Thursday 24 January 2013

Quiz Mengenal Salasilah Rasulullah saw

~SALAM MAULIDUR RASUL~

In syaa Allah sempena  maulidur rasul kali ini tahun 1434H, saya ingin berkongsi sepuluh kuiz mengenai salasilah Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Sudah tentu kuiz ini ada jawapannya. Nama kuiz ini ialah Quiz jejak Salasilah Nabi muhammad SAW. Berikut merupakan soalannya:

SOALAN 1
Siapakah nama datuk nabi yang ke-empat?

SOALAN 2
Siapakah nama datuk nabi yang pertama? Berikan beserta nama ayahnya.

SOALAN 3
Apakah nama sebenar datuk baginda?

SOALAN 4
Siapakah anak kesayangan datuk baginda? Kenapa?

SOALAN 5
Siapakah seibu sebapa dengan jawapan diatas? Berapa orangkah yang seibu sebapa dengan jawapan di atas?

SOALAN 6
Tahukah anda datuk baginda pernah bernazar mengenai anak lelaki? Apakah nazar itu?

SOALAN 7
Berapa ekorkah unta yang harus disembelih untuk menebus anak kesayangannya itu? Bagaimana?

SOALAN 8
Rasullah saw ada bersabda yang bermaksud, “aku adalah anak di antara dua orang yang akan disembelih” . Siapakah 2 orang itu?

SOALAN 9
Tahukah anda telaga zam-zam pernah hilang satu ketika sehingga muncul kembali semasa pemerintahan datuk baginda? Bagaimana datuk baginda dapat menemui telaga zam-zam dan di mana?

SOALAN 10
Apakah maksud Quraisy?


Sebelum tengok jawapan, cuba jawab dulu soalannya. Barulah kita dapat  menilai diri kita, sejauh mana kita mengenali Rasulullah s.a.w.
Moga sukses ya!







jeng.......






jeng..........









jeng...........





Tadaaaa!

Jawapannya adalah:
JAWAPAN 1: Qusai bin Kilab

JAWAPAN 2: Abdul Mutalib bin Hasyim

JAWAPAN 3: Syaibah=si uban. Mengikut riwayat semasa lahir telah terzahir beberapa uban di kepalanya. Beliau juga dikatakan mempunyai anak seramai 16; 10 lelaki, 6 perempuan.

JAWAPAN 4: Abdullah kerana anak yang paling menawan wajahnya dan yang paling halus kesopanannya

JAWAPAN 5: Abu talib. 2 orang iaitu Abu Talib dan Abdullah.

JAWAPAN 6: Bernazar untuk mendapatkan ramai anak lelaki kerana dengan memiliki ramai anak lelaki dikatakan mulia di mata masyarakat. Jika dia mendapat ramai anak lelaki dia akan korbankan salah seorang dari mereka untuk tuhannya dengan menyembelih. Akhirnya 30 tahun kemudian dengan takdir Allah dia dikurniakan 10 orang anak lelaki. Cara dia mengundi adalah dengan mengajak kesepuluh anaknya berhadapan kaabah menghadap berhala Isaf dan Nailah untuk membuang undi. Akhirnya nama Abdullah juga yang keluar setelah 3 kali cabutan dibuat berturut-turut. Pada asalnya beliau cemas untuk mengorbankan anaknya yang paling dikasihinya tetapi oleh sebab telahpun bernazar maka dia tekad untuk melakukannya. Para pembesar yang mengetahui Abdul Mutalib akan menyembelih anaknya, menghalangnya dari berbuat demikian dan berusaha memberi cadangan yang lain kerana khuatir akan ramai lagi orang yang akan menyembelih anak masing-masing kerana Abdul Mutalib pembesar yang disegani ramai. Setelah melakukan syura, akhirnya mereka membuat keputusan untuk bertemu dengan dukun perempuan di Madinah. Setelah diceritakan mengenai permasalahan Abdul Mutalib, dukun itu menyuruh membayar denda sebagai tebusan kerana membunuh manusia. Mengikut quraisy, seorang manusia yang dibunuh dendanya adalah sebanyak 10 ekor unta. Jadi dukun itu memberi jalan supaya meyembelih 10 ekor unta, kemudian cabut sekali lagi, kalau nama Abdullah juga yang keluar, sembelih 10 ekor unta lagi dan cabut undi lagi sehingga bukan nama abdullah yang keluar tetapi unta. (pilihan undian hanyalah unta dan abdullah).

JAWAPAN 7: 100 ekor unta kerana cabutan yang kesepuluh barulah nama unta yang keluar.

JAWAPAN 8: Nabi Ismail a.s dan Abdullah bin Abdul Mutalib

JAWAPAN 9: Terfikir untuk mencari semula telaga setelah menyedari sukar memberi minum kepada jemaah haji. Beliau telah bermimpi sebanyak 2 kali kerana ada kata-kata yang berkata kepadanya yang berbunyi: “wahai sheikh besar galilah telaga zam-zam”. Kali kedua baru beliau tahu tempatnya iaitu diantara berhala Naila dan Isaf. Hanya beliau dan anaknya yang sulung melakukan kerja-kerja penggalian kerana pembesar yang lain tidak mempercayainya. Sehingga akhirnya mereka berdua berjaya menemukan telaga tersebut. Bergembiralah dan bersyukurnya Abdul Mutalib atas kurnian tersebut.

JAWAPAN 10: Pembahagi roti. Sebenarnya kesemua datuk-nenek Rasulullah saw adalah pembesar dan orang yang dihormati, ternama di zaman masing-masing. Bahkan Fihr bin malik (datuk ke-9) amat masyhur kerana sifat kedermawanannya  sehingga digelar quraisy, kerana dialah yang berusaha mengumpul sebanyak mungkin roti-roti dari penduduk mekah untuk diberi kepada jemaah haji yang kelaparan pada musim kemarau.


Jadi bagaimana keputusan anda? Dapat 10/10? Walau apapun markahnya, saya ucapkan tahniah kerana mencuba. Kepada sesiapa yang tidak cuba, kena cuba. :) Semoga selepas ini kita akan lebih mendalami belajar sirah dan membaca sirah. Kenapa?


Kerana dari sirah, ada bekalannya.

Wallahualam..

Sumber: Riwayat Rasulullah saw; Sejarah dan Perjalanan Hidup Nabi Muhammad  s.a.w.

No comments:

Post a Comment