Thursday 17 October 2013

Badiuzzaman Said Nursi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana saya telah diberi peluang untuk mengenali seorang tokoh besar Islam di Turki iaitu Badiuzzaman Said Nursi melalui pembacaan buku yang bertajuk Badiuzzaman Said Nursi, Tokoh Pembaharu Islam yang ditulis oleh Abdul Latip Talib terbitan PTS.

Sebelum bercerita mengenai Hodja (Badiuzzaman Said Nursi) sukalah saya mengaitkan dengan isu bangsa terlebih dahulu. Harap tidak melatah apabila saya menyebut mengenai bangsa. Sebab amatlah saya maklumi apabila di Malaysia apabila isu bangsa dibangkitkan terutama bangsa Melayu, maka ramailah yang berteriak, ini rasis! Ini rasis!..Hakikatnya yang ramai berteriak antaranya orang melayu sendiri..ish ish ish..(geleng kepala)..

Sebenarnya apabila dikatakan untuk memperjuangkan bangsa yang sedang ditindas di bumi sendiri (ramai yang tidak menyedari walaupun bukti agak jelas) bukanlah rasis (perkauman) bahkan tidak melanggar syariat. Apatah lagi memperjuangkan bangsa yang menjadi wasilah (jalan) bagi perjuangan yang sebenar iaitu menegakkan syiar Islam di bumi sendiri.

Kenapa dikatakan tidak rasis apabila memperjuangkan bangsa atau nama lain adalah assobiyah?
 Tahukah apa maksud assobiyah yang sebenar? Jelas dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

"Bukan daripada kalangan umatku mereka yang menyeru ke arah berpuak-puak yakni asabiyyah". Maka seorang sahabat bertanya tentang assabiyyah yang bagaimana ya Rasulullah saw? Lalu Rasullah menjawab, " Assabiyah di mana kamu saling tolong menolong dalam kezaliman".

Adakah meminta agar bangsa Melayu agar bersepakat dikatakan assabiyah? Bukan! Jelas ternyata bukan! Kerana kita tidak bersepakat untuk melakukan kezaliman. Kita tidak diajak untuk melakukan kezaliman terhadap bangsa lain (walaupun bangsa kita sendiri ditindas). Tidak! Buktinya,  bangsa selain Melayu masih lagi bebas berada di negara ini tanpa berlaku ancaman perkauman. Kalau betullah ada, sudah tentu kita sebagai bangsa Melayu tidak membenarkan mereka berada di Malaysia. Halau sahaja pendek kata. Tetapi adakah bangsa melayu ingin kesepakatan berlaku antara melayu melakukannya? Tidak bukan? Masih dikatakan rasis? Kalau ya jawapannya maka banyak-banyakanlah istighfar. Astaghfirullahalazim.

Kenapa tetiba saya mengaitkan isu bangsa dengan Hodja?
Sungguh panjang ceritanya. Tapi saya terus straight to the point ya. Hodja sendiri dalam buku itu berkata apabila ditanyakan mana yang lebih penting, cinta kepada negara atau cinta kepada agama?:

"Kita adalah orang-orang Islam. Kerana itu agama dan negara pada hakikatnya adalah satu. Perbezaanya hanya pada luaran. Bahkan agama adalah kehidupan dan roh bagi negara itu sendiri. Atas sebab itu cintakan agama adalah asas bagi memelihara hak-hak umum, dan cintakan negara (bangsa) adalah khadam dan pembantu bagi pencinta agama."

Jadi nampak bukan, mempertahankan bangsa demi negara hubung kaitnya dengan agama sangat rapat. Inilah perjuangan Melayu yang sebenar! Demi agama Islam yang dicintai. Satu lagi bait mengenai hal ini oleh Hodja:

"Kesatuan dan ikatan yang menghubungkan antara sesama manusia dalam tamadun ini adalah ikatan keagamaan, kenegaraan dan profesionalisme bukan perkauman atau rasisme. Ikatan begini melahirkan ukhuwah atau persaudaran yang ikhlas, keamanan dan keharmonian dan semangat mempertahankan negara ketika diserang musuh".

Serangan musuh tidak berlaku dari luar sahaja, bahkan dari dalam jua, dan ini yang paling dikhuatiri! Sebab itulah bangsa melayu di Malaysia, saya merayu, tolong lah bersatu demi agama! Jangan terlalu ego dengan pendirian politik masing-masing. Sikap anda telah menjadi qudwah yang buruk bagi rakyat di luar sana. Nauzubillahiminzalik.

Baik, sekarang ceritakan sedikit mengenai Hodja, mungkin ada yang belum tahu seperti saya sebelum ni. Hodja ini merupakan nama panggilan yang dipanggil oleh anak murid beliau. Nama beliau adalah Said bin Mirza. Ayah beliau dari keluarga yang warak begitu juga ibunya, Nuriah. Ayahnya sanggup mengikat mulut kambing ternakannya supaya tidak termakan rumput tanah orang manakala ibunya sentiasa memastikan dirinya berwuduk sebelum menyusui anak-anaknya.

Badiuzzaman yang bermaksud bintang zaman pula merupakan gelaran yang diberi kepadanya oleh ulamak, manakala nursi adalah nama tempat kelahirannya, Nurs. Subhanallah begitu hebat sekali sehingga diberi gelaran begitu. Beliau sangat merendah diri sehinggakan beliau tidak terus menerima gelaran tersebut termasuk menerima pakaian jubah serta serban (pakaian ulamak) sehingga lah apabila beliau sudah dewasa. Menakjubkan lagi. beliau telah ditawarkan gelaran dan pakaian tersebut sejak beliau berumur belasan tahun lagi. Beliau dikurnia minda yang genius sehingga cepat menghafal al-quran dan kitab-kitab agama. Beliau hanya mengambil masa beberapa hari atau bulan untuk melukakannya. Pelajaran duniawi seperti sains juga begitu mudah dapat dikuasainya. Beliau hanya diberi buku yang berkaitan, dan belajar dari situ. Hasilnya, beliau lagi hebat berbanding saintis pada ketika itu. Subhanallah, Maha Suci Allah.

Beliau juga dikatakan sebagai wali Allah. Tidak hairan begitu banyak karamah yang diperolehinya. Antaranya, walaupun dipenjarakan, beliau kelihatan di masjid ketika solat Jumaat. Beliau juga selalu dikunjungi malaikat walaupun beliau tidak meminta. Bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw juga kerap dialaminya. Bertapa beruntungnya beliau. Sangat wajar dengan kelebihan yang beliau miliki kerana beliau mendapat begitu hebat tentangan dan cabaran dalam meyebarkan dakwah Islam yang sebenar. Beliau selalu dikongkong oleh pihak tentera, diracuni dan lain-lain. Walaupun begitu beliau masih tetap gigih menyampaikan dakwah kepada banduan dan rakyat Turki. Sehinggakan penjara tempat beliau duduki menjadi pusat Ilmu. Risalah an-Nur adalah hasil tulisannya, disebarkan secara sulit dari pengetahuan pihak tentera.

Banyak tempat beliau pergi dalam Turki kerana kerap mendapat hukuman buang daerah kononnya dikatakan pemerintah bahaya fahaman yang dibawanya. Tapi itulah kesempatan baginya untuk berdakwah.

Akhirnya Urfa menjadi tempat persemadiannya. Al-Fatihah.

Wajarlah dibaca sendiri sirahnya untuk mengetahui dan menghayati sirahnya dengan lebih lanjut lalu dapat meneladani kebaikannnya. Wallahu'alam.
Maafkan atas silap dan salah. ~

Wednesday 9 October 2013

Tempat Baru Saya

Assalamualaikum.

Sekarang saya sudah berhijrah di tempat yang baru. Sebelum ini di Pulau Pinang sekarang di Selangor. Hati masih lagi sukar untuk meninggalkan Pulau Pinang. Walaubagaimanapun saya tidak menyesal terpaksa meninggalkan Pulau Pinang kerana perkara ini berlaku atas kehendak seorang ibu dan juga keluarga saya sendiri. Jadi kalau kita mengikut arahannya selagi tidak melanggar syarak, insyaAllah hidup kita akan direstuinya maka redha Allah jua kita dapat. Bukankah redha Allah terletak pada redha ibu bapa?

Di Selangor, saya tinggal bersama tiga orang adik beradik lelaki saya.Tinggal bersama dengan adik-beradik lelaki tidak sama tinggal dengan adik-beradik perempuan. Mungkin sebab saya terlalu lama tinggalkan rumah keluarga. Sudah terbiasa duduk merantau sejak tingkatan dua. (Merantau lah sangat ye). Tetapi tetap juga ada kesan yang signifikannya. Jadi saya berasa sedikit janggal pada mulanya apabila hanya saya seorang perempuan yang lain semua lelaki. Kelakar bila teringatkan apabila saya memesan barang rumah kepada abang-abang supaya membeli pencuci pinggan mangkuk dan sabuh basuh baju sebab yang sedia ada dah nak habis. Abang kedua beli pelembut pakaian dan sabun basuh pinggan. Hah, satu betul dari dua. hehe. Abang pertama pula membeli sabun basuh baju dengan sabun....tandas a.k.a pencuci tandas. Macam mana boleh terbeli? Sebab ada gambar periuk maka abang pertama terbeli sebab ingatkan sabun pinggan mangkuk, padahal pada botol tu ada gambar periuk dan juga tandas mangkuk..kelakar bukan? Saya ingat dah terlebih beli barang. Nasib baik tak.  Ada hikmah tersilap beli barang tu. Almaklumlah, abang-abang bujang katakan...

Tempat yang baru, menyebabkan pergerakan saya di sini agak terbatas. Hantar dan diambil dari tempat kerja memerlukan pertolongan mereka. Memang tak sampai hati nak menyusahkan. Tapi apakan daya. Lesen belum ada. Yang ada lesen L motorsikal. InsyaAllah akan berusaha dapatkan sebuah skuter agar mudah untuk bergerak. Hal ini kerana, saya tidak hanya bergerak untuk ke kerja sahaja tetapi saya harus menghadiri usrah dan program-program yang lain. Pernah saya telah ketinggalan satu usrah gara-gara ketiadaan transport. Menangis tidak berlagu lah akhirnya...huhuhu. Sebab itulah Murobbiyah saya yang dulu sangat menyarankan agar saya memiliki transport dan tinggal dengan akhwat.

Saya masih lagi dalam dilemma sama ada mahu tinggal dengan siblings (panjang sangat adik beradik..hehe) atau tinggal dengan akhwat. Hati pada awalnya berat dengan pilihan tinggal dengan siblings. Namun sekarang ini ingin tinggal bersama akhwat kerana melihat banyak maslahatnya, bukan untuk diri saya sahaja tetapi demi dakwah dan tarbiyah. Saya harap saya dapat membuat keputusan dengan baik dan secepatnya kerana jika saya tinggal dengan akhwat maka usrah saya juga harus ditukarkan. Kasihan kepada mereka yang memikirkan keadaan saya ini. Saya harus membuat keputusan yang bijak. Bukankah antara sebab saya berpindah kerana saya perlu mandiri? Inilah masanya!

Musyawarah dan Istikharah itu perlu dan penting!

Moga Allah redha dan permudahkan dengan apa-apa pun keputusannya nanti. Amiinn ya Rabb.

Jia You!

Thursday 3 October 2013

Renungan buat Para Daie

Assalamualaikum. 
Coretan pertama yang diambil dari orang lain erti kata lain copas. Bacalah dan hayatilah...


Renungan drp seorg ikhwah:

Akhi, dulu ana merasa semangat saat aktif dalam dakwah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan, ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh…” begitu keluh kesah seorang kader dakwah kepada murobbinya disuatu malam.

Sang Murobbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad’unya. “Lalu, apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu?” sahut sang murobbi setelah sesaat termenung. 

“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang tak islamik. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti;kaku dan sering mematikan potensi anggotanya. bila begini terus, ana lebih baik sendiri saja..” jawab ikhwah itu.

Sang Murobbi termenung kembali. Tak nampak raut terkejut dari roman wajahnya. Sinar matanya tetap terlihat tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal. “Akhi, bila suatu kali antum naik sebuah kapal mengharungi lautan luas, kapal itu ternyata sudah amat usang. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang rapuh bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan ?” Tanya sang murobbi dengan kiasan bermakna yang sangat mendalam.
Sang mad’u terdiam berfikir. Agak payah baginya menyingkap makna di sebalik kiasan yang amat tajam.

 “Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan ?” Sang murobbi memberi klu.. “Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan antum untuk berenang sampai ke tujuan ? Bagaimana bila ikan jerung datang? Di mana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi hawa dingin ? bertalu-talu pertanyaan dihamparkan di depan sang ikhwan tersebut.“Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah SWT ?” (pertanyaan tajam ini menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk). Bagaimana jika kenderaan yang antum naiki dalam menempuh jalan itu ternyata rosak ditengah jalan? antum akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu dibahu jalan, atau mencuba untuk memperbaikinya? tanya sang murobbi lagi. Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya.

Tiba-tiba ia mengangkat tangannya…” cukup akhi cukup. Ana sedar. maafkan ana, InsyaAllah ana akan tetap istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapatkan medal kehormatan. Atau agar setiap kata2 ana diperhatikan,. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masin-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya jalan ini saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana…” sang mad’u berazzam di hadapan sang murobbi yang semakin dihormatinya. Tersenyum. 

“Akhi, jama’ah ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya kelemahan. Tapi dibalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik..” ujar sang murobbi.“Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta’ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerana di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka.Futur, Mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidaksepakatan selalu membawa ke jalan itu.?” sambungnya panjang lebar.

Sang mad’u termenung merenungi setiap kalimat murobbinya. Azzamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal tetap bergelayut dihatinya. “Tapi, bagaimana ana bisa memperbaiki organisasi dakwah dengan kekuatan ana yang lemah ini ?” Pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.“Siapa kata kekuatan antum lemah? Semua manusia punya kekuatan yang berbeza. Namun tak ada yang bisa menilai bahwa yang satu lebih baik dari yang lainnya !” Sahut sang murobbi.“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah tausyiah dalam kebenaran, kesabaran, dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau gosip, tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghibah antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang dahulunya budak hina menemukan kemuliaannya….”

Malam itu sang mad’u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jamaah dalam mengarungi jalan dakwah. Kembalikan semangat itu sandaraku, jangan biarkan azam itu hilang. Biarkan amal-amal ini semua menjadi saksi, sampai kita diberi satu dari dua kebaikan oleh Allah SWT yaitu KEMENANGAN ATAU MATI SYAHID!

---muhasabah---