Friday 13 July 2018

Selamatkanlah tanah airku ya Allah

Assalamualaikum wbt.

Pasca PRU 14 ini setiap hari ada sahaja keluar berita yang mencalarkan negara ku Malaysia.

-Pengiktirafan UEC, silibus berkiblatkan negara Taiwan sedangkan ingin diaplikasikan di Malaysia, sebuah negara beridentiti Melayu dan Islam yang tidak dapat dinafikan lagi dalam perlembagaan.

-Ketua hakim negara, peguam negara dan menteri undang-undang negara dilantik dalam kalangan Kristian. Dan banyak rekod kerja mereka yang tidak menyokong Islam langsung. Jadi nak harap siapa yang akan bela Islam?

-Peguam melayu Islam menghina Institusi Diraja di Malaysia dengan alasan sudah kuno. Tapi sayang dia yang buta sejarah dan mungkin juga buta hati.

-Menteri Agama yang baru dilantik baru-baru ini memberi maksud yang salah dengan kalimah Hifz Ad Din dengan maksud memelihara semua agama bukan agama Islam sahaja. Allahuakbar sesat betul kenyataan ini. Dan kementerian agama juga salah guna. Dikatakan untuk jaga semua agama. Padahal agama itu merujuk agama Islam.  Pluralisme sungguh!

-Tidak hormat orang Islam dengan menghidangkan hidangan babi kepada wartawan Islam dalam majlis rasmi kerajaan Melaka dengan dihadiri timbalan menteri pertanian berbangsa cina.

-Isu LGBT dipandang sebelah mata sahaja oleh menteri Agama dan yang sewaktu dengan nya. Padahal LGBT itu jelas haram dalam Islam dan moral bagi manusia yang cerdik dan celik hati.

-Seruan tutup tahfiz lah, safe sex lah dan list are go on..

-Dan yang paling sedih ada yang kata kita tak perlu bimbang dengan semua isu ini. Ya Allah tidak sensitif betul dengan isu agama di negara ini. Itulah fahaman sekularisme iaitu mengasingkan agama dan kehidupan dah mula menyerap masuk dalam hati dan sanubari mereka. Agama dan politik diasingkan. Jika tidak dikatanya sebagai memainkan sentimen agama. Lalu agama dipolitikkan. Allahuakbar.

Sejarah dahulu telah mengajar kita. Tinggal kita ambil pelajarannya. Bagaimana Khalifah Uthmaniyah jatuh dan tiada bangunnya lagi, kesultanan melayu melaka, empayar Islam yang lain mudah sangat jatuh? Inilah jawapanya bertapa muslim yang ada hanya berdiam diri saat Islam sedang diinjak-injak oleh musuh. Bimbang dengan periuk nasi sendiri sahaja. Bahkan menjadi apologetik dengan musuh Islam sendiri. Rendah diri di hadapan mereka tapi merendahkan umat Islam yang berjuang tegakkan Islam sehingga ada yang memberi gelaran pentaksub agama, ekstremis dan lain-lain lagi.

Sampai bila nak bersikap begini wahai saudaraku? Sedarlah! Kenali musuh sebenarmu! Kembalilah kita bersatu kerana Allah. Jangan jadi penyokong musuh Islam. Tolong lah.

Allahu..sakit sungguh rasanya masyarakat kita apabila tidak sedar fahaman liberalisme sudah mendarah daging dalam diri mereka. Sehingga izzah kepada Islam sudah tiada makna. Nauzubillahimin zalik. Semoga dijauhkan dalam diri dan orang sekeliling kita.

Moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Allahu akbar..aminn.