Saturday 26 January 2013

Lyn

Jazakillah khairan kathira for coming...gonna miss you... Lyn moga terus tsabat ya...amin.. Moga Allah merahmatimu selalu~~
Babai Lyn~
Inni uhibbukifillah _Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah <3

Thursday 24 January 2013

Quiz Mengenal Salasilah Rasulullah saw

~SALAM MAULIDUR RASUL~

In syaa Allah sempena  maulidur rasul kali ini tahun 1434H, saya ingin berkongsi sepuluh kuiz mengenai salasilah Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Sudah tentu kuiz ini ada jawapannya. Nama kuiz ini ialah Quiz jejak Salasilah Nabi muhammad SAW. Berikut merupakan soalannya:

SOALAN 1
Siapakah nama datuk nabi yang ke-empat?

SOALAN 2
Siapakah nama datuk nabi yang pertama? Berikan beserta nama ayahnya.

SOALAN 3
Apakah nama sebenar datuk baginda?

SOALAN 4
Siapakah anak kesayangan datuk baginda? Kenapa?

SOALAN 5
Siapakah seibu sebapa dengan jawapan diatas? Berapa orangkah yang seibu sebapa dengan jawapan di atas?

SOALAN 6
Tahukah anda datuk baginda pernah bernazar mengenai anak lelaki? Apakah nazar itu?

SOALAN 7
Berapa ekorkah unta yang harus disembelih untuk menebus anak kesayangannya itu? Bagaimana?

SOALAN 8
Rasullah saw ada bersabda yang bermaksud, “aku adalah anak di antara dua orang yang akan disembelih” . Siapakah 2 orang itu?

SOALAN 9
Tahukah anda telaga zam-zam pernah hilang satu ketika sehingga muncul kembali semasa pemerintahan datuk baginda? Bagaimana datuk baginda dapat menemui telaga zam-zam dan di mana?

SOALAN 10
Apakah maksud Quraisy?


Sebelum tengok jawapan, cuba jawab dulu soalannya. Barulah kita dapat  menilai diri kita, sejauh mana kita mengenali Rasulullah s.a.w.
Moga sukses ya!







jeng.......






jeng..........









jeng...........





Tadaaaa!

Jawapannya adalah:
JAWAPAN 1: Qusai bin Kilab

JAWAPAN 2: Abdul Mutalib bin Hasyim

JAWAPAN 3: Syaibah=si uban. Mengikut riwayat semasa lahir telah terzahir beberapa uban di kepalanya. Beliau juga dikatakan mempunyai anak seramai 16; 10 lelaki, 6 perempuan.

JAWAPAN 4: Abdullah kerana anak yang paling menawan wajahnya dan yang paling halus kesopanannya

JAWAPAN 5: Abu talib. 2 orang iaitu Abu Talib dan Abdullah.

JAWAPAN 6: Bernazar untuk mendapatkan ramai anak lelaki kerana dengan memiliki ramai anak lelaki dikatakan mulia di mata masyarakat. Jika dia mendapat ramai anak lelaki dia akan korbankan salah seorang dari mereka untuk tuhannya dengan menyembelih. Akhirnya 30 tahun kemudian dengan takdir Allah dia dikurniakan 10 orang anak lelaki. Cara dia mengundi adalah dengan mengajak kesepuluh anaknya berhadapan kaabah menghadap berhala Isaf dan Nailah untuk membuang undi. Akhirnya nama Abdullah juga yang keluar setelah 3 kali cabutan dibuat berturut-turut. Pada asalnya beliau cemas untuk mengorbankan anaknya yang paling dikasihinya tetapi oleh sebab telahpun bernazar maka dia tekad untuk melakukannya. Para pembesar yang mengetahui Abdul Mutalib akan menyembelih anaknya, menghalangnya dari berbuat demikian dan berusaha memberi cadangan yang lain kerana khuatir akan ramai lagi orang yang akan menyembelih anak masing-masing kerana Abdul Mutalib pembesar yang disegani ramai. Setelah melakukan syura, akhirnya mereka membuat keputusan untuk bertemu dengan dukun perempuan di Madinah. Setelah diceritakan mengenai permasalahan Abdul Mutalib, dukun itu menyuruh membayar denda sebagai tebusan kerana membunuh manusia. Mengikut quraisy, seorang manusia yang dibunuh dendanya adalah sebanyak 10 ekor unta. Jadi dukun itu memberi jalan supaya meyembelih 10 ekor unta, kemudian cabut sekali lagi, kalau nama Abdullah juga yang keluar, sembelih 10 ekor unta lagi dan cabut undi lagi sehingga bukan nama abdullah yang keluar tetapi unta. (pilihan undian hanyalah unta dan abdullah).

JAWAPAN 7: 100 ekor unta kerana cabutan yang kesepuluh barulah nama unta yang keluar.

JAWAPAN 8: Nabi Ismail a.s dan Abdullah bin Abdul Mutalib

JAWAPAN 9: Terfikir untuk mencari semula telaga setelah menyedari sukar memberi minum kepada jemaah haji. Beliau telah bermimpi sebanyak 2 kali kerana ada kata-kata yang berkata kepadanya yang berbunyi: “wahai sheikh besar galilah telaga zam-zam”. Kali kedua baru beliau tahu tempatnya iaitu diantara berhala Naila dan Isaf. Hanya beliau dan anaknya yang sulung melakukan kerja-kerja penggalian kerana pembesar yang lain tidak mempercayainya. Sehingga akhirnya mereka berdua berjaya menemukan telaga tersebut. Bergembiralah dan bersyukurnya Abdul Mutalib atas kurnian tersebut.

JAWAPAN 10: Pembahagi roti. Sebenarnya kesemua datuk-nenek Rasulullah saw adalah pembesar dan orang yang dihormati, ternama di zaman masing-masing. Bahkan Fihr bin malik (datuk ke-9) amat masyhur kerana sifat kedermawanannya  sehingga digelar quraisy, kerana dialah yang berusaha mengumpul sebanyak mungkin roti-roti dari penduduk mekah untuk diberi kepada jemaah haji yang kelaparan pada musim kemarau.


Jadi bagaimana keputusan anda? Dapat 10/10? Walau apapun markahnya, saya ucapkan tahniah kerana mencuba. Kepada sesiapa yang tidak cuba, kena cuba. :) Semoga selepas ini kita akan lebih mendalami belajar sirah dan membaca sirah. Kenapa?


Kerana dari sirah, ada bekalannya.

Wallahualam..

Sumber: Riwayat Rasulullah saw; Sejarah dan Perjalanan Hidup Nabi Muhammad  s.a.w.

Monday 21 January 2013

Lagi Mengenai Penyelewengan


JALAN DAKWAH
BAB 6: LAGI MENGENAI PENYELEWENGAN
            
Penjelasan secara lanjut dari bab sebelumnya. Supaya beriltizam untuk tidak menuduh dan berburuk sangka kepada sesiapa pun. Penyelewengan ini berlaku kerana salah kefahaman konsep dan dangkal dalam kefahaman. Akibatnya tergelincir dari segi fikrah dan harakiah. Semakin hari semakin teruk kecuali Allah swt memberi rahmat untuk kembali ke jalan yang lurus. (Al-an-am:153)

6.1  KONTRADIKSI DAN KESULITAN
Seorang muslim yang ghairah dan memandang persekitarannya lalu menanggapi  kehidupan seperti berikut:
Dilemma dalam berdakwah
·         Biasanya akan memilih yang ke-2 kerana akidah dalam diri yang punyai kuasa yang kuat ke atas jiwa manusia.
·         Tatkala itu memikirkan segala tindakan dan jalan yang harus diambil.
·         Jika tiada siapa yang memberi tunjuk ajar dan membimbingnya, mungkin dia pilih jalan yang menyeleweng dan terus terdorong dalam penyelewengan itu.
·         Lalu akan menyalahkan usaha orang lain yang tidak setuju dengannya.
·         Biasanya berlaku kepada anggota yang baru dilantik.

6.2  SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB?
·         Penyeleweng?
·         Kita harus periksa perkara yang menyebabkan peyeleweng itu menyeleweng.
·         Kekosongan jiwa agama yang dihayati oleh golongan pemuda mengalami kotradiksi yang hebat iaitu antara masyarakat yang rosak dengan masyarakat Islam yang dicita-citakannya, dan rintangan yang dihadapi oleh para du’at.
·          Manakala kekuasaan berada di tangan golongan perosak.
·         Jemaah Islam pula yang sepatutnya mengumpulkan pemuda yang mahu bekerja untuk Islam, lemah dari segi tanzimnya.
·         Jemaah Islam patut memberi bimbingan mengikut acuan Rasulullah saw tanpa henti sehingga kita menemui Allah swt.
·         Sikap tergopoh-gapah juga menyebabkan berlakunya penyelewengan.
·         Kita (jemaah) harus merasakan kewajipan kita menerangkan kepada pemuda Islam tentang jalan yang benar berpandukan pengalaman generasi terdahulu dengan mengharap taufik dan hidayah Allah swt.

6.3  SYUMUL DAN BERPANDANGAN JAUH
·         Kita haruslah syumul dan berpandangan jauh.
·         Semangat sahaja tidak cukup kerana menunjukkan kedangkalan jiwa, kurang persediaan dan sifat yang tidak sabar.
·         Bagi mereka, dengan hanya semangat dapat merealisasikan sesuatu untuk Islam yang mana sebelum ini tidak dapat direalisasikan. Lebih melampau, mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya akan dianggap bacul  dan lemah.
·         Kita mahukan perubahan yang syumul bukan hanya sampingan/juz iyyah.
·         Hal ini kerana musuh kita adalah antarabangsa. Setiap pelusuk tempat mereka ada, tambah-tambah mereka kelihatan lebih berkuasa dari kita termasuklah dari segi teknologi.
·         Justeru, kita harus alert/ambil perhatian dan beri perhitungan yang sewajarnya.

6.4  JALAN YANG SAHIH
·         Antara tugas kita adalah mengubah kenyataan yang batil kepada yang hak. Untuk ini kita harus:
ü  Tanam kukuh asas akidah dalam jiwa.
ü  Mendidik dan mempersiapkan generasi mukmin yang sebenar.
ü  Mampu bangkit membuat perubahan.
ü  Membangunkan rumah tangga muslim yang menjelmakan Islam dalam setiap kegiatan.
ü  Berusaha sungguh-sungguh memenangi public opinion (pandangan org ramai) untuk memihak kepada Islam.
·         Inilah jalan yang sahih tanpa gopoh untuk dapatkan hasil.
·         Sesungguhnya masa diukur dengan umur dakwah, bukannya umur perseorangan.
·         Mungkin ada yang kata dakwah ini lambat tambah-tambah lagi mendapat tentangan yang hebat daripada pendokong kebatilan.
·         Untuk menjawabnya: Rasulullah saw pernah menghadapi situasi begini, namun demikian baginda dapat memantapkan dasar-dasarnya.
·         Kekuatan iman dan kejituan akidah dapat mengalahkan kafirin dan pejuang kebatilan. Benarlah firman Allah: (Ar-rad: 17).

6.5  MENGUBAH REALITI DAN MENGHAPUSKAN KEMUNGKARAN
  • ·         Kita tidak boleh memaksa perubahan yang drastik berlaku terhadap masyarakat (berperang dll).
  • ·         Hal ini akan melibatkan para pendukung jatuh ke dalam pertarung juz’iyyah. Hal ini akan memburukkan lagi keadaan:

ü  Memburukkan bentuk usaha dan amal Islami.
ü  Menjauhkan manusia dari para dai’e.
ü  Membangunkan tembok penghalang antara manusia dengan masyarakat.
  • ·         Contoh memusnahkan tempat pub atau tempat maksiat yang lain untuk menghapuskan kemungkaran. Mereka pasti akan membinanya lagi bahkan lebih baik. Seperti yang pernah berlaku dahulu, jawab mereka (dalam akhbar) dengan sombong:

Mereka meruntuhkannya tetapi Allah memperkembangkan dan membaikinya.
  • ·         Tidaklah apabila kita tidak berbuat demikian kita meredhai perbuatan mereka. Tiada faedah untuk kita baiki cabang-cabang apabila akarnya sudah rosak teruk.
  • ·         Contoh Rasulullah saw tidak pula menghancurkan berhala-berhala di sekitar kaabah semasa baginda dan para sahabat tawaf mengelilingi kaabah semasa menziarahi Mekah. Selepas pembukaan Kota Mekah barulah baginda berbuat demikian kerana pada masa itu tidak mungkin berhala itu akan dibina kembali setelah dimusnahkan.
  • ·         Ada 2 hal yang kita tidak boleh lakukan, [analogi] pertama semasa pokoknya masih lembut, apabila angin datang, ia akan liang-lentok, dan kembali tegak apabila telah reda, kedua, apabila pokok sudah keras untuk tunduk dan condong, tiada yang bisa mencondongkannya (merbahaya-dan boleh diperangi kerana tidak redha berada di bawah pengaruh yang lemah; Al-Hajj:39).
  • ·         Begitulah dakwah Islam, tidak sesuai menghadapi musuh ketika masih baru, bilangan yang tidak ramai dan masih lagi berjinak-jinak dengan Islam. Jadi harus dihadapi dengan sabar, ketahanan dan ketabahan serta redha sehinggalah berjaya menjadi organisasi yang kuat.


6.6  KESABARAN, KETAHANAN, DAN PENYAMPAIAN DAKWAH
·         Perkara di atas sangat ideal dilaksanakan dalam berjihad. Merupakan 3 unsur di peringkat pertama dakwah.
·         Kadang-kala proses ini mengakibatkan istisyad (mati syahid, seperti Yassir & Sumayyah ra).
·         Oleh itu kita harus mengetahui sirah. Melalui sirah kita akan mendapat bekalan dan kekuatan yang mendorong kita meneruskan kerja dakwah.
·         Secara zahirnya ada yang kata sikap begini tindakan yang negatif. Sangkaan ini salah kerana pada hakikatnya inilah kemuncak positif. Kerana bisa mengalahkan pihak musuh. Kekalahan ini sebenarnya telahpun dirasai oleh Abu Jahal tatkala berhadapan dengan kesabaran dan ketahanan Bilal bin Rabah.

6.7  JIHAD DAN MENJUAL DIRI KEPADA ALLAH
·         Ada yang bertanya, mengapa kita tidak terus berjihad dan menyerahkan harta kepada Allah? Jawap MM: pengorbanan itu tidak berhak dilaksanakan sehinggalah pada masa yang sesuai iaitu, masa yang disyariaatkan kita untuk mengeluarkan harta di jalan Allah bukan mengikut kesesuaian sendiri.
·         Kerana Allah yang mengira amal-amal kita dan menentukan masa yang sesuai untuk kita menjual diri kita kerana Allah.
·         Kita tidak boleh didorong dengan sentimen, tindakan yang melulu sehingga melakukan pengorbanan juz’iyyah sehingga tidak memberi faedah kepada dakwah seluruhnya.
·         Tindakan sebeginilah yang akan memberi keuntungan kepada para pendukung kebatilan.
·         Kata-kata hikmah mengenai hal ini ialah:
Orang yang telah menjual dirinya kepada Allah tidk berhal le atas orang yang menyiksanya. Sesungguhnya Allah lah yang mempunyai hak ke atasnya sama ada Dia hendak mengamouninya atau menyiksanya ”.

~Bab 6 Jalan Dakwah Tulisan Mustafa Masyhur~moga bermanfaat buat pendakwah di luar sana~

Thursday 10 January 2013

Meraikan Sahabat

Assalamualaikuum  wbt.

''Meraikan sahabat? Senang je tajuk dia. Aku biasa buat lah dengan kawan-kawan aku. Aku sambut birthday depa. Aku luangkan masa dengan depa, bergembira selalu...macam-macam lah.. Err..Tapi betul ke ni? Aku dah buat semua??''

Betul ke pernyataan di atas? Begitu ke caranya untuk meraikan sahabat?teman?kawan?

Sahabat perlu kita raikan kerana dia juga mempunyai perasaan sama seperti kita. Sudah tentu kita juga ingin diraikan oleh sahabat kita sendiri. Justeru, perasan mereka yang kadang-kadang kedengaran remeh pada kita [mungkin kita ini jenis yang kental perasaannya maka kita tidak mengambil berat akan hal itu berbanding sahabat kita itu], kita patut meraikan mereka dengan mendengar rintihan mereka, memujuk nya kalau perlu dan berusaha memberi solusi yang baik untuknya. Pasti dia rasa merasakan bahawa dia dihargai sebagai sahabat. Kita pun nak macam tu juga kan? Kan?

Oleh itu, supaya kita rasa dihargai, kita harus menghargai kawan/sahabat/teman kita terlebih dahulu. Okey?

Berikut yang saya dapat dari mukabuku:

Ciri-ciri sahabat yang sejati

1. Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik


2. Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu


3. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan

4. Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan

5. Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda


6. Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji.


7. Membantumu dalam menunaikan perintah Allah (menjalani kebaikan)


8. Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.





Mesti di antara kita yang ingin menjadi sahabat sejati. Moga panduan di atas dapat menjadi pedoman buat kita semua..amin.

~kawan~
Yang penting sekali bersahabat lah kerana Allah, kerana manisnya tak terkata!

Bestnya Ukhwahfillah!

May Allah Bless~