Bun yanum Marsus
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalannya dalanm barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"As-Saff:2
Tuesday, 30 September 2025
Journal semalam
Wednesday, 2 July 2025
Kereta viva daku
Assalamualaikum alhamdulillah dah lama tak menjenguk di sini. Sesudah sekian lama. Muqaddimah inilah yang selalu diulang-ulang. Hehe.
Nak kena praktis menulis. So kita try coret-coret dekat sini deh.
Alhamdulillah sekarang viva dah takde dah. Dah bertukar milik kepada jiran Penang. Saya pun dah berpindah ke kedah. Alhamdulillah.
Actually nak share ibrah yang saya dapat pasal viva ni. Kalau ikutkan saya rasa terkilan juga sebab macam macam perkara sehinggakan rasa sedih kehilangan viva itu. Yang paling terasa adalah bengkel servis kereta yang saya merata-rata duk pi. Kereta ni pun saya dapat daripada kakak. Sambung bayar je. Jadi dah habis warranty. Tu yang bebas cari bengkel. Cumanya sejak pindah Penang kurang jumpa bengkel yang saya berpuas hati. Masa tu tak terdetik langsung nak pi perodua terus. Perodua lagi expert kereta depa luar dalam. So jadi sakit lah kereta saya lama-lama. Jadi bila beli kereta baru tak ralat nak jual cepat huhu. Plus nak minimalis lah konon hehe.
Rasa tertipu dan macam-macam juga. Rasa terzalimi hehe. Tapi sebenarnya saya dah dapat jauh lebih baik sekarang. Walaupun kereta yang saya guna ni atas nama suami. Tapi saya bebas guna kereta ni macam kereta sendiri. Nak pergi jauh-jauh pun tak risau macam dulu. Sebab masih kereta baru. Lancar dan lain-lain lah. Walaupun ada drama juga masa nak beli kereta brand H ni. Hehe.
Beli masa PKP. Takde pilihan lain sebab kereta perodua dan proton boleh kata lambat sangat dapat masa tu. Sedangkan kami memang perlukan kereta sangat-sangat. Sebab viva dah sakit. Paling sakit tak tahu nak baiki apa. Sebab p bengkel sana sini. Takde yang memuaskan. Banyak ambil duit kami ja huhu tu yang rasa dizalimi tu .hehe tapi dengan rezeki kereta sekarang ni saya kena maafkan depa dan redha sebab Allah dah bagi lebih baik dari dulu. MasyaAllah Tabarakallah. Alhamdulillah..syukran yang Allah. Terus menerus Allah bagi pula tu..Allahu..MasyaAllah.
Tu ja nak share hehe. Kena share banyak lagi benda yang syukuri supaya dapat jadi hamba Allah yang pandai bersyukur..supaya dapat menjadi hamba yang disayangi Nya.
Ya Allah tolong kasihi dan sayangi aku ya Allah..aminn ya Rabb.
Tuesday, 12 May 2020
7 Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita tidak boleh solat di Bulan Ramadan
Monday, 31 December 2018
Ahmad Asadullah
19 September 2018 lahirlah putera yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah. Nama yang dipilih adalah Ahmad Asadullah. Berikut adalah kalam ayahnya:
*بسم الله الرحمن الرحيم*
Bersempena dengan gelaran Saidina Hamzah Bin Abdul Muttalib, Asadullah yang membawa maksud Singa Allah, kami namakan zuriat pertama kami sebagai
*Ahmad Asadullah Bin Ahmad Muslihuddin*
1. Semoga anak ini mencontohi peribadi Saidina Hamzah RA yang menjadi antara tokoh terawal dalam mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam.
2. Semoga Anak ini mengembalikan sifat-sifat anak singa yang garang dalam kalangan umat Islam yang telah ditukarkan menjadi kijang yang pengecut oleh taghut.
Amin.
👶🏻🦁👶🏻🦁
Banyak kisah di sebalik kelahiran Ahmad. Maklumlah anak pertama. Tapi alhamdulillah sekarang Ahmad sudah 3 bulan ❤.
Nasihat kepada bakal-bakal ibu di luar sana:
1. Semasa mengandung belajar betul-betul; pemakanan semasa mengandung, teknik bersalin, menyusu badan (boleh jadi 2 hal sama ada susu banyak atau susu lambat banyak, bersedia fizikal dan mental!) Dan berpantang (ikut orang lama lagi selamat!).
2. Bersedia mental dan fizikal juga jika anak demam kuning. Dan perlu ulang alik ke hospital dan klinik serta wad jika ada. Ingat semasa ini walaupun kelahiran normal ibu akan rasa sakit juga apatah lagi jika perlu dibedah. Jadi bagaimana kita nak hadapi sakit kita sambil hadapi anak yang kuning, kena jaga pantang sendiri dan sebagainya.
3. Pengalaman semua orang tak sama. Tapi masih dan perlu belajar dengan orang terdahulu dan sesuaikan dengan kita dan anak. Sebab setiap bayi itu sendiri pun tak sama.
4. Bersabar, bersabar dan bersabar. Kadang-kadang orang akan membandingkan dengan anak mereka dan bagi nasihat macam-macam. Dengar dan senyum. Mana yang sesuai dengan kita boleh amal. Jangan stres jika rasa anak orang lain lagi baik dari kita. Ingat setiap bayi tidak sama.
5. Doa semasa dari mengandung lagi kena amal. Moga Allah kuatkan kita selalu hadapi masa-masa mendatang. Jaga hubungan dengan Allah banyak2. Sebab masa nilah kita boleh full solat dan beribadah. Nanti bila dah melahirkan, dengan tak boleh solatnya, dengan emosi tak stabilnya. Memang sangat-sangat perlukan sokongan dari orang sekeliling. Apatah lagi pertolongan dari Allah lagi kita kena harapkan.
6. Bersyukur, bersyukur dan bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk memiliki anak sedangkan ramai lagi yang diluar sana sedang berusaha. (Moga Allah permudahkan urusan mereka. Aminn). Apatah lagi dikurniakan anak yang sihat, alhamdulillah. Masalah anak kita (kalau adapun) lagi sedikit berbanding orang lain. Memang masa ni akan terdetik 'yela, kau tak rasa apa yang aku rasa'. Hehe ingat ibu masa ni memang sensitif sampaikan syaitan suka sangat nak menghasut. Jadi lagi sekali jaga hubungan dengan Allah mulai sekarang ye 💪.
Banyak sangat nak share sebenarnya. Tapi mana yang terdetik jela ye. Jujur masa mengandung dulu pun perasan agak over confident. Bila dah hadapi sendiri Allah je yang tahu hehe. Itulah pengalaman. Setiap kelahiran anak pun tak sama. Nanti anak kedua dan seterusnya pula lain pula kisahnya. Wallahua'lam.
Setakat ini sahaja perkongsian. Moga Allah permudahkan urusan bakal-bakal dan ibu semua. Aminn.
Coretan rasa,
Ummu Ahmad ❤
Monday, 3 September 2018
Ujian berlaku kepada setiap insan
Assalamualaikum wbt.
Sebuah entri pemujuk diri insyaAllah.
Daripada tajuk di atas banyak pula dapat dihuraikan hehe. Sebab saya yang letak tajuk jadi saya tahu apa yang saya nak cakap kan? Hehe.
Begini semua maklum setiap manusia yang hidup di muka bumi ini tidak akan terlepas mengalami ujian hidup. Apatah lagi manusia yang dikatakan beriman kepada Allah SWT. Seperti dalam surah al-ankabut ayat 2, yang ada menyebut Allah tidak akan membiarkan orang yang beriman tanpa memberinya ujian!
Pernah tak sesiapa mengalami akan hal di mana dia rasa bahagia sangat dengan kehidupan dia sehingga dia terfikir akan ujian yang akan datang tiba-tiba mungkin akan dihadapinya. Kuat atau tidak dia pada ketika itu? Hal ini bagi sesiapa yang meyakini dalil al-ankabut:2. Nak tak nak memang akan tempuh. Sebab tempat yang tiada ujian hanyalah di syurga akhirat nanti!
Baik dipendekkan cerita saya mengalaminya. Bertapa selepas berumah tangga saya rasa bahagia alhamdulilah kerana memiliki seorang suami yang soleh dan berusaha untuk memahami diri ini seadanya. Kemudian tidak lama kemudian kami bakal dikurniakan anak insyaAllah. Kemudian kami menghitung hari menunggu hari yang bahagia itu. Ketika itulah saya terfikir akan ujian yang akan saya tempuh. Sebenarnya banyak sangat nikmat bahagia ingin diungkapkan tapi cukuplah ringkasannya sahaja.
Sehinggalah pada usia kandungan saya 8 bulan saya diuji dengan sakit Symphisis Pubis Dysfunction/Diethasis. Sakit ini apabila di-google dalam 300 ibu mengandung akan ada seorang mengalaminya. Data mungkin berbeza-beza. Wallahualam. Nak beritahu di sini bahawa sakit ini tidak semua ibu mengandung akan mengalaminya. Sebab itu bila dengar berita orang mengandung dan akhirnya dapat anak yang sihat dan comel macam senang je kan rezeki depa dapat?
Tapi ingatlah sebenarnya setiap kesenangan seseorang dapat adalah ada bahagiannya tersendiri. Ingat dalil Allah berkenaan setiap orang ada bahagiannya tersendiri (an-nisa':32). Jadi janganlah kita rasa iri hati dengan nikmat yang mereka dapat. Sedangkan kita tidak tahu kesukaran apa yang telah mereka lalui dan akan lalui. Sama juga dengan kita sendiri. Sebab itu dalam Islam jika berlaku ujian kita kena sabar. Sabar dan solat seperti disarankan dalam surah al-Baqarah:45-46).
SPD ringkasnya adalah sakit dimana tulang di tengah pelvik jadi renggang kerana pelepasan hormon relaksin yang menyebabkan tulang pelvik jadi kurang stabil. Jadi sebarang pergerakan melibatkan tulang pelvik akan sakit sehingga akan kedengaran bunyi tulang sama ada jelas atau tidak. Hasilnya apabila nak duduk, atau bangkit, baring, mengiring, berjalan (angkat kaki) akan sakit. Jadi menyukarkan untuk melakukan kerja seharian. Di sini ujian kepada para ibu yang mengalaminya. Tahap kesakitan seseorang juga tidak sama. Ada yang mudah sembuh dan ada yang sangat memakan masa, ada yang sehingga bersalin dan ada yang beberapa ketika selepas bersalin. Ingat Allah akan uji seseorang mengikut kemampuannya (al-baqarah:286).
Jadi sebagai pemujuk kepada diri ini dan kepada ibu-ibu yang mengalaminya sama-samalah kita bersabar dengan sedikit ujian yang Allah kurniakan kepada kita. Kita kena selalu muhasabah dengan nikmat yang telah Allah berikan dan sedang berikan kepada kita. Dalam kita dapat sakit macam ni Allah bagi nikmat suami yang baik, keluarga dan sahabat yang memahami dan pelbagai lagi. Nikmat apa lagi yang dapat kita dustakan? (Ayat dalam surah Ar-Rahman). Sungguh Allah sangat penyayang kepada kita. Masa yang kita ada ini banyakkanlah melakukan amal soleh. Banyakkan solat sunat, jaga solat wajib, zikir, berdoa dan pelbagai lagi yang kita mampu. Jangan pula kata 'saya sakit jadi macam mana nak solat?' Di sini kita belajarlah rukhsoh solat. Kita boleh solat atas kerusi atau atas katil jika betul tak larat.
Selain itu ikutlah apa yang doktor dan pakar fisioterapi nasihatkan. Ingat kita hanya mampu berusaha tetapi Allah yang tentukan.
Moga ujian yang dihadapi ini mendekatkan kita lagi kepada Allah yang Maha Penyayang dan kita tidak mudah terbuai dengan nikmat yang Allah bagi sehingga mendapat istidraj. Nauzubillahhiminzalik.
Mohon juga doa dari semua yang mengetahui tentang kami, dan bagilah sokongan kepada kami. Hormon gembira juga boleh mengurangkan kesakitan tau. Hehe.
Terima kasih kepada semua yang tolong kami terutama suami tercinta. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian. Jazakumullah khairan kathira.
Friday, 13 July 2018
Selamatkanlah tanah airku ya Allah
Assalamualaikum wbt.
Pasca PRU 14 ini setiap hari ada sahaja keluar berita yang mencalarkan negara ku Malaysia.
-Pengiktirafan UEC, silibus berkiblatkan negara Taiwan sedangkan ingin diaplikasikan di Malaysia, sebuah negara beridentiti Melayu dan Islam yang tidak dapat dinafikan lagi dalam perlembagaan.
-Ketua hakim negara, peguam negara dan menteri undang-undang negara dilantik dalam kalangan Kristian. Dan banyak rekod kerja mereka yang tidak menyokong Islam langsung. Jadi nak harap siapa yang akan bela Islam?
-Peguam melayu Islam menghina Institusi Diraja di Malaysia dengan alasan sudah kuno. Tapi sayang dia yang buta sejarah dan mungkin juga buta hati.
-Menteri Agama yang baru dilantik baru-baru ini memberi maksud yang salah dengan kalimah Hifz Ad Din dengan maksud memelihara semua agama bukan agama Islam sahaja. Allahuakbar sesat betul kenyataan ini. Dan kementerian agama juga salah guna. Dikatakan untuk jaga semua agama. Padahal agama itu merujuk agama Islam. Pluralisme sungguh!
-Tidak hormat orang Islam dengan menghidangkan hidangan babi kepada wartawan Islam dalam majlis rasmi kerajaan Melaka dengan dihadiri timbalan menteri pertanian berbangsa cina.
-Isu LGBT dipandang sebelah mata sahaja oleh menteri Agama dan yang sewaktu dengan nya. Padahal LGBT itu jelas haram dalam Islam dan moral bagi manusia yang cerdik dan celik hati.
-Seruan tutup tahfiz lah, safe sex lah dan list are go on..
-Dan yang paling sedih ada yang kata kita tak perlu bimbang dengan semua isu ini. Ya Allah tidak sensitif betul dengan isu agama di negara ini. Itulah fahaman sekularisme iaitu mengasingkan agama dan kehidupan dah mula menyerap masuk dalam hati dan sanubari mereka. Agama dan politik diasingkan. Jika tidak dikatanya sebagai memainkan sentimen agama. Lalu agama dipolitikkan. Allahuakbar.
Sejarah dahulu telah mengajar kita. Tinggal kita ambil pelajarannya. Bagaimana Khalifah Uthmaniyah jatuh dan tiada bangunnya lagi, kesultanan melayu melaka, empayar Islam yang lain mudah sangat jatuh? Inilah jawapanya bertapa muslim yang ada hanya berdiam diri saat Islam sedang diinjak-injak oleh musuh. Bimbang dengan periuk nasi sendiri sahaja. Bahkan menjadi apologetik dengan musuh Islam sendiri. Rendah diri di hadapan mereka tapi merendahkan umat Islam yang berjuang tegakkan Islam sehingga ada yang memberi gelaran pentaksub agama, ekstremis dan lain-lain lagi.
Sampai bila nak bersikap begini wahai saudaraku? Sedarlah! Kenali musuh sebenarmu! Kembalilah kita bersatu kerana Allah. Jangan jadi penyokong musuh Islam. Tolong lah.
Allahu..sakit sungguh rasanya masyarakat kita apabila tidak sedar fahaman liberalisme sudah mendarah daging dalam diri mereka. Sehingga izzah kepada Islam sudah tiada makna. Nauzubillahimin zalik. Semoga dijauhkan dalam diri dan orang sekeliling kita.
Moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Allahu akbar..aminn.
Monday, 21 May 2018
Rasa cinta yang meluap-luap
Assalamualaikum wbt.
Rasa cinta bagi yang merasainya pasti berasa bahagia sentiasa. Seperti lagu Bila Diri Disayangi, pasti rasa bahagia bila tahu diri ini disayangi sepenuh hati. MasyaAllah.
Alhamdulillah, nikmat mana yang ingin engkau dustakan?
Walaubagaimanapun rasa cinta itu hendaklah disandarkan kepada Yang Maha Esa. Maknanya, cintailah manusia itu seadanya dan cintailah dia kerana Ilahi bukan sekadar cinta nafsu.
Kelak engkau akan merana diri. Kerana manusia itu tidak sempurna. Dengan sedikit kelemahannya dan dengan sedikit kesilapannya boleh membuat engkau jauh hati. Lalu sedih dan kecewa. Alahai..
Justeru, cara untuk memaknai cinta, cintailah dia sepenuh hati kerana Allah. Disulami dengan amal ibadah yang memaniskan lagi rasa cintamu kepada Ilahi. Jangan sesekali kerana cinta mu kepada dia, engkau mengurangkan amal ibadahmu. Hati-hati. Mungkin ia adalah jerat percintaan! Yang ingin menjauhkan engkau dari Yang Maha Esa. Astaghfirullahalazim.
Selamat bercinta kerana Allah. Selamat bercinta dengan Ramadan Kareem, antara nikmat Allah yang tidak dapat didustakan.
Moga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Aminn.
Coretan,
Ummu X
Moga Allah reda.