Wednesday 27 June 2012

Rehlah Pertama Saya

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. saya masih dapat menghadap laptop untuk mengepost post yang seterusnya. Hari ini (25 jun) tamatlah sudah peperiksaan saya di universiti yang tercinta ini. Sudah tiga tahun rupanya masa berlalu , begitu pantas berlalu. Akhirnya nanti saya akan menghadapi perjuangan terakhir saya sebagai pelajar tahun akhir Biologi Gunaan iaitu viva. Moga Allah permudahkan urusan saya dan rakan-rakan seperjuangan amin.

Sebelum ini pada Sabtu yang lepas saya sempat bersama sahabat usrah ber-rehlah di sekitar U. Pelbagai pengalaman menarik yang tak dapat dilupakan. Terutama kenangan di Tasik Biawak (nama tak rasmi). Seperti dikepung, dua ekor biawak berada di hadapan kami. Kami tidak boleh kebelakang kerana adanya tasik. Akhirnya kami mengumpul kekuaatan kami dengan tawakkaltualallah untuk melepasi laluan di antara dua ekor haiwan tu. Tambah mengerikan kami semua kedua-duanya bersaiz agak besar. Alhamdulillah kami tidak dikejar. Terima kasih kepada encik dan familinya yang beritahu akan keberadaan biawak tu.

Walaupun trauma, aktiviti masih diteruskan di kafe dan ke muzium selepas dhuha bersama. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun salah seorang dari kami terpaksa menarik diri pada saat ke muzium kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Walaupun hujan, ketiadaan kenderaan, alhamdulillah Allah permudahkan. Biasanya hari Sabtu bas tidak banyak, namun sebaik sahaja sampai di tempat menunggu, bas terus muncul. Jalan sikit, kemudian sampailah ke muzium. Disana, kami bergambar kenangan terutama dua di antara kami bakal menamatkan pengajian pada sem ini juga.

Tiba masa untuk pulang, kami di ajak untuk tumpang kereta oleh seorang pekerja di sana untuk pulang ke hostel. Tanpa bantuan itu kami mungkin terpaksa berjalan kaki, turun naik bukit untuk sampai ke destinasi. Alhamdulillah. Sekali lagi Allah permudahkan urusan kami.

Niat kami untuk adakan program begini agar ukhuwah antara kami masih bersemi walaupun tidak dapat berjumpa sekerap dulu. Sebenarnya ini merupakan pengalaman pertama saya sejak memiliki usrah. Saya suka sangat dengan semangat ukhuwah mereka untuk tetap juga hadir aktiviti ini yang telah lama dirancang bersama. Aktiviti ini juga sebenarnya banyak diuruskan oleh anak usrah sendiri.

Betullah kata Murobiyyah saya, dalam usrah atau taklim atau halaqah kita perlu variasikan aktiviti kita dan selalu perbanyakan aktiviti sebegini agar ukhuwah antara kita akan lebih erat dan supaya dapat melahirkan ramai lagi daie-daie yang hebat di pandangan Allah. insyaAllah. Moga kami semua terus tsabat dalam perjuangan dakwah ini. Amin Ya Rabb.

Jadi kepada sesiapa yang belum buat rehlah dengan sahabat seusrah buatlah. Dijamin terbaik! kita sangat istimewa kerena berukhuwah kerana Allah. Sesungguhnya ukhwafillah itu sangat indah:)

Saya sayang mereka kerana Allah~ Ana uhibbu-hunna fillah (err betul ke ejaannya?)

Muzium yang kami lawati. Kredit to google


Wassalam.

Tuesday 12 June 2012

La Taghtarr

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hari ini sudah selesai satu paper. Perasaan seperti sudah merdeka! Sebenarnya ada dua paper lagi. Kelegaan yang diberi Allah. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Hari ini Allah telah permudahkan urusan saya. Dapat pergi ke tempat peperiksaan dengan baik. Dapat jawab exam dengan baik tanpa rasa kelam kabut. Segala puji bagi Allah. Memberi kekuatan kepada saya untuk menjawab exam tanpa rasa penat atau mengantuk (tidur sekejap semalam). Akhir sekali tawakkal sahaja kepada Allah setelah berusaha. Moga Allah memberi result yang terbaik. Moga Allah melembutkan hati pemeriksa agar dapat memeriksa dengan baik seterusnya dapat memberi markah yang terbaik. amin.

Jom berdoa dan bersukur sentiasa. Walau senang sekalipun kita jangan sesekali lupa bahawa nikmat kesenangan yang kita dapat, datang daripada Allah swt. Alhamdulillah. Tapi kena beringa-ingat juga kadang-kadang nikmat yang datang untuk menguji kita. Jadi kena selalu berwaspada. Biasa kita dengar La Tahzan bila seseorang diuji dengan kesedihan  tapi bila diuji nikmat kesenangan tak ada pula yang nak beri peringatan.. Apa kata kita cuba biasakan diri sebut La Taghtarr (Jangan Terbuai). Macam kat gambar bawah ni:)

Kredit kepada pelukis & penulis

YA ALLAH! Alhamdulliah :)

~Perjuangan masih belum selesai, Moga Allah permudahkan..amin~

Saturday 9 June 2012

KISAH SI PEMBONGKAR KUBUR

Assalamualaikum wbt.

Post pertama selalu tertangguh.maklumlah baru nak berjinak-jinak dengan blog. Sila bagi tunjuk ajar ye (*tunduk*).

Hari ini saya nak berkongsi mengenai KISAH SI PEMBONGKAR KUBUR.
Kisah ini saya dapat dari youtube, yang dikongsi oleh Sheikh Habib al-Jufri.

Kisahnya begini, pada zaman kala ini, hidup sangat melarat sehinggakan ada yang sanggup mencuri kain kafan untuk dijual. Akhirnya apabila si pembongkar kubur ini sudah insaf maka ditanya oleh rakan majlis ilmu nya mengenai perkara ajaib yang dilalui sepanjang membongkar kubur. Pembongkar kubur itu membongkar sebanyak 1000 kubur. 1000, bukanlah jumlah yang sedikit. Kemudian dia menambah, 900 darinya, jenazah tidak menghadap kiblat. Semua yang mendengarbegitu terkejut. kerana keadaan jenazah yang tidak menghadap kiblat di dalam liang lahad menunjukkan petanda yang mengaibkan dan menghinakan jenazah tersebut. Kemudian ditanya kepada seorang alim iaitu guru kepada pembongkar kubur (bekas) tersebut, mereka yang dipalingkan dari kiblat adalah kerana mereka tidak yakin dengan rezeki Allah.
Sedangkan Allah telah berfirman,

"Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamanya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)" (Hud 11:6)

Sepatutnya kita tidak patut khuatir mengenai rezeki kita. Terutamanya kepada mahasiswa/i yang bakal menamatkan pengajiannya. Mungkin antara kalian yang bimbang nasibnya selepas ini. belajarkah? menganggurkah? Rezeki telah Allah tetapkan. cuma kita sendiri yang patut berusaha. ingatkah kalian dengan dalil 13:28? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia sendiri merubahnya!

Allah juga telah berfirman:
".. Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa hisab"(2:212)

See.. Maka yakinlah dengan pertolongan Allah. Kalau rasa tak yakin pohonlah rasa keyakinan kepadaNya Sesungguhya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sebenarnya kisah pembongkar kubur ada banyak versi. tak kisah apa versi pun yang penting pengajarannya kita dapat kutip bersama. Jadilah seperti iman si semut, yang begitu yakin dengan rezeki Allah berbanding manusia (Nabi Sulaiman). Nak tahu lebih lanjut boleh cari sendiri kisah Nabi Sulaiman dengan Semut.

Sekian sahaja dari saya buat kali ini. Doakan saya moga istiqomah dalam menyebarkan kebaikan. amin ya Rabb.
Sedutan dari youtube