Monday 30 June 2014

Husnul Khatimah dan Ramadan 1435H

Assalamualaikum.

Seusai menonton filem Di Bawah Lindungan Kaabah. Kisah yang menyayat hati menyaksikan pasangan yang mencintai antara satu sama lain dengan menjaga cinta itu dengan sebaiknya bukan berdasarkan nafsu semata, dan menyerahkan segala ketentuan kepada Allah. Dikatakan kisah penamatan yang sedih-sad ending.
Ya, sedih kerana hero dan heroin meninggal dunia. Tapi pada saya, bukan sad ending yang ingin ditekankan tetapi kesudahan/pengakhiran yang baik kerana apa? Kerana mereka meninggal dalam husnul khotimah!

Subhanallah..bertapa nikmatnya dapat menyudahi hidup dengan pengakhiran yang baik. Dapat meninggal di tempat yang baik, dapat mengingati dan menyebut nama Allah sebelum pergi.

Ayuh kita bermuhasabah diri kita, bagaimanakah pengakhiran hidup kita kelak? Kita tidak tahu bilakah masanya kita bakal meninggalkan dunia yang fana ini. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Selalulah kita mengamalkan doa ini dalam doa selepas solat kita agar dianugerahkan husnul khatimah. Amiinn.
Sekarang merupakan hari ke-2 di bulan Ramadan. Setinggi-tinggi kesyukuran patut dipanjatkan kerana kita antara hamba Allah yang terpilih untuk menjadi tetamu Ramadan kali ini. Moga kita menggunakan masa di bulan Ramadan dengan sebaik-baik dan sebanyak-banyak amal ibadah agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang yang tercela. Amiinn.

"Dari Jabir bin Samuroh rodhiyallahu’anhu, Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku menjumpai Jibril, kemudian di berkata wahai Muhammad! Barangsiapa yang menjumpai salah seorang dari kedua orang tuanya kemudian dia meninggal, kemudian dia dimasukkan ke neraka, Semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”. Jibril berkata,”Wahai Muhammad! Barangsiapa yang menjumpai bulan Ramadan kemudian dia meninggal, hal itu tidak menyebabkan dia diampuni dan dia dimasukkan neraka, Semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”.Jibril berkata,”Wahai Muhammad! Barangsiapa yang nama engkau disebutkan padanya dia tidak berselawat kemudian meninggal dan dimasukkan ke neraka, semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”."(Al Jami’ush Shoghir wa Ziyadatuhu 75 (1/8), Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani mengatakan, Shohih)

Di dalam bulan Ramadan ada malam yangsangat istimewa, merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ayuh berusaha dari sekarang agar dapat bertemu dengannya. Aminn.

Wallahua'alam.