Waktu subuh adalah waktu yang agak mencabar bagi sesetengah muslim. Sebab itu juga ramai yang tewas untuk solat subuh awal. Jadi wujudlah terms 'subuh gajah' atau 'subuh dinasour' dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun bagi mereka yang berjaya pula, akan tewas untuk menahan kantuk selepas menunaikan solat subuh. Apa lagi yang mampu dilakukan? Jadilah term, 'tidur selepas subuh'.
Mesti semua sudah sedia maklum, tidur selepas subuh sangat-lah tidak elok untuk diamalkan selalu. InsyaAllah, di sini akan senaraikan akibat tidur selepas subuh. Hal ini supaya kita tidak menjadikan tidur selepas subuh adalah amalan biasa bagi seorang muslim.
Antaranya:
- Kelam kabut
- Mudah untuk berprasangka negatif
- Bersikap emosional
Inilah antara akibat tidur selepas subuh yang sempat dicoretkan di sini. Sebenarnya banyak lagi. Justeru waktu selepas subuh tu, gunalah masa dengan sebaik-baiknya. Bukanlah bererti tidak boleh tidur langsung, sebab manusia tidak lari dari sifatnya yang lemah, kerana yang paling berkuasa hanyalah Allah azzawajalla. Cuma tidur itu tidak perlu berlebih-lebihan. Tidaklah sampai bentang toto balik atau tarik selimut semata-mata nak sambung tidur. Tidak elok lah jadinya. Lainlah jika ada masalah lain yang dibolehkan.
Rasullullah saw pernah berdoa: "Ya Allah berkatilah ummatku pada waktu pagi hari mereka (waktu fajar)". Jadi kepada sesiapa yang tidur selepas subuh itu, berkemungkinan besar akan terlepas keberkatan seperti yang didoakan oleh Rasullullah saw kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad saw.
Justeru, di waktu yang berkah itu, eloklah kita membuat pelbagai perkara yang baik. Bagi yang ingin menghafal al-quran, hafallah al-quran selepas subuh. In syaa Allah, senang menghafal dan senang mengingat. Sebab itu bagi pelajar, wajar belajar atau mengulang kaji di pagi hari, kerana di situ ada keberkatannya. In syaa Allah hari yang dilalui pada hari itu akan menjadi tenang dan tenteram. InsyaaAllah akibat-akibat yang dinyatakan di atas, tidak akan berlaku kepadanya.
Sedikit mengenai hikmah menghafal al-quran:
- Bagi sesiapa yang menghafal al-Quran di subuh hari, kemudian pada hari itu dia sedang berpuasa insyaaAllah mulutnya akan rasa selesa sentiasa.
- Membuat hafalan sebelum tidur, insyaaAllah, bangun pagi senang dan akan terasa segar. InsyaaAllah cubalah!
Wallahualam~
No comments:
Post a Comment