Thursday 29 March 2018

Ingin terus menjadi hamba yang bersyukur

Assalamualaikum wbt.

MasyaAllah. Saya tidak dapat nak bayangkan hari ini bertapa bersukurnya saya kepada Allah azza wajjala. Alhamdulillah wa syukurillah.

Sepanjang masa saya di sini terutama apabila setelah disahkan berbadan dua, saya berasa begitu lemah dan sangat tidak bermaya. Tambahan pula saya tinggal di rumah sahaja, jadi tiada orang yang dapat saya berinteraksi sehinggalah zauj (suami) pulang dari tempat kerjanya.

Tapi adakalanya datang juga kekuatan. Tapi sat-sat ja (baca dengan loghat utara). Kekuatan yang betul saya dapat apabila saya bersama dengan akhwat dan bersama keluarga. Memang tidak rasa mual langsung. Kalau ada pun memang sikit ja.

Sehingga masuk minggu ke-12 dan hari pertama. Saya rasa badan saya dah mula okey. Mungkin betul alahan saya sudah nak 'fade away' sebab dapat makan dengan berselera hari itu walaupun tinggal keseorangan. Tapi esok dan seterusnya badan saya kembali lemah. Allahu. Hanya yang berpengalaman dapat faham apa yang saya rasa. Sebab saya yakin bukan  saya seorang je rasa macam ini. Tambahan pula baru-baru ini baca catatan Vivy Yusof yang mengatakan beliau sudah mengandung. Sama rasa seksanya apabila badan kita lemah tak dapat nak buat apa-apa walhal nak solat pun perlu bermujahadah! Allahu.

Tapi hari ini. Saya rasa sangat cergas (tapi masih perlu dikawal sebab badan sekarang mudah cepat letih). Hehe. Dan yang penting rasa sungguh indah dan tenang. MasyaAllah. Tak dapat nak gambarkan. Makan pun begitu berselera kembali! Nikmat makan pun perlu sangat kita syukuri saban masa. Saya duk terfikir-fikir apa yang saya dah buat hari ini?

Alhamdulillah pagi tadi dapat bersua muka dengan anak-anak usrah. Saya dapat belanja mereka makan tengah hari hasil titipan belanja oleh zauj tercinta. Kemudian memang berniat nak ziarah anak akhwat di hospital. Memang dah lama terniat tapi tiada teman. Alhamdulillah salah seorang anak usrah saya dapat teman saya ke hospital. Saya dengan semangatnya cari hadiah yang sesuai untuk anak yang baik itu.

Alhamdulillah sampai ke hospital dapat tengok dia guna hadiah yang kami bagi. Rasa lega sangat. Tambahan pula niat saya untuk ziarah anak itu tercapai. Alhamdulillah lagi.

Setelah hantar anak usrah pulang ke rumahnya, saya ke pejabat pos laju untuk ambil barang zauj. Kemudian ke supermarket terdekat untuk beli sedikit barang rumah. Masa itu badan saya sudah mula lemah. Sebab tengah hari hanya makan bakso sahaja sebab khuatir tidak habis ikut selera yang sebelum ini. Apalagi, selepas berbelanja terus ke kedai makan terdekat, order kuey tiaw goreng. Suka betul saya dengan kuey tiaw ni. Tak jemu-jemu memakannya. Tak tahu lah sama ada bawaan budak atau tidak.

Setelah pulang dan solat asar, saya makan vitamin wajib bagi ibu yang mengandung. Sebelum ni kalau saya nak makan vitamin akan mula rasa mual. Dan bila dah makan, keluar lah balik vitamin tu. Tapi ajaibnya pada saya, selepas makan vitamin saya sebut 'sedapnya'! Spontan betul. Sebelum ni jangan harap rasa gitu apatah lagi mulut ringan nak menyebutnya. Rasa bersyukur sangat sebab ibu mana yang tak nak anak dia kurang nutrien kan.

Selain itu, buat kerja online pun rasa ringan je. Tiada rasa malas-malas macam sebelum ini. Alhamdulillah. Kemudian nak makan malam pula. Biasanya ibu mengandung cepat lapar jadi kena cepat makan takut nanti masuk angin. Kalau dah masuk angin mudah muntah balik makanan. Seksa juga kan muntah kerap kali ini? Memang Allah nak bagi pahala yang lebih bagi yang mengalaminya. InsyaAllah. Think positive!

Masak nasi dan makan lauk yang ada, alhamdulillah saya makan berselera dan sekali lagi lidah menuturkan 'sedapnya'! Allahu. Bagi orang lain mungkin ini perkara biasa. Tapi pada saya setelah mengalami sendiri keadaan ini, maka nikmat itu jangan sesekali kita dustakan. Allahuakbar. Alhmdulillah selepas makan okeylah perut. Kalau tak memang rasa sakit perut dan tak sedap badan. Kalau makan pula walaupun hanya meminum air kosong pun akan muntah balik.

Inilah pengalaman saya. Tidak ada yang luar biasa pun. Biasa-biasa sahaja. Sekadar coretan untuk kenangan saya yang mendatang. Sungguh bersyukur sungguh saya hari ini. Ada juga yang hal lain yang buat saya rasa best sangat! Dapat ber-pm mesra dengan housemate dulu dan kawan baik masa matrik dulu. Alhamdulillah nikmat ukhuwah yang memang tak dapat kita dustakan.

Banyak sangat nikmat yang Allah bagi kepada kita sebenarnya. Tapi selalu sangat lupa untuk disyukuri. Kalau diikutkan apa yang saya catat ni apalah sangat berbanding nikmat yang Allah bagi selalu ini. Tidak kira masa dan tempat pula itu!

'Ya Allah kurniakanlah sifat qanaah dalam diriku semoga aku menjadi hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan setiap perkara yang Engkau kurniakan kepada ku. Allahumma aminn.'

Sekian.

Saturday 10 March 2018

Kembali semangat insyaAllah

Assalamualaikum wbt. Alhmdulillah semangat menulis datang kembali. Itulah hikmahnya membaca blog-blog lain yang bermanfaat. Alhamdulillah😂

Entri kali ini tidak bermakna apa-apa hanya sekadar 'warming up'. Moga semangat menulis terus ada dan tidak sirna.

Moga Allah terus mengurniakan istiqomah dalam beramal kebaikan.

Ya muqallibul qulub. Tsabit qulu bana ala dinik wa tho 'atiq.

Allahumma aminn.