Monday 21 May 2018

Rasa cinta yang meluap-luap

Assalamualaikum wbt.

Rasa cinta bagi yang merasainya pasti berasa bahagia sentiasa. Seperti lagu Bila Diri Disayangi, pasti rasa bahagia bila tahu diri ini disayangi sepenuh hati. MasyaAllah.

Alhamdulillah, nikmat mana yang ingin engkau dustakan?

Walaubagaimanapun rasa cinta itu hendaklah disandarkan kepada Yang Maha Esa. Maknanya, cintailah manusia itu seadanya dan cintailah dia kerana Ilahi bukan sekadar cinta nafsu.

Kelak engkau akan merana diri. Kerana manusia itu tidak sempurna. Dengan sedikit kelemahannya dan dengan sedikit kesilapannya boleh membuat engkau jauh hati. Lalu sedih dan kecewa. Alahai..

Justeru, cara untuk memaknai cinta, cintailah dia sepenuh hati kerana Allah. Disulami dengan amal ibadah yang memaniskan lagi rasa cintamu kepada Ilahi. Jangan sesekali kerana cinta mu kepada dia, engkau mengurangkan amal ibadahmu. Hati-hati. Mungkin ia adalah jerat percintaan! Yang ingin menjauhkan engkau dari Yang Maha Esa. Astaghfirullahalazim.

Selamat bercinta kerana Allah. Selamat bercinta dengan Ramadan Kareem, antara nikmat Allah yang tidak dapat didustakan.
Moga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Aminn.

Coretan,
Ummu X
Moga Allah reda.