Friday 28 February 2014

Juzuk lapan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah saya telah berpeluang untuk membaca maksud (terjemahan) juzuk 8 al-Quran resam Uthmani.

Kesimpulan yang saya dapat dari juzuk 8 yang terkandung dua surah, sebahagiannya adalah surah al-an'am (6:111-7:87) dan sebahagian lagi surah a'raf.

Al-an'am yang bermaksud haiwan ternak menunjukkan nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia di muka bumi ini. Orang kafir banyak telah melakukan pendustaan terhadap Allah. Mereka melakukan tipu daya bagi kepentingan mereka sendiri selain mendustakan ayat-ayat Allah. Moga kita dijauhkan dari sikap begini.  Nikmat yang Allah kurniakan juga menunjukkan sedikit sahaja orang yang bersyukur. Nikmat yang Allah kurniakan bgitu banyak, tidak terhitung..tetapi sedikit sahaja yang kita syukuri..astaghfirullahalazim..Nauzubillahimin zalik.

Al-A'raf, yang bermaksud tempat tertinggi, iaitu orang yang berada di tengah-tengah antara syurga dan neraka. Di sini, Allah menceritakan tentang balasan neraka kepada orang-orang kafir yang melakukan pendustaan kepada Allah. Mereka hanya bertaubat semasa nyawa mereka di halkum. Sesungguhnya Allah tidak menerima taubat sebegitu. Nikmat syurga juga diceritakan oleh Allah azzawajalla kepada hamba Allah yang beruntung, mereka yang mempunyai timbangan yang berat. Rugilah kepada mereka yang memiliki timbangan yang ringan. Nauzubillahiminzalik.

Kisah kaum Nabi Nuh (kaum Aad), Nabi Hud, Nabi Soleh (kaum Samud) serta Nabi Syuaib juga diceritakan tentang kedegilan dan kesombongan kaum para Rasullullah untuk menerima ajakan para Rasul. Akhirnya Allah telah memeberi balasan atas perbuatan yang mereka kerjakan. Allah tidak meninggalkan walau seorang pun yang Dia kehendaki. Benarlah kata-kata Allah bahwa Allah akan memusnahkan yang Dia kehendaki dan menggantikannya dengan kaum yang lebih baik. Allah..

Sesungguhnya begitu banyak sekali peringatan dan khabar gembira yang Allah berikan kepada kita melalui dua panduan utama umat Islam iaitu al-quran dan as-sunnah. Rasullullah SAW juga ada menyebut antaranya tidak sesat selama-lamanya orang yang berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam hidupnya. Pegangla al-Quran dan as-sunnah dengan gigi gerahammu. Wallahua'lam. Justeru saya mengajak diri saya dan seterusnya seluruh umat Islam agar sentiasa kembali kepada panduan utama ini. Moga Allah redha kepada kita semua.

Apa yang saya sampaikan ini hanya lebih untuk mengingati diri sendiri untuk sentiasa berusaha untuk memahami ayat-ayat Allah. Apa yang baik datangnya dari Allah Azzawajjala, yang buruk datang dari dosa saya sendiri. Moga Allah mengampuni dosa saya dalam menyampaikan ini. Astagfirullahalazim. Moga Allah Allah mengampunkan dosa kita semua...amiinn ya Rabb..

Jom join OneDayOneJuz!