Thursday 13 December 2012

Hari Bersejarah Bersama Keluarga Tercinta

Astaghfirullah..astaghfirullah...astaghfirulahalazim...

Begitu lama sekali saya tidak meng-update blog ini. Malu sangat kepada blogger yang lain yang istiqomah sekali menulis blog. Mahu juga seperti mereka. In syaa Allah, sekarang masih lagi dalam usaha memperbaiki penulisan saya agar bermanfaat buat semua pembaca. In syaa Allah.

Assalamuaalaikum wbt.


Ahamdulillah, untuk makluman semua akhirnya pada 21 September 2012 yang lalu saya dengan rasminya telah menjadi siswazah Universiti Sains Malaysia (Bachelor of Applied Sciences. Environmental Biology, minoring Islamic Studies).
Bersama major-mate saya (tak semua ada)


Cerita ini sebenarnya agak basi kerana sudah lama sangat berlaku. Walaubagaimanapun ia tidak luput di ingatan saya. Sebenarnya saya datang dari keluarga yang besar, iaitu memiliki seramai sembilan orang adik beradik termasuk saya, yang masih lagi memperjuangkan hidup di muka bumi Allah ini (asalnya sepuluh). Alhamdulillah. Justeru sukar untuk kami sekeluarga berkumpul beramai-ramai kerana setiap orang ada komitmennya tersendiri, malah sudah empat orang kakak saya sudahpun berkeluarga. Saya tahu tidak semua keluarga besar yang lain mengalami nasib yang sama dengan saya, kerana masih ramai lagi keluarga yang besar bahkan lagi besar, dapat menyempatkan waktu dapat berkumpul beramai-ramai. Mereka sangat bertuah!

Alhamdulillah, sekali lagi saya panjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang. Kali terakhir kami dapat berbuat demikian pada tahun 2008 kalau tak silap saya, kami sekeluarga bercuti di Melaka. Memang sangat seronok dapat menghabiskan masa  bersama mereka. Antara nikmat yang tidak dapat saya nafikan.. (nikmat yang mana kamu dustakan?_ar -Rahman). Subhanallah.

Kali ini keluarga saya bertambah besar dengan kehadiran sepuluh anak buah saya yang comel-comel belaka (Dari umur 11 hingga 1 tahun).  Homestay yang kami tumpangi pun tidak sunyi dengan gelak tawa mereka. Memang gembira sangat.
Anak-anak


Bergambar kenangan satu kemestian kerana kali ini saya memakai jubah konvo. Keluarga saya sangat gembira dengan pencapaian saya kerana berjaya menggengam ijazah akhirnya. Walaupun cuaca agak panas (alhamdulillah tak hujan), kami masih memaniskan muka demi mencantikkan koleksi gambar. hehe  Antara tempat yang sempat kami lawati seperti Taman Botani (Botanical Garden), Batu Feringghi, dan makan-makan makanan orang Pulau Pinang (satu kemestian!).

Hepi depa dapat main air:)

Saya rasa sangat bersyukur.........mereka datang kerana saya! Demi meraikan konvokesyen saya.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim:6)

Sesungguhnya saya sayang mereka kerana Allah!