Friday 26 December 2014

Perjalanan Tarbiyah Saya 2: USM

Assalamualaikum wbt. InsyaAllah seperti yang dijanjikan saya akan menyambung entri yang lepas iaitu Perjalanan Tarbiyah Saya. Moga ada manfaatnya. InsyaAllah.

USM09/12
Setelah tamatnya pengajian saya di KMM, saya telah mengisi beberapa borang permohonan untuk kemasukan ke IPTA. Antaranya USM dan UPU. Pada masa tu USM belum mengenakan caj untuk membuat pendaftaran kemasukan ke USM. Disebabkan itu saya cuba rebut peluang ini bersama dengan sahabat KMM saya yang lain. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi saya apabila saya ditawarkan menyambung pelajaran di USM dalam bidang Biologi Gunaan.
Jom sambung belajar!
Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, saya begitu bersemangat untuk mencari usrah kerana ingin menjaga diri (yang lemah ini) dan memperbaiki diri yang kurang ilmu tentang Islam yang sebenar. Tambah-tambah lagi, ramai yang mengatakan setiap peringkat kita tempuhi akan melalui cabaran yang semakin hari semakin hebat. Jadi, perlunya kekuatan jati diri dan rohani bagi menghadapi cabaran tersebut. Jadi saya yakin usrah adalah jawapannya. InsyaAllah.
Kartun usrah yang comel
Alhamdulillah sewaktu di USM saya telah berpeluang berkenalan dengan seorang sahabat yang saya namakan sebagai R. Beliau memang hebat dari segi akademik dan sangat merendah diri. Saya mendapati terdapat titik-titik persamaan antara saya dengan R. Kami sama-sama mencari peluang untuk menjadi muslim yang lebih baik. Pada minggu orientasi, saya tercari-cari juga persatuan yang sesuai. Akhirnya saya terbaca belakang blazer seorang kakak senior yang tertulis 'Persatuan Mahasiswa Islam USM'. Apabila ternampak perkataan 'Islam' di situ, terus saya bersorak dalam hati akhirnya ketemu juga badan dakwah yang saya dambakan. (Wah macam excited sangat lah kan hehe). Walau bagaimanapun ia tidak bermula di situ, ia bermula apabila adanya hari persatuan di USM. Saya tidak ingat nama eventnya tetapi event itu untuk memberi peluang kepada freshman macam saya (hehe) untuk terlibat dengan aktiviti di universiti. Saya sungguh bersemangat untuk menyertai aktiviti di universiti setelah diberi semangat oleh abang-abang dan kakak-kakak senior PPSL (fasilitator kami semasa minggu orientasi) untuk terlibat aktif dalam USM. Tambahan pula, saya memang telah menanamkan azam pada diri untuk aktif di universiti semasa di sekolah dan KMM lagi. Sebab dengar kata dari kawan-kawan (umur masa ni suka sangat dengar kata kawan-kawan kan hehe), waktu belajar di universiti kita akan mempunyai banyak masa untuk belajar sehingga ada banyak ruang untuk beraktiviti.
IPT kesayangan saya hehe
Jadinya pada hari itu memang rambang mata juga nak pilih persatuan mana untuk join. Macam-macam ada. Unik pun ada juga. Tapi saya tak nak cerita pasal tu. Tak penting pun kan.hehe. Akhirnya saya dengan semangatnya telah mendaftarkan diri sebagai ahli PMIUSM pada masa itu. Tapi sayangnya, R tidak mahu terlibat sama buat masa ini. Pada awalnya saya sedikit kecewa. Maklumlah sewaktu usia sebegitu, jiwa mudah terusik. hehe.Tapi pilihan orang kita tidak boleh paksa kan? Selain itu juga, saya ada mendaftar sebagai ahli Kelab Rakan Muda USM dengan roommate tersayang sebab sebelum tu kami dah daftarkan diri kami untuk terlibat dengan program keluarga angkat anjuran Rakan Muda USM. Tapi sayangnya tidak kesampaian kerana aktiviti kami yang begitu padat kerana pelajar tahun satu Apex diwajibkan untuk melibatkan diri dalam program PIMPIN (tapi bagi yang tidak mampu join PIMPIN ada pilihan untuk join program lain). Tak termasuk lagi program course bio sendiri, program desasiswa sendiri dan lain-lain. Pada masa ini, memang tak terfikir sangat consequences dia apabila terlibat dengan banyak persatuan. Join je. Hehe. kelakar betul bila ingat balik.
Di USM, kami didedahkan dengan kelestarian dan APEX. (apa itu APEX anda boleh google je..hehe). Saya rasa sungguh bertuah dapat mengetahui apa itu kelestarian. Banyak yang saya pelajari darinya. Ia membuatkan saya begitu sayang dengan alam dan persekitaran semula jadi di sekeliling saya. Saya jadi semakin bertuah apabila dapat menetap di Desasiswa Saujana yang terpilih untuk Projek Eco-Desa Saujana. Nampak tak nama 'eco' di situ? Semuanya mengenai kelestarian kan? hehe. Semua dah tahu ke apa maksud kelestarian? Bagi yang belum, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kelestarian adalah: Jk tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan menetapkan, mengekalkan: ~ hutan; kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dll) yg tidak berubah atau yg terpelihara spt asal, keaslian: ~ hutan kita mesti diutamakan; pelestarian perlindungan drpd kemusnahan. (Maklumat dari laman web PPRM). Maksudnya kita harus memastikan alam sekitar yang sedia ada terus wujud untuk generasi-generasi akan datang. Jadi tugas kita adalah memastikan alam dapat meneruskan kelestariannya dengan menjaga alam sekitar dari pencemaran, mengurangkan penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui dan lain-lain. Mungkin belum cukup teliti apa yang saya cuba sampaikan. Jadi saya menyerahkan kepada pembaca untuk mencari sumber yang lain untuk mengetahuinya lebih lanjut. Ok?
Antara kempen yang ada
Tahukah kalian, disebabkan konsep kelestarian inilah penggunaan polisterin diharamkan terus di USM! Beg plastik juga boleh dikatakan tidak digunakan langsung. Ada juga sesetengah kafetaria yang tidak menyediakan langsung penyedut minuman kepada pengunjung kafetaria. Wah, memang hebat penangan kelestarian kat sini! Sebelum masuk USM saya memang teringin sangat untuk terlibat dengan perkara sebegini tapi tidak ada peluang kerana kurang sokongan. Alhamdulillah di USM telah membuatkan saya berasa cukup kagum dan bersyukur untuk berada di sini. Syabas buat semua staff dan senior-senior yang telah berjaya menerapkan konsep sebegini di USM! Moga terus istiqomah! Amiin.
Poster mengenai polisterin
Disebabkan dengan semangat itulah saya mendaftarkan diri untuk hadir ke temuduga pencarian skuad Eco-Desa Saujana dan akhirnya, saya terpilih menjadi ahli Unit Cekap Tenaga (ada unit yang lain juga antaranya; Unit Kitar Mata, Eat & Reward, Edible Garden dan Unit Kempen). Selain itu saya juga telah memberi nama untuk menjadi sebahagian ahli keluarga Saujana dalam Majlis Penghuni Desasiswa Saujana (MPDS). Dan saya memilih untuk menjadi Exco Pembangunan Insan dan Kelestarian. Saya dengan R pergi menghadiri temuduga tersebut atas ajakan R sendiri kerana pada masa itu ramai mahasiswi yang sudahpun  memberi nama, tetapi tidak dapat hadir ke temuduga kerana telah mempunyai komitmen persatuan-persatuan lain. Mungkin rezeki saya, akhirnya saya diterima menjadi Exco Pembangunan Insan dan Kelestarian. Kenapa saya memilih untuk terlibat dengan exco ini? Apa lagi kalau bukan kerana ada perkataan 'insan' di situ dan juga tak lupa 'kelestarian' hehe. Kemudian hari berganti hari, rutin saya begitu padat dengan aktiviti universiti terutama MPDS. Yelah, kerana kita sedang memegang amanah yang orang bagi. huhu. Walau bagaimanapun, dari penglibatan sebegini lah saya telah dapat banyak pengalaman baru, dapat kenalan baru dan lain-lain. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun saya telah mengehadkan diri untuk aktif di universiti di tahun satu dan dua sahaja kerana ingin fokus dengan usrah dan pelajaran. InsyaAllah saya rasa saya telah membuat keputusan yang baik.
Desasiswa a.k.a. hostel kesayangan saya
Tapi bagaimana saya mula mendapat usrah ek? Kisahnya apabila saya ditakdirkan berada dalam satu kumpulan mentor mentee dalam kursus biologi gunaan kami dengan sahabat yang saya namakan sebagai AZ. Sekembalinya kami dari perjumpaan mentor mentee itu saya ditanya oleh AZ sama ada mahu join usrah atau tidak. (Masa USM perjumpaan a.k.a meeting sangat lah banyak sampai ada yang bercanda mengatakan USM sebagai 'universiti suka meeting'. Macam-macam kan. Ada kawan UKM pula yang kata ukm pula 'universiti kuat makan'. Macam-macam.
Meeting dan meeting eh?
Kembali kepada cerita usrah saya. hehe. Sewaktu ditanya AZ untuk join usrah, saya sungguh seronok kerana sudah menjadi harapan saya untuk menyertai usrah. Kemudian saya berkongsi mengenainya kepada R. R juga sering berkongsi kepada saya sebelum ini perihal kumpulan yang mengaku Islam tetapi menyeleweng dari ajaran yang sebenar. Sebab itulah R tidak mudah menerima ajakan usrah kerana dikhuatirinya kumpulan itu bukan kumpulan yang baik. Saya juga hampir terikut. Tapi saya katakan kepadanya yang saya ingin melihatnya dahulu adakah usrah itu 'pelik' atau tidak. Jadi saya menerima jemputan usrah AZ. Usrah ini bukanlah usrah PMI tau. Tapi usrah yang berdiri sendiri. Saya pula, lambat mendapat ajakan usrah dari PMI. hehe.
Sesat jalan raya takpe lagi, tapi jangan sesat aqidah! Nauzubillah.
Usrah itu hanya berjalan di dalam hostel saya. Tidak jauh. Di bilik coursemate kami juga. Kehadiran usrah pada masa itu seingat saya seramai 4 orang kot. Lupa..hehe. Taaruf (perkenalan) kami menjadi lebih mudah kerana kami bukannya pertama kali berjumpa. Alhamdulillah akhirnya usrah berjalan dengan lancar. Setelah itu saya khabarkan kembali kepada R bahawa usrah yang saya join itu baik-baik sahaja dan tidak ada yang 'pelik'nya. Saya juga ada mengajaknya tapi R dikatakan masih belum bersedia. Tak apa, mungkin belum masanya kan.
Tak kenal maka tak cinta
Setelah itu, saya menghadiri usrah seperti biasa di samping terlibat juga dengan program desasiswa dan universiti. Ahli usrah ketika itu semakin berkurangan. Akhirnya, hanya saya seorang yang tinggal mungkin kerana yang lain ada pilihan usrah sendiri atau mungkin belum bersedia untuk memiliki usrah dan harus menghadiri program usrah selalu. Wallahua'lam.

Akhirnya saya ditukar ke usrah yang lain atau erti kata lain bertukar murobbiyah kerana seseorang ahli usrah tidak akan statik dengan kumpulan usrah yang sama, mesti ada transformasinya. hehe. Dan seterusnya bertukar dan bertukar murobbiyah. Alhamdulillah banyak pengalaman dan tsaqafah (ilmu) yang dapat saya kutip apabila bersama dengan mereka. Ketika fasa ini, saya bukanlah akhawat yang baik, yang sering sahaja dapat pergi usrah dan sebagainya. Saya juga liat! Nak pergi program di tempat jauh memang susah walaupun hanya di belakang hostel ish ish ish. Pernah satu daurah pertama saya hadiri iaitu daurah Infitah, antara komen yang saya berikan untuk evaluasi program, saya dapat juga join program ini walaupun selama ini pernah beberapa kali juga diajak oleh AZ tapi tak pergi sebab jaraknya tak begitu jauh. Bagusnya ada akhwat yang lain faham yang saya masih mentah lagi dengan dunia program ni.hehe. Barulah saya tahu, saya ini sangat manja rupanya untuk ke program ish ish ish. Selain itu, di sana saya telah berkenalan dengan seorang akhwat, N, dalam daurah itu, akhwat yang begitu kental semangat tarbiyahnya. Beliau datang dari USM kejuruteraan ke Pulau Pinang semata-mata untuk join program! Saya rasa begitu takjub dan malu dengan diri sendiri..huhu
Untuk semua rasa Allah hebat. Sebab Allah memang Maha Hebat!
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menemukan saya sahabat yang telah mengenalkan saya kepada usrah. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah mengaturkan segala-galanya. Mungkin sebab itu saya sayang sangat dengan AZ ni. hehe. Inilah yang dikatakan ukhuwah fillah. Kita bersahabat kerana Allah SWT semata bukan kerana kepentingan dunia. Moga ukhwah fillah yang terbina bersama dengan semua sahabat yang pernah hadir dalam hidup saya, moga Allah memberkati mereka semua. Tanpa mereka siapalah saya, kerana sahabat merupakan cerminan kepada kita sendiri.
Berukhuwahlah  kerana Allah
Setakat ini sahaja dapat saya kongsikan walaupun saya rasa belum habis sebenarnya tapi tak sanggup post ini berada begitu lama dalam bentuk draf. Moga coretan ini ada manfaatnya walau hanya secebis. Mohon maaf kalau ada tersalah bicara.

Wallahu'alam.
Coretan ini adalah kebanyakan pengalaman penulis sejak awal-awal masuk IPT. Lebih sekadar coretan untuk kenangan diri sendiri.
Gambar: Ehsan dari Google image

3 comments:

  1. maaf.. boleh sy tahu usrah n badan ngo mana boleh dapat di usm? sy masih mncari..

    ReplyDelete
  2. maaf.. boleh sy tahu usrah n badan ngo mana boleh dapat di usm? sy masih mncari..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusslam wbt. Maaf lambat balas. Cuba cari PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) Cawangan Pulau Pinang

    ReplyDelete