Thursday 19 December 2013

Quiz Mengenal Salasilah Rasulullah SAW Bahagian 2

Assalamualaikum wbt.

Bertemu lagi dengan Quiz Mengenal Salasilah Rasulullah SAW bahagian 2.

Adakah anda bersedia dengan kuiz kali ini? Here you go!

SOALAN 1
Merujuk soalan nombor 3 kuiz yang lepas, nama datuk Rasulullah SAW adalah Syaibah bin Hashim tetapi dikenali dengan Abdul Mutalib. Mengapa datuk baginda dikenali dengan nama tersebut sedangkan nama ayah datuk baginda adalah Hashim?

SOALAN 2
Siapakah datuk ke-3 Rasulullah SAW?

SOALAN 3
Kenapa orang Arab keturunan Quraisy amat dipandang mulia melebihi keturunan Arab yang bukan Quraisy?

SOALAN 4
Siapakah nama bonda Rasulullah SAW dan dari suku manakah beliau?

SOALAN 5
Saad bin Abu Waqqas dikatakan merupakan bapa saudara kepada Rasulullah mengikut keluarga belah bonda Rasulullah saw. Tahukah anda, Saad bin Abu Waqqas juga dikatakan mempunyai hubungan yang rapat belah ayahanda Rasulullah saw. Bagaimana?

SOALAN 6
Hubungan kekeluargaan ayahanda Rasulullah SAW dan bonda Rasulullah SAW adalah tidak jauh. Dimanakah titik persamaan datuk mereka?

SOALAN 7
Berapakah umur ayahanda Rasulullah SAW dan umur bonda Rasulullah SAW ketika mereka dinikahkan?

SOALAN 8
Bilakah ayahanda Rasululllah SAW berangkat ke Syam untuk berniaga setelah bernikah dengan bonda Rasulullah saw?

SOALAN 9
Mengapakah Abdullah dan pemuda Mekah ketika itu lebih memilih untuk menjadi pedagang?

SOALAN 10
Bilakah ayahanda Rasulullah SAW meninggal dunia?

Sila skrol di bawah untuk jawapannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

JAWAPAN 1
Datuk baginda dikenali dengan Abdul Mutalib adalah kerana salah faham masyarakat pada ketika itu. Kisahnya begini, selepas kewafatan ayahanda Abdul Mutalib iaitu, Hashim. Al-Mutalib yang merupakan bapa saudara Syaibah (nama sebenar datuk Rasululullah SAW) juga adik kepada Hashim, membawa Syaibah ke Mekah dari Madinah (menurut rujukan Ustazah Saleha). Masyarakat di sana riuh mengatakan al-Mutalib membawa hamba (abdul: bahasa Arab) walaupun apabila ditanyakan sendiri kepada al-Mutalib, al Mutalib menjawab Syaibah adalah anak saudaranya. Akhirnya panggilan Abdul Mutalib (hamba kepada Mutalib) melekat kepada Syaibah bin Hashim, datuk Rasulullah SAW sehinggalah sekarang.

JAWAPAN 2
Abdul Manaf bin Qusai. --> Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf.

JAWAPAN 3
Datuk nenek Rasulullah SAW, Abdul Mutalib sehingga Adnan merupakan orang-orang besar dan tokoh-tokoh ternama di zaman masing-masing. Mereka juga banyak memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat Mekah pada ketika itu. Kalau dibaca sirah mereka, ramai antara mereka yang berjaya kerana usaha sendiri bukan kerana nama keluarga mereka yang sedia gah itu.

JAWAPAN 4
Siti Aminah binti Wahab dari keturunan Bani Zuhrah, seketurunan dengan sahabat, Saad bin Abu Waqqas.

JAWAPAN 5
Abu Waqqas yang merupakan ayah Saad telah menikahi Umaimah yang merupakan ibu saudara Rasullullah SAW (adik beradik dengan ayahanda Rasulullah SAW, Abdullah).

JAWAPAN 6
Kilab. Merupakan datuk ke-5 ayahanda Rasulullah SAW dan datuk ke-3 Bonda Rasulullah SAW.

JAWAPAN 7
Ayahanda =24 tahun. Bonda=bawah 20 tahun (ada riwayat 17 tahun)

JAWAPAN 8
Selepas 3 hari 3 malam di rumah mertuanya, Abdullah tinggal di rumahnya selama 3 bulan. Pada ketika ini, beliau tidak pernah keluar dari Mekah, urusannya hanya dalam Mekah sahaja.Selepas 3 bulan itu, barulah Abdullah disuruh bapanya, Abdul Mutalib mengikut rombongan ke Syam bersama abang sulungnya, al-Harith.

JAWAPAN 9
  • Merupakan pekerjaan yang lebih mudah;
  • Lebih mendatangkan keuntungan
  • Mekah sendiri tidak menyediakan banyak peluang pekerjaan selain berniaga
  • Kegiatan menternak binatang tidak mendatangkan keuntungan yang besar
  • Mekah tidak memiliki tanah yang subur untuk kegiatan pertanian
  • Selain berdagang terdapat juga profesion tukang besi di Mekah, seperti diterokai sahabat bernama Khabbab bin A'Arat.
JAWAPAN 10
Beliau meninggal dunia setelah rombongannya selesai berniaga di Syam. Sewaktu dalam perjalanan pulang, rombongannya berehat di Yathrib (Madinah). Di sanalah Abdullah jatuh sakit sehingga berbulan-bulan. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan Abdullah untuk dijaga keluarga Abdullah iaitu Bani an-Najjar. Apabila sampai di Mekah, abang Abdullah, al-Harith menceritakan kepada Abdul Mutalib. Abdul Mutalib begitu khuatir dengan Abdullah lalu menyuruh al-Harith untuk membawa Abdullah pulang. Sesampai sahaja di Yathrib, Abdullah dikhabarkan telah meninggal dunia. Lalu al-Harith hanya membawa pulang keuntungan yang diperolehi Abdullah iaitu lima ekor unta, beberapa ekor kambing dan sedikit barang hasil keuntungannya berniaga di Syam.

SUMBER: Riwayat Rasulullah saw; Sejarah dan Perjalanan Hidup Nabi Muhammad  s.a.w. dan Carian Google. Wallahu'alam.

Setakat ini sahaja kuiz kali ini. InsyaAllah jika ada peluang lain lagi, kuiz yang baru akan dikongsi. Moga memberi manfaat kepada semua. Akhir kata, selamat mendalami sirah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Apa pentingnya? Pentingnya kerana dari sirah ada bekalannya~Mustafa Mashur