai diri kita, sejauh mana kita mengenali Rasulullah s.a.w.
Moga sukses ya!







jeng.......






jeng..........









jeng...........





Tadaaaa!

Jawapannya adalah:
JAWAPAN 1: Qusai bin Kilab

JAWAPAN 2: Abdul Mutalib bin Hasyim

JAWAPAN 3: Syaibah=si uban. Mengikut riwayat semasa lahir telah terzahir beberapa uban di kepalanya. Beliau juga dikatakan mempunyai anak seramai 16; 10 lelaki, 6 perempuan.

JAWAPAN 4: Abdullah kerana anak yang paling menawan wajahnya dan yang paling halus kesopanannya

JAWAPAN 5: Abu talib. 2 orang iaitu Abu Talib dan Abdullah.

JAWAPAN 6: Bernazar untuk mendapatkan ramai anak lelaki kerana dengan memiliki ramai anak lelaki dikatakan mulia di mata masyarakat. Jika dia mendapat ramai anak lelaki dia akan korbankan salah seorang dari mereka untuk tuhannya dengan menyembelih. Akhirnya 30 tahun kemudian dengan takdir Allah dia dikurniakan 10 orang anak lelaki. Cara dia mengundi adalah dengan mengajak kesepuluh anaknya berhadapan kaabah menghadap berhala Isaf dan Nailah untuk membuang undi. Akhirnya nama Abdullah juga yang keluar setelah 3 kali cabutan dibuat berturut-turut. Pada asalnya beliau cemas untuk mengorbankan anaknya yang paling dikasihinya tetapi oleh sebab telahpun bernazar maka dia tekad untuk melakukannya. Para pembesar yang mengetahui Abdul Mutalib akan menyembelih anaknya, menghalangnya dari berbuat demikian dan berusaha memberi cadangan yang lain kerana khuatir akan ramai lagi orang yang akan menyembelih anak masing-masing kerana Abdul Mutalib pembesar yang disegani ramai. Setelah melakukan syura, akhirnya mereka membuat keputusan untuk bertemu dengan dukun perempuan di Madinah. Setelah diceritakan mengenai permasalahan Abdul Mutalib, dukun itu menyuruh membayar denda sebagai tebusan kerana membunuh manusia. Mengikut quraisy, seorang manusia yang dibunuh dendanya adalah sebanyak 10 ekor unta. Jadi dukun itu memberi jalan supaya meyembelih 10 ekor unta, kemudian cabut sekali lagi, kalau nama Abdullah juga yang keluar, sembelih 10 ekor unta lagi dan cabut undi lagi sehingga bukan nama abdullah yang keluar tetapi unta. (pilihan undian hanyalah unta dan abdullah).

JAWAPAN 7: 100 ekor unta kerana cabutan yang kesepuluh barulah nama unta yang keluar.

JAWAPAN 8: Nabi Ismail a.s dan Abdullah bin Abdul Mutalib

JAWAPAN 9: Terfikir untuk mencari semula telaga setelah menyedari sukar memberi minum kepada jemaah haji. Beliau telah bermimpi sebanyak 2 kali kerana ada kata-kata yang berkata kepadanya yang berbunyi: “wahai sheikh besar galilah telaga zam-zam”. Kali kedua baru beliau tahu tempatnya iaitu diantara berhala Naila dan Isaf. Hanya beliau dan anaknya yang sulung melakukan kerja-kerja penggalian kerana pembesar yang lain tidak mempercayainya. Sehingga akhirnya mereka berdua berjaya menemukan telaga tersebut. Bergembiralah dan bersyukurnya Abdul Mutalib atas kurnian tersebut.

JAWAPAN 10: Pembahagi roti. Sebenarnya kesemua datuk-nenek Rasulullah saw adalah pembesar dan orang yang dihormati, ternama di zaman masing-masing. Bahkan Fihr bin malik (datuk ke-9) amat masyhur kerana sifat kedermawanannya  sehingga digelar quraisy, kerana dialah yang berusaha mengumpul sebanyak mungkin roti-roti dari penduduk mekah untuk diberi kepada jemaah haji yang kelaparan pada musim kemarau.


Jadi bagaimana keputusan anda? Dapat 10/10? Walau apapun markahnya, saya ucapkan tahniah kerana mencuba. Kepada sesiapa yang tidak cuba, kena cuba. :) Semoga selepas ini kita akan lebih mendalami belajar sirah dan membaca sirah. Kenapa?


Kerana dari sirah, ada bekalannya.

Wallahualam..

Sumber: Riwayat Rasulullah saw; Sejarah dan Perjalanan Hidup Nabi Muhammad  s.a.w.