Thursday 30 January 2014

Pasca PRU13-Kisah Saya

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama sebenarnya ingin berkongsi mengenai PRU13. Tetapi selalu benar tertangguh. Tahun 2013 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi saya kerana pertama kalinya dalam hidup saya terlibat secara langsung dalam pilihan raya di Malaysia. Subhannallah. Saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bergerak sama dengan rakan seperjuangan yang lain di seluruh Malaysia. Dengan usia yang masih belia sangat rugilah jika tidak digunakan masa dengan sebaiknya. Sepanjang PRU13, dari waktu ura-ura yang mengatakan parlimen akan dibubarkan sehinggalah kepada keputusan pillihanraya PRU13, memang sangat mencabar dari segi mental dan fizikal. Seperti berhadapan dengan saudara terdekat, media sosial dan berkafilah dakwah (yang ni paling best!). Ada cabaran dan dugaan yang perlu kami lalui. Alhamdulillah dengan adanya pengarahan dari masulah kami,  taujih yang diberikan, tugasan yang dilaksanakan serta perbincangan yang baik menguatkan kami untuk terus berada dalam suasana PRU13 yang lepas. Berikut merupakan perkara yang menjadi kepelikan pada diri saya semasa menyertai PRU13:

Perpaduan
Tujuan utama kami menyertai pilihan raya ini hanyalah kerana dakwah iaitu menyebarkan Islam. Utuk menyebarkan keindahan Islam, haruskah kita perlu terus mengenepikan ancaman yang berlaku kepada Islam terutama di Malaysia? Justeru fokus kami adalah dua yang jelas iaitu berdakwah, mengajak masyarakat kepada Islam yang syumul serta menepis segala ancaman-ancaman yang dikenakan kepada masyarakat Islam di Malaysia. Fokus kami yang dua itu insyaAllah termasuk dalam amar makruf nahi mungkar. Justeru kerana mengutamakan dan mengajak kepada kesatuan ummah umat Islam di Malaysia kami masuk PRU13. Tapi sayangnya, dalam ramai-ramai yang menentang kami itu adalah umat Islam sendiri! Mereka yang menentang boleh jadi termakan hasutan pihak yang memang tidak inginkan persatuan antara dua parti melayu Islam berlaku. Walaupun begitu masih ramai juga yang berada bersama kami. Menyokong kuat tindakan kami. Alhamdulillah. Moga Allah beri petunjuk hidayah kepada kita semua terutama kepada mereka yang menentang itu. 

Sayang Bangsa Sendiri
Alhamdulillah. Semakin lama saya berada dalam jalan ini semakin membuka mata saya terhadap jalan-jalan dakwah. Dan semakin faham fikrah yang dibawa ini. Alhamdulillah. Sebelum dapat tarbiyah ini, saya tak kisah sangat pasal bangsa-bangsa ni. Tapi naluri diri saya tetapkan sayangkan bangsa sendiri. Tambah -tambah lagi kerana bangsa melayu adalah Islam secara umumnya. Faham? Secara umumnya. Agama Islam tidak menolak naluri manusia kerana Islam adalah agama fitrah. Jadi tidak salah kalau kita berbangga dan sayang dengan bangsa sendiri. Kalau tidak kenapa Allah menjadikan manusia di muka bumi ini berbangsa-bangsa dan bersuku-suku? (al-hujurat: 13). Rasullullah saw juga  sayang dengan bangsa baginda. Justeru perasaan sayang dan rasis tidak sama ye. Kalau ada dengar pun itu hanyalah hasutan untuk meruntuhkan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Kenangan PRU13 Sangat Indah
Cam pelik je subtajuk ni. Tapi relitinya memang ada pahit dan manis. Tapi apabila dikenang kembali semua itu memberi pengalaman yang indah. Experience is the BEST Teacher, kan? Kena hempas pintu, berdialog panjang, kena stop cakap awal-awal, ada yang memang terus tak nak cakap pun ada. Yang best pun ada gak, ada yang setuju dengan kami, ada yang hanya sekadar cakap "insyaAllah" atau "ya, ya".Yang jamu air teh pun ada..hehe. tapi tak digalakkan terima sebab kena save time. Penggerak kami tak ramai seperti parti lain. Tapi alhamdulillah bak kata YDP kami, satu ikhwah atau akhawat bekerja seperti 10 orang. Subhanallah. Insaf pula bila baca kata-kata itu. Membuatkan kami bekerja lebih bersungguh-sungguh demi meraih redha ilahi.

Tiada Maaf Bagi Pendosa?
Apabila ber-kafilah dakwah ni, bermacam-macam ragam saya jumpa. Tapi yang paling ketara adalah seperti statement di atas. Mereka tidak mengiyakan tapi sikap mereka menunjukkannya. Tapi pasal ni malas nak explain. Semua dah besar panjang. Hanya hati yang bersih dapat menilai. Boleh baca post blog lain kalau perlu. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada mereka. amiinn.

Malaysia Tercinta
Saya sayang Malaysia. Saya bersyukur di lahirkan di Malaysia. Bagi yang belajar sejarah Islam di nusantara pasti akan lebih memahami. Akhir kata, Islam lah yang tertinggi tiada yang lebih tinggi selain Islam!

Terimalah dan hayatilah lagu ini:
Fetya: Harapan Ummah
http://www.youtube.com/watch?v=plRYmOrnQko

Actually lagu ini juga merupakan balasan daripada lagu ini:
http://www.youtube.com/watch?v=Ng0vgftcKQY


~Alhamdulillah. Terlaksana jua post ini...


Tuesday 28 January 2014

PEMBINA Pulau Pinang: KEPUTUSAN MIZZ NINA WAJAR DIPUJI

PEMBINA Pulau Pinang: KEPUTUSAN MIZZ NINA WAJAR DIPUJI: Kepala Batas, 27 Jan- “Keputusan Shazrina Azman ini merupakan satu langkah permulaan yang amat baik, sangat wajar dipuji dan saya secar...

Monday 27 January 2014

Tugas apakah perlu kita lakukan sekarang?

JALAN DAKWAH by MUSTAFA MASYHUR
Bab 16
Pertanyaan dari Angkatan Muda (ms 139-149)
Tugas apakah perlu kita lakukan sekarang??

  • Ramai pemuda tertanya-tanya tugas apakah yang perlu dituntut apabila thiqah pada jalan dakwah supaya waktu dan usaha tidak sia-sia untuk perkara yang tidak berfaedah.
  • Angkatan yang sedia ada begitu bahagia dan bangga dengan semangat yang ditonjolkan kerana menunjukkan sikap yang positif bagi pemuda muslim dan muslimat.
  • Mereka juga menghargai dan berbangga dengan mereka kerana bekerja untuk Islam dalam menentang kebatilan walaupun telah mendengar kisah yang telah berlaku kepada saudara-saudara yang telah mendahului mereka.

Mereka tidak menjadi lemah kerana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh)”.

  • Sebelum soalan ini terjawab, perlu tahu dahulu tentang penentuan objektif-objektif yang ingin dicapai dan merealisasikannya, menentukan berbagai-bagai peringkat jalan, penyelewengan dan rintangan-rintangan, dan berkenaan tabiat peringkat yang kita sedang lalui sekarang.

16.1 Tabiat Marhalah Ini
  • Sesungguhnya kita berada dalam peringkat meneguhkan dasar (tapak) mukmin yang akan dibangunkan daulah Islam ke atasnya.
  •  Dasar tersebut akan menjelma dalam diri individuàkeluarga muslim masyarakat muslim
  • Jadi terdapat 3 lapangan; individu, keluarga dan masyarakat
  • Merupakan bidang kerja yang sangat penting untuk diusahakan
  • Merupakan asas yang kuat untuk pembangunan Islam yang agung
  • Syiar kita : “perbaiki dirimu dahulu dan kemudian serulah orang lain”.
  • Dua tuntutan yang sangat besar yang penting dan pokok (hanya dalam 8 perkataan sahaja)

  • Merupakan sunnatullah dalam surah A’rad:11




Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingggalah kaum itu merubah nasib diri mereka sendiri.


  • Realiti sekarang menempah kecelakaan, kerosakan dan kesempitan kerana orang tidak berusaha untuk merubah nasib diri mereka sendiri.
  • Sesungguhnya ia tidak akan berubah kecuali kita merubah apa yang ada pada diri kita di samping beriltizam dengan jalan Allah.


16.2 Banyak dan Sedikit

  • Bilangan muslim sekarang sememangnya sangat ramai tetapi ramai memiliki mutu yang rendah
  • Kita kekurangan pendokong aqidah yang mempunyai peribadi mukmin yang kuat dan berpengaruh yang mampu merubah realiti yang rosak , merubah kenyataan yang buruk dan mampu membangunkan umat Islam yang  baik.
  • Imam Hassan al Hudaibi : “Tegakkanlah Islam dalam hatimu supaya daulah Islam  akan tertegak
16.3 Perbaiki Diri

  • Langkah pertama adalah memperbaiki diri. Kerana kekuatan yang lazim dan perlu untuk memenangkan yang hak dan mengalahkan yang batin. Memperbaiki diri tersimpul dalam 3 bentuk seperti susunan berikut:

  • Inilah merupakan susuanan kekuatan  yang telah dilaksanakan oleh Rasululullah saw sebagai satu manhaj yang mesti dilalui oleh setiap generasi Islam sepanjang zaman.
  • Merbahaya apabila digunakan kekuatan untuk merubah realiti yang batil sebelum dapat dibuktikan dengan kekuatan iman dan kekuatan persatuan.
  • Justeru, kita hendaklah sentiasa mengawasi setiap arahan dan tindakan dan tatatertib ini dalam berbagai-bagai peringkat kerja, usaha dan supaya tidak menjadi sia-sia dan jiwa manusia tidak terkorban pada masa dan tempat yang tidak sesuai.
  •  Rasulullah saw sendiri tidak melibatkan jihad pada masa permulaan dakwahnya. Sebaliknya menyediakan dasar iman ke dalam hati para sahabat.
  • Perjanjian Aqobah  (Bai’atul Aqobah 2) menjelang hijrah Rasulullah saw ke Madinah merupakan bukti yang baik, sampai masa Rasulullah saw akan melaksanakan jihad (antara kandungan bai’ah mereka mesti melindungi Rasulullah saw sebagaimana melindungi isteri dan anak-anak mereka.
  • Salah tanggapan terhadap Ikhwanul Muslimin (IM) yang melupakan aspek jihad kerana tidak terlibat dalam peringkat pembentukan itu contoh IM telah menghantar mujahid ke Palestin dan Terusan Suez.
  • Sangkaan ini boleh tecetus kepada pemuda yang sungguh bersemangat yang menyangka tidak akan mendapat pahala dan ganjaran jika kemenangan Islam tidak tercapai di tangannya.
  • Sangkaan ini mengakibatkan sikap yang terburu-buru sehingga mengabaikan persiapan rapi dan tertib langkah-langkah perjuangan.
  •  Sebaliknya kita sebenarnya bertanggungjawab membuat kerja dan memperbaiki kerja, usaha dan mengikhlaskan niat bukan terhadap hasilnya.
  •  Zaman itu diukur menurut umur ummah dan dakwah bukan umur individu.
  • Senang membuat sesuatu kerja dan berkorban hidup kerana Allah, tetapi sukar untuk menundukkan nafsu dan melatih akhlak mahmudah dalam diri.
  •  Agar cita-cita kita tercapai, kita memerlukan jiwa-jiwa besar yang mempunyai kemahuan yang keras, kesetiaan yang tetap dan tahan, iman yang benar, mampu dan rela berkorban pengorbanan yang banyak.

Sesuatu persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaranYunus:36

  • Oleh itu, pentingnya untuk kita memperbaiki diri sendiri dan peranan yang asasi dalam jalan dakwah dan merealisasikan segala cita-cita kita walaupun terpaksa memikul bebanan yang berat.
  • Nafsu itu seperti kanak-kanak apabila dibiarkan dia akan sentiasa membesar dengan mencintai menyusu tetapi apabila dipisahkan, dia akan berhenti menyusu. Sesungguhnya membangunkan insan yang soleh lagi sukar berbanding membangunkan bangunan.
  •  Sesungguhnya Allah tidak akan memperbaiki usaha amal orang yang rosak (tidak sabar menahan nafsu, tidak sabar didik diri, meragui jalan tarbiyah, menggunakan jalan yang lebih pendek, menggunakan kekuatan sebelum masanya) kerana tindakan sebegitu adalah merbahaya. 

16.4 Individu Muslim yang kita Kehendaki
  • Pendokong aqidah yang sejahtera dan murni dari sebarang campuran,
  •  Pendokong ibadah yang sahih lahir dan batin.
  •   Mempunyai akhlak yang teguh yang diambil dari al-Quran dan Sunnah
  •  Mempunyai pendidikan dan pemikiran yang sesuai dengan pimpinan Islami
  • Mempunyai tubuh yang kuat yang mampu memikul berbagai-bagai tugas, amal dan jihad
  • Bermujahadah dengan dirinya sendiri dalam memerangi nafsu
  • Bermanfaat kepada orang lain
  • Menjaga waktu
  • Mampu mengatur segala urusan
  • Mampu berdikari
16.5 Aqidah Islam
  • Kita mahukan aqidah yang sahih menurut aqidah salafussoleh, para sahabat Rasulullah saw
  •  Aqidah yang telah membentuk generasi muslim yang pertama.
  • Aqidah yang menguasai perasaan, pemikiran dan setiap urusan hidup mereka serta yang memancarkan kemampuan amal yang sungguh-sungguh.
“Dan apakah orang yang mati, kemudian Kami hidupkan dia, dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu, dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaanya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya.” (6:122)
  • Pendokong aqidah harus sedar bahawa dia menginsafi bahawa dia mempunyai satu risalah yang penting yang hidup dan dengan dan kerananya.
  • Merasakan dia mulia  dan kuat kerana bersandar kepada Allah yang Maha Kuat bukan orang yang tidak terbiar atau biasa-biasa.
  •  Tauhid yang berkisar di sini bukan di daerah ilmu kalam dan perdebatan melulu. Pujangga Iqbal berkata : “Tauhid itu dahulu satu kekuatan di antara manusia. Tetapi sekarang telah menjadi tauhid ilmu kalam”.
  • Pendokong aqidah beriman dengan ke-enam-enam rukun iman.
  • Iman yang teguh dan tidak goncang apabila berhadapan dengan apa juan tekanan dan pengaburan mata yang membawa keraguan.
  •  Aqidah yang salimah yang membawa kecintaan kepada Allah swt yang tidak mengenal waktu kerana berharap kepada rahmat kurnia Allah dan keredhaanNya dan takut akan azabNya.
  • Pendokong dakwah yang menimbang segala urusan hidup dengan timbangan rabbani, justeru pandangannya kepada dunia adalah pandangan Islam yg sahih.
  • Islam yang benar akan hanya timbul perkataan dan perbuatan dari aqidah Islam dan sesuai dengan syariat Islam.
  • Pendokong dakwah yang mengutamakan Allah daripada perkara selain dariNya lalu dia menyerahkan segala-galanya kepada dakwah Islam termasuk perasaannya demi mengharapkan keredhaan Allah.
  • Pendokong dakwah yang berbangga dengan saudaranya, membawa kebaikan kepada saudaranya, menolong saudaranya, mencintai saudaranya, memberi perkara yang disukai kepada saudaranya, mengutamakan saudaranya, memelihara kehormatannya, tidak membiarkan saudaranya, tidak mengecewakan saudaranya serta tidak mendedahkannya kepada bahaya.
  • Pendokong aqidah Islam merasa bertanggungjawab terhadap Islam dan saudara-saudaranya.
  • Tidak merasa tenteram sehingga dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan seluruh kemampuannya untuk dakwah.

16.6 Sumber Aqidah yang Sejahtera
  • Hanyalah Al-Quran, Sunnah Rasulullah saw
  • Wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah saw kemudian baginda mengajarkan kepada orang ramai.
  • Rasulullah saw membentuk mereka menjadi mereka yang beraqidah yang sebenarnya sehingga daulah Islam dapat tertegak di tangan mereka yang membawa rahmat ke seluruh alam.
  • Uslub al-Quran mejelaskan aqidah dengan sebaik-baik cara dan paling sempurna.
“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itu Allah menunjukki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan dan dengan kitab itu pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya dan menunjukki mereka ke jalan yang lurus”. (al-maidah:15-16)
  • Uslub dan gaya bahasa al-Quran dalam menerangkan aqidah tauhid, hari pembalasan dankebangkitan adalah uslub yang indah dan memudahkan.

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang mengambil pelajaran”. (al-qamar:17)
  • Sunnah Rasulullah saw juga menerangkan dan menjelaskan kitab Allah, mempunyai segala perkara yang memberi pertolongan pada tiap-tiap orang yang suka menegakkan aqidah Islam dalam dirinyadan benarlah Rasulullah saw.:

“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara selagi kamu berpegang dengan keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah, sunnah ku, cara hidupku”.