Tuesday 27 August 2013

Bakal Pergi

Assalamualaikum wbt.

Sudah sekian lama tidak menulis. Menjenguk pun jarang sekali. Alasan laptop tada. Hmm yala tu.. Apapun jangan sesekali ditinggalkan amanah yang satu ni. Sebenarnya adanya blog ini kerana satu pengarahan. Ya, satu pengarahan dari tarbiyah. Semua ikhwah wa akhwat mesti mempunyai blog sendiri untuk menyebarkan fikrah. Sebarkan kebaikan. Selain duk pung pang pung pang dalam bulatan, mesti guna media elektronik untuk merancakkan dakwah. Ya, media memang satu senjata yang begitu hebat dan mantap. Contoh sekarang isu di tanah anbiya'. Semua sedia maklum, Mesir, Syria dan negara arab yang lain berlaku goncangan yang begitu hebat sekarang ini. Orang yang baik dapat digulingkan! Orang yang jahat dapat diagungkan! Itulah kuasa media. Justeru belajarlah untuk sentiasa membuat yang terbaik untuk dakwah walau apapun caranya, kerana yang didambakan bagi setiap muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat adalah mardhatillah. Okey ini adalah muqaddimah. Sebagai ingatan untuk sentiasa rajin meng-update blog..

Bakal Pergi

Pergi mana??

Siapa yang rasa tiada gundah di hati apabila bakal meninggalkan tempat yang begitu banyak menyimpan nostalgia dan mendidik diri ini agar menjadi lebih baik? Siapa?

Sangat sedih bakal meninggalkan akhwat yang begitu banyak membimbing dan bersama dengan diri ini dikala susah dan senang?

Meninggalkan tempat yang mengajar erti dakwah dan tarbiyah?

Ya Allah, sangat sukar. Tetapi hidup ini harus diteruskan jua. Banyak komitmen lain yang menanti. Dakwah di mana-mana pun sama. Mungkin bergantung kepada diri ini untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru agar kerja dakwah masih dapat dilakukan dengan baik walau sudah tidak beramal lagi di tempat asal.

InsyaAllah. Aku mengharapkan penghijrahan ini adalah yang terbaik. Untuk menjadi insan yang lebih baik. Lebih kuat menghadapi rintangan. Tidak mudah goyah dengan ujian yang menimpa. Tidak begitu mudah bergantung kepada orang lain. Hanya tinggkatkan tawakkal dalam diri untuk bergantung hanya kepadaNya. Ya, hanya kepada-Nya. Ya Allah moga Engkau redha dengan diriku, hamba-Mu yang begitu hina dina ini. Ya Allah ampunkalah segala dosa-dosaku. Hanya Engkau sahaja yang Allah, Tuhan yang layak disembah dan tempat untuk meminta pertolongan. Laailaahaillah Anta Subhanaka inni kuntumminadhzolimin..amiinn.

Duhai sahabat, maafkanlah diriku yang begitu banyak melakukan kesilapan kepadamu. Banyak menyusahkan dirimu. Kerana peninggalan aku, jiwamu kelihatan terseksa, terpaksa menerima amanah kerena ku. Maafkanlah awe ayong..andak..along..achik..alang..atam..jaja..abby..ateh..maafkanlah aku..Mohon doa dari kalian agar aku betah meneruskan dakwah ini walaupun tidak bersama dengan peguat ku lagi..kalianlah penguatku..Saksikanlah, bahawa aku mencintai kalian kerana Allah...

Selamat tinggal sahabat-sahabat ku. Moga ukhuwah kita kekal hingga ke firdausi.......
Ya Allah layakkah aku?