Saturday 23 February 2013

Saya Rasa Saya Sangat Bertuah

Assalamualaikum. wbt.

Alhamdulillah, saya rasa sangat bertuah kerana saya telah terpilih oleh Allah swt untuk hadir dua program yang besar pada saya iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA kali ke-6 pada hari sabtu yang lepas (16 Feb) dan Majlis Pelancaran Jentera ISMA bagi PRU-13 pada keesokkan harinya. Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk hadir kedua-dua program hebat ini.
Perwakilan dan Pemerhati PEMBINA dari seluruh Malaysia

Apa yang menyebabkan saya rasa program ini begitu hebat?

Program ini dihadiri orang-orang muslim yang hebat. Mereka hebat kerana berani mempertahankan yang hak dari yang batil. Melihat situasi sekarang ini, ramai pihak yang seolah-olah mengajak orang ramai pergi jauh dari Islam dan merasa bangga apabila berjaya melakukan perkara itu.

Walaubagaimanapun, muslimin-muslimat yang hebat ini mereka berani sekali mengajak orang ramai untuk kembali ke Islam yang sebenar. Ajakan ini bukan hanya sekadar teori semata-mata yang mudah didapati di dalam majlis-majlis ilmu seperti halaqah, taklim, daurah dan sebagainya, tetapi di sini mereka mempraktikkan apa yang digesakan sebelum ini melalui teori.
Sebahagian dariAhli ISMA dari seluruh negara


Kenapa mereka berani?

Di zaman yang penuh fitnah dan mehnah ini, ramai sekali pejuang agama yang mahu memperjuangkan agama Islam yang semakin lama semakin rancak dinjak-injak oleh musuh Islam dengan rakusnya. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang ingin tampil ke hadapan untuk menyahut seruan jihad ini iaitu demi menegakkan syiar Islam. Agama yang mulia lagi diredhai Allah s.w.t.

Alhamdulillah melalui kedua-dua program yang saya ikuti ini, saya melihat mereka sangat berani menyatakan kebenaran. Bukan itu sahaja, mereka juga malah berani bertindak ke hadapan, berani menempatkan diri dalam masyarakat demi mempertahankan Islam yang tercinta. Pada pemerhatian saya yang serba hina ini, saya tidak nampak anggota kumpulan yang lain yang seberani mereka untuk tampil menentang kemungkaran. Yang lain hanya berani bersuara, mengkritik tanpa ada sebarang tindakan yang dibuat.

Saya jelaskan sedikit, [kalau perasan saya banyak berkias dalam penulisan ini]. Dalam tarbiyah yang kita ikuti, kita diajar tentang maratib amal. Apa itu maratib amal? Maratib amal itulah adalah langkah-langkah yang perlu dicapai demi menegakkan dan menyebarkan Islam ke serata dunia. Ia bermula dengan:
  1. Individu Muslim (IM)
  2. Keluarga Muslim (BM)
  3. Masyarakat Muslim (MM)
  4. Kerajaan Muslim (KM)
  5. Negara Muslim (DM)
  6. Khalifah Islamiyyah
  7. Ustaziatul Alam
Senarai di atas adalah senarai maratib amal yang saya tahu serba sedikit terms dia.  

Saya tahu banyak jamaah di Malaysia ini yang berusaha untuk sampai ke tingkat tertinggi iaitu ustaziatul alam.    Dengan membawa risalah Imam Hasan al Banna, mereka berusaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat Malaysia dengan metod-metod tertentu.

Tapi saya pelik, apabila satu jemaah ini ingin melibatkan ahlinya untuk terjun ke bidang politik, ramai yang menolak. Bahkan mengkritik NGO ini kerana sebelum ini mengatakan bahawa ia adalah non-partisan? Tapi sekarang sudah tidak sama? Berulangkali presiden nya memberi jawapan, NGO ini tidak terlibat dengan politik, hanya ahlinya sahaja terlibat. Bukankah sangat berbeza, dengan NGO itu yang terlibat dengan ahlinya terlibat? Sama juga kalau anak Pak Abu, Ali, nak join politik, sedangkan Pak Abu bukan orang politik. Dalam masa yang sama ramai orang kenal Ali sebagai anak Pak Abu. Salahkah Ali mahu melibatkan diri dalam politik, tambah-tambah lagi ayahnya, Abu sangat menyokong dan menggalakan akan pendiriannya Ali.
Ringkasnya, NGO ini bukan parti politik. Noktah.

Yang ingin saya tekankan di sini, semua orang mahu ke peringkat ustaziatul alam. Tapi untuk ke situ kita harus melalui tingkat-tingkatnya dahulu. Justeru kena melalui IM, KM, DM dan seterusnya. Tapi apabila NGO ini ingin melalui peringkat DM ramai pula menentang. Katanya tak perlulah nak berpolitik. Berdakwah sajalah. Jadi macam mana ingin sampai ke ustaziatul alam kalau langkahnya dihalang pula. Bukankah Islam itu syumul? Politik bukan sebahagian dalam Islam kah? Lagi pula dakwah itu kan luas caranya. Bukan terhad dengan sesuatu pendekatan sahaja, selagi mana tidak keluar dari landasan syariat.

Itulah sebab saya mengatakan bahawa mereka BERANI! Berani melakukan perkara yang orang lain fikir sukar untuk melaksanakannya. Berani untuk berfikir di luar kotak walaupun tahu hasil fikiran dan perbincangan mereka akan dicemuh oleh masyakat.
Hebatkan mereka? Ya.

Syabas ISMA. Moga terus melahirkan masyarakat yang beragenda!
Syabas PEMBINA. Semoga terus meneraju mahasiswa!
Semasa sidang media

PEMBINA, 1 Syahadah~Meneraju Arus Mahasiswa

Wallahualam.
*Alangkah bahagianya nanti jika dapat bertemu dengan manusia yang paling dikagumi, paling agung di dunia, Rasulullah saw :')