Monday, 16 February 2015

Melawat Korea Selatan!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kali ini saya telah berpeluang untuk ke luar negara buat pertama KALInya pada awal Januari yang lalu. Pertama kali naik kapal terbang dan pertama kali ke luar negara! hehe..Agak ketinggalan, tapi better late than never kan? Jazakumullah khairan kathira kepada syarikat tempat saya bekerja sudi menaja saya dan rakan-rakan staff yang lain. Kalau nak tahu inilah company trip. Company apa? Biarlah rahsia.

Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kalau tidak kerana limpah dan kurnia-Nya tidak merasa saya memijakkan kaki ke Korea Selatan, pada musim sejuk pulak tu. Sangat-sangat sejuk. Seperti yang saya katakan tadi, pertama kali pergi negara orang, dan sudah terbiasa dengan cuaca khatulistiwa tiba-tiba terus merasa winter! Tak ke drastik tu! Walau bagaimanapun setelah kembali ke Malaysia saya dan rombongan yang lain dapat pulang ke Malaysia dengan sihat dan sejahteranya. Cuma adalah sedikit yang demam apabila balik ke Malaysia. Demam rindu Korea tak tahu lah pula.

Pada waktu ini bajet saya untuk ke luar negara tidak lah begitu cukup untuk saya bershopping sakan ketika berada di sana. Tapi alhamdulillah, Allah telah mencukupkan keperluan saya untuk pergi ke sana. Semua maklum kan nak ke luar negara memerlukan kos yang banyak sebab persiapan ke negara yang cuaca tidak sama dengan Malaysia memerlukan kita mencari kelengkapan yang secukupnya supaya boleh terus berada di sana untuk menikmati keindahan negara orang. Kalau tidak, duduk di bilik sahaja rugi lah kan. Jadi di sini saya ingin berkongsi apakah persediaan dan pengalaman saya untuk bercuti ke Korea Selatan pada musim sejuk a.k.a winter. Kenapa saya nak berkongsi juga di sini walaupun sudah banyak bloggers lain sudah berkongsi pengalaman yang sama? Hal ini kerana saya telah terhutang budi yang saaaaangat banyak kepada bloggers di luar sana yang sudi berkongsi pengalaman mereka untuk ke luar negara. Jadi mana tahu pengalaman saya boleh jadi berguna buat mereka yang memerlukan pada masa akan datang? Wallahua'lam.

Sebelum pergi lebih jauh saya nak kongsi tips utama lagi super penting dalam membuat apa-apa persiapan, iaitu berDOA. Sentiasa berdoa selepas solat misalnya supaya perjalanan pergi dan balik kita selamat dan Allah memudahkan segala urusan kita di sana. Sebab kita tidak akan pernah tahu kesukaran apa yang akan kita hadapi nanti. Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan tempat sebaik-baik meminta pertolongan dan perlindungan. Doa itu satu bentuk tawakkal kita kepada Allah SWT. Tapi ingat, bukan semata-mata nak travel je baru berdoa, tetapi selagi hayat dikandung badan. Justeru, janganlah sesekali tinggal solat dengan sengaja sebab solat itu juga adalah doa!

SEBELUM

Pasport (Dokumen Perjalanan)

Perkara pertama yang perlu ada untuk ke luar negara mestilah passport! Pertama kali saya buat passport memerlukan saya membuat research yang sangat banyak. Di mana tempat dia, apa yang perlu disediakan, macam mana nak buat, bagaimana keadaan dia dan lain-lain. Terima kasih sekali lagi kepada bloggers sebab sudi share pengalaman mereka. Pengalaman saya, saya buat di Puchong Utama. Saya buat pada hari bekerja pada bulan Disember tahun lepas. Walaupun pada hari bekerja, masih terlalu ramai orang beratur untuk buat passport di Pejabat Imigresen Puchong. Maklumlah pada ketika itu musim cuti sekolah. Jadi ramai ahli keluarga yang merancang untuk bercuti di luar negara. Bertuah sungguh mereka kan? Pada hari pertama saya sampai di pejabat Imigresen untuk ambil nombor giliran pada jam 8 pagi lebih, nombor dah habis! Staff RELA yang jaga kata, "esok datang awal-awal". Saya memang sedia maklum pasal nombor giliran memang cepat habis. Jadi tak terkejut sangat. Tapi tak tipu lah, kecewa pun ada juga tapi nak buat macam mana kan. Jadi saya pergi pula keesokkan harinya. Alhamdulillah rumah dekat.

Jadi saya mengambil keputusan untuk bertolak awal-awal pagi semata-mata untuk beratur mendapatkan nombor giliran untuk buat passport. Saya sampai di sana pada jam 6.50 lebih minit pagi. Seperti yang saya jangkakan memang agak panjang barisan dia sewaktu saya sampai. Selepas saya mestilah lagi panjang kan. Tidak hairanlah pukul 8 lebih dah habis nombor giliran. Memang penantian itu suatu yang menyeksakan. Justeru gunalah masa yang ada untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat. Saya memilih untuk tilawah al-Quran sambil beratur (berdiri) di samping membuat hafazan mana-mana yang mampu. Alhamdulillah kurang rasa kekok untuk tilawah di kawasan umum mungkin sebab tidak ramai orang Melayu kot. Tapi tak patut begini...Seelok-eloknya bertilawah lah selalu, lawan rasa segan sebab apabila kita tidak mahu buat kebaikan kerana manusia, itu dah dikira riak. Jadi berhati-hatilah. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Akhirnya saya dapat memiliki nombor giliran untuk membuat pasport. Satu kejayaan setelah lama menunggu. Seingat saya sebelum pukul 9 pagi pada ketika itu baru dapat nombor. Nombor giliran saya 64 seingat saya. Jadi kena tunggu 63 orang setel barulah sampai giliran saya. Waktu menunggu tu saya sambung je tilawah. Alhamdulillah dapat habis satu juzuk lebih dalam pukul 10 pagi lebih (kena biasa dengan 'lebih' nampaknya kerana saya memang tak ingat masa betul dia, lainlah kalau saya rajin nak rekod..hehe. pstt saya join ODOJ). Kalau waktu biasa rasanya jarang boleh capai macam ni. Ish3. InsyaAllah masa menunggu kita tidak menjadi terlalu membosankan dan kita boleh sabar menunggu dan menunggu. Sabar kan sebahagian daripada iman. hehe.

Alhamdulillah jam 12 tengah hari (mungkin lebih hehe) saya dapat setelkan urusan passport saya. Sepatutnya pukul 2 petang dan boleh ambil, tapi disebabkan saya bekerja jadi saya mengambil keputusan untuk ambil keesokkan harinya sahaja. Kalau nak ambil pasport sahaja tak perlu datang awal sangat pun takpe, datang masa opis depa dah buka. Ambil nombor untuk ambil pasport dan tunggu nombor kita dipanggil dan dapatlah pasport tu. Senang kan. Jadi apa persiapan buat pasport sebenarnya?
  • Persiapan mental dan fizikal (menunggu giliran-bergantung tempat dan masa)
  • Pakaian yang sopan dan kemas, nak ambil gambar kan (masuk premis kerajaan kena behave, ramai chinese yang pakai singkat masa tu kena cari skirt labuh sikit at least, baru boleh masuk)
  • Kad pengenalan (sangat penting)
  • Duit untuk buat passport bergantung berapa lama nak, saya buat 2 tahun je jadi perlu ada RM100 sahaja
  • Borang pula tak perlu (borang download online) just guna borang yang pegawai bagi masa ambil nombor giliran. Simple je borang dia, tanya nama, no ic, status perkahwinan, tinggi dan lain-lain. 
  • Tapi sebagai langkah berjaga-jaga boleh juga sediakan ic fotostat dan borang yang di-download beserta gambar untuk passport (ada blogger share, mereka perlukan semua ni)
Memang simple. Sebab itu pentingnya kena ada IC. Keseluruhan nak buat pasport ni subhanallah sangat senang just tunggu giliran (ini yang seksa hehe), kemudian bagi borang kecil yang dah siap diisi beserta ic, ambil gambar kita, cop jari. Selepas itu, tunggu (kalau ramai orang memang ambil masa sikit) pula untuk urusan pembayaran. Alhamdulillah teknologi memudahkan kerja kita. Sebenarnya bergantung pada tempat ramai atau tidak , kalau kawasan bandar yang ber-kepadatan tinggi macam area KL, Selangor memang ramai orang. Tapi kalau di negeri-negeri lain mungkin tidak ambil masa sangat untuk tunggu nombor giliran. Untuk lebih detail pasal pasport boleh terus ke laman web Imigresen Malaysia.

Sekian cerita pasal buat pasport..hehe panjang kan..Memang sebelum ni terniat nak share, tapi baru sekarang berpeluang alang-alang nak cerita pasal Korea ni.

Barang Keperluan
Untuk barang keperluan, saya google je dan jupe banyakkk blog yang kongsi pasal ni. Google je 'Persediaan ke Korea Musim Sejuk'. Kalau baca post daripada depa kebanyakan share perkara yang sama, sampai jadi lali sikit dengan barang yang perlu dibawa. Jadi better baca banyak-banyak blog, tak rugi pun.. Sekarang nak share pengalaman sendiri pula.hehe. Biasalah setiap orang ada pengalaman tersendiri kan.


Antara keperluannya:
Barang-barang farmasi:
  • Olive oil/lotion/lip balm- Atau boleh bawa vaseline sahaja, yang dari petroleum tu. Saya punya olive oil dan losyen rambut kena tahan semasa lalu security check kat airport Malaysia.huhu. Sebabnya tidak boleh bawa cecair melebihi 100 ml. Saya ingat kat kabin boleh, kat kargo yang tak boleh. Rupa-rupanya sebaliknya. Takpe belajar dari kesilapan. Jadi saya beli vaseline kat Korea sana dengan harga 3900 won sahaja. Wajib tau ada dalam handbag sebab bila cuaca sejuk, kulit akan cepat mengering. Boleh sapu pada area muka especially area kulit sensitif iaitu pipi dan bibir.
  • Ubat sendiri- Bagi sesiapa yang memerlukan makan ubat ikut masa
  • Minyak urut- Badan lenguh-lenguh nanti sebab banyak berjalan kan (tapi saya tak guna sangat masa tu)
  • Balm/salonplas - Senang juga guna salonplas ni sebab senang nak apply bila ada tempat yang lenguh-lenguh
  • Panadol (kalau perlu sangat-sangat)/koyot - jika sakit kepala tiba-tiba dan sebagai langkah berjaga-jaga
  • Pantyliner - untuk kegunaan wanita
  • Raincoat- saya tak bawa. Alhamdulillah tak hujan sangat semasa 4 hari kami berada di sana
  • Mafla - boleh tutup hidung dan mulut untuk memberi haba panas pada muka yang terdedah dengan angin sejuk selain dapat beri haba panas pada leher. Untung kepada mereka yang bertudung kerana tudung tu sendiri dah bagi perlindungan haba dan maruah kepada si pemakainya. Jadi kepada muslimah, pakai lah tudung kerana tudung itu wajib. Doa banyak-banyak supaya dikuatkan Allah untuk terus istiqomah. 
  • Botol air kosong/wet tissue/tisu kering/hand sanitizer-untuk kegunaan dalam toilet sebab depa tak guna air macam kita di Malaysia
  • Heat pack - beli di Daiso, RM5 je. Beli yang besar ye jangan yang kecil tak puas guna nanti
  • Toiletries bawa yang traveller kit sebab senang nak bawa, nak selamat jangan letak di cabin tapi letak sekali dengan luggage sebab bahan cecair kan takut melebihi 100 ml pula..huhu
Pakaian:
  • Long john atau heattech (baju nipis yang memerangkap haba badan setahu saya) - pakaian lapisan pertama
  • Stokin tebal - kaki pun kena bagi haba juga. Bawa lebih ye, kalau tak nak boleh basuh dan keringkan dengan guna heater yang ada
  • Sling beg/beg galas - Senang nak bergerak ke sana ke mari dan untuk jaga keselamatan barang kita
  • Winter jacket tebal, yang berat ye, jangan yang ringan sangat kesian badan kita. Lawatan kali ni saya bawa dua. 2-2 saya pinjam je sebab tak tahu bila pulak nak pakai lagi..huhu. Satu tebal satu nipis, pakai dua lapis lagi best sebab dapat tahan sejuk lebih. hehe. Yang penting bergantung pada keselesaan kepada si pemakai.
  • Sweater biasa - untuk dipakai selepas baju harian kita, kemudian baru pakai winter jacket
  • Glove (sarung tangan) - Glove yang tebal sikit. Lagi bagus ibu jari dan jari telunjuk dia boleh guna untuk kegunaan touchscreen application, handphone misalnya. Bawa lebih juga. Atau boleh basuh di sana.
  • Kalau wanita yang sudah biasa pakai armsock (sarung lengan) itu satu kelebihan sebab armsock juga dapat beri haba yang lebih pada badan. Jadi bawa armsock yang tebal-tebal ye. Nanti badan kita akan gatal-gatal sebab perubahan suhu, bila berada di kawasan sejuk tak rasa gatal, bila berada di kawasan panas mula rasa gatal-gatal terutama pada bahagian yang kurang lapis baju. Pengalaman saya apabila saya pakai armsock saya cuma rasa gatal pada tangan atas yang tak kena armsock je . Tapi jangan bimbang gatalnya tak lama insyaAllah. Doa banyak-banyak ye.
Keperluan lain:
  • Duit Korea tukar siap-siap di Malaysia sebab currency depa kan mahal . Kalau nak balik Malaysia pula, kalau ada duit Korea lebih, tukar siap-siap kat sana, kat airport depa pun boleh tukar sebab untung duit kita bila tukar dari duit depa. Untuk shopping pula, terus bajet nak shopping berapa dengan duit Malaysia berdasarkan kemampuan kita. Nanti just shopping guna duit yang dipegang tu. Jadi bajetlah within jumlah wang di tangan.
  • Makanan ringan- Saya bawa gula-gula getah je janjan lain tak bawa sebab masa makan dah ditentukan. Alhamdulillah.
  • Buku nota - Untuk catat apa yang perlu (nak tulis travel journal ke)
  • Universal traveller adapter - plug depa tak sama dengan kita. Ada certain guesthouse tu terus bagi extension dia untuk kita guna, yang best plug dua pin kita boleh terus guna plug dia. Just plug 3 pin kita je kena ada adapter ni. Charger handphone saya adalah LG 2 pin yang nipis tu. Jadi memang ok lah nak caj kat sana.
  • Dokumen penting (pasport, ic, tiket flight dll). Kata traveller guide kami sebelum pi, ic jangan bawa, just bawa passport je, sebab passport hilang senang nak buat baru, tapi kalau ic hilang sekali, lagi lama lah kita nak balik Malaysia. Lagi satu bawa bisnes kad tempat kita menginap. Kalau sesat just tunjuk kad tu bagi memudahkan orang tempatan tolong kita pulang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sepanjang kami berada di sana.
  • Kamera - Penting sebagai bukti hehe. Better guna kamera yang tak perlu tanggal glove, handphone misalnya. Sejukk.
Selesai pasal barang keperluan, kemudian boleh lah bertolak dengan tenang. InsyaAllah.

BERTOLAK
Kami pergi dan balik menggunakan perkhidmatan  AirAsia X. Terus sampai tanpa mana-mana transit. Jarak perjalanan kami memakan masa enam jam lebih dari KLIA2 ke Incheon Airport, pukul 1 pagi sampai pukul 8 pagi lebih waktu Malaysia, 7 pagi waktu Korea. Masa beza sejam je. Alhamdulillah perjalanan smooth sahaja dan kami sampai awal di Incheon Airport dari masa yang ditetapkan sampai kena tunggu kapal terbang yang sedang ambil penumpang barulah kami boleh keluar dari pesawat dengan jayanya hehe, dan mulalah rasa bahang winter Korea...

Bahang winter tu sat jela sebab lalu aerobridge kalau tak silap nama dia. Dah masuk airport jadi ok balik. Bila nak masuk toilet kat sana masing-masing cari botol kosong sebab dah maklum awal-awal pasal tu. Kemudian terus berjalan ke train untuk ke terminal Incheon untuk diperiksa oleh pihak imigresen Korea dan untuk tuntut bagasi kami.

Dah ambil bagasi kami, kami ke kawasan menunggu dan jumpa tour guide kami yang sedang pegang nama company kami. Kemudian naik bas. Nak ke bas tu rasa bahang winter sekejap je sebab dalam bas dah ada heater, dan paling best ada wifi. Alhamdulillah. Sepanjang di sana kami guna bas je sebab kami semua memang agak ramai. Memang penuh satu bas sebab ini merupakan family trip jadi ramai yang bawa ahli keluarga masing-masing. Destinasi pertama kami adalah Nami Island! Nak ke Nami Island ni ambil masa 2 jam dari Incheon Airport.

HARI PERTAMA SABTU
Sarapan pagi kami adalah makan roti yang dibekalkan oleh tour guide di dalam bas.
Apabila tiba ke jeti NAMI ISLAND, tour guide belikan tiket bot dahulu untuk kami semua. Sementara itu boleh lah ke toilet yang disediakan bagi yang memerlukan. Toilet di Korea kebanyakan ada air panas dan air sejuk jadi tak perlu risau akan kesejukan air pada musim winter.hehe. Sampai ke Pulau Nami, kami harus berjalan untuk ke restoran yang dituju iaitu Asian (Halal) Restaurant. Di situ kami dihidangkan chicken teriyaki. Sedap, alhamdulillah.

Setelah itu kami mendirikan solat jamak taqdim zohor dan asar di musalla yang terletak di tingkat dua Chinese Gallery. Bagus kan ada tempat solat istimewa untuk pengunjung muslim ke sini? Selepas itu barulah boleh bergambar sepuasnya sementara menunggu bot datang untuk ke destinasi seterusnya.

ELYSIAN SKI RESORT. Di sinilah destinasi kedua kami. Kat sini pengalaman baru yang kami dapat adalah bermain salji secara langsung. Sebenarnya boleh juga nak main ski bagi siapa yang berminat. Kepada mereka yang tidak tahan sejuk terutama bayi dan kanak-kanak, boleh ke kedai kopi yang ada. Kopi jela mampu minum sebab bukan kedai halal kan. Kemudian barulah kami bergerak untuk check in di Guest House Nung Maru yang terletak di Myeongdong. Kami diberi sebiji burger udang setiap seorang dalam perjalanan itu. Manakala air mineral pula memang disediakan dalam bas. Kata pemandu pelancong kami, di Korea, air minum memang disediakan di mana-mana tempat awam dan ia adalah percuma! Pada malamnya setelah check in dan membersihkan diri dan juga solat, kami keluar untuk cari makan sebab ramai yang kembali lapar. Jadi kami makan makanan seafood di kedai makan sekitar guest house kami sahaja. Alhamdulillah kedai belum tutup lagi.

HARI KEDUA AHAD

Perkara pertama yang dibuat sebelum keluar berjalan mestilah bersarapan pagi dahulu. Di Guest House Nung Maru hanya menyediakan sarapan pagi sahaja, sebab kebanyakan waktu lunch dan dinner ramai yang tiada di bilik sebab keluar berjalan kan. Tempat pertama kami pada hari kedua adalah NAMSAN TRADITIONAL VILLAGE. Setelah puas bergambar di situ kami naik bas pula untuk ke NAMSAN TOWER yang tidak jauh dari kampung itu. Di sini boleh cuba pakai baju tradisional mereka secara percuma! Kemudian lunch kami pergi ke ITAEWON. Di sini banyak sangat restoran muslim. Sesudah itu kami solat di Masjid Itaewon dan tidak lupa bergambar kenangan di sana.

Sesudah bergambar kami kembali naik bas untuk ke GYEONGBUK PALACE! Maklumlah hari Ahad, memang ramai sangat pengunjung ke sana, tak kira sama ada pengunjung tempatan dan foreigner macam kami menambah bilangan pengunjung yang datang. hehe. Sebenarnya tidak sempat juga nak explore ke seluruh istana sebab besar sangat. Jadi lalu sahaja mana yang sempat, ambil gambar kemudian pulang sebab malam ini ada aktiviti lagi. 

Pukul 5.30 malam di Seoul kami dah kena berkumpul. Waktu ini dah macam nak maghrib di Malaysia, jadi solat maghrib dulu bagi yang berkuasa. Seterusnya kami makan malam dahulu di restoran yang sama kami pergi pada hari pertama kami di Seoul. Malam itu saya memilih untuk makan kimbab! Sedap! Menu yang mampu pilih semestinya seafood bagi menjaga kehalalan makanan yang masuk dalam badan kami (penting ni!).

Kemudian sesudah makan bolehlah berjalan kaki ke NANTA MUSICAL SHOW! Kami melalui pasar-pasar Myeongdong di sini. Meriah! Tidak ketinggalan dakyah kristianisasi juga ada di pasar ini. Gigih betul depa. Bagaimana pula dengan kita yang yakin hanya Islam agama yang benar lagi diredhai Allah SWT? Astaghfirullahalazim. Setelah menonton pertunjukkan tersebut kami berjalan-jalan di MYEONGDONG MARKET seperti yang saya sebut sebelum ini. Di sini saya merasa kebab orang Pakistan + Korea.

HARI KETIGA ISNIN; SHOPPING DAY! 

Sesudah breakfast di Guest House Nung Maru, kami bertolak ke NAMDAEMUN. Di sini banyak pilihan keychain, kacip kuku, magnet untuk peti sejuk, baju I LOVE Korea, kerongsang, gelang, rantai dan lain-lain. Kebanyakannya adalah handmade! Kat sini pun ada pendakwah Kristian juga. Biasanya mereka bergerak sorang-sorang dan memegang kad besar pasal Kristian sambil berdakwah dengan membuat laungan kuat-kuat dalam bahasa Korea. Sesudah itu kami lunch di kedai Seafood yang selalu artis Malaysia datang bertandang. (nama kedai tak pasti..hehe) Pengunjung restoran boleh tengok gambar yang ditampal di dinding-dinding restoran mereka. Penuh dengan gambar orang kita!

Kemudian setelah makan, kami bergerak pula ke HARD ROCK CAFE SEOUL. Disebabkan di sini tiada tempat solat, makanya kawasan tangga menjadi pilihan. Asalnya tempat ini tidak termasuk dalam itinerary kami. Sebab itu tempat solat yang khusus tidak ada. Setelah itu baru lah pergi ke DONGDAEMUN. Di Dongdaemun saya hanya ber-window shopping dalam Doota sahaja. Begitu kagum dengan semangat kenegaraan mereka. Semua kedai-kedai yang ada di situ hampir semuanya menjual barangan buatan Korea. Jika dibandingkan dengan kita di Malaysia, jarang dapat jumpa barangan buatan Malaysia di kawasan kompleks pusat membeli-belah yang gah terutamanya. Sebenarnya Dongdaemun ada tempat menjual barangan seperti di Namdaemun juga. Tapi sayang saya tidak berkesempatan untuk meninjaunya. Mungkin lain kali kot, insyaAllah. Setelah itu kami pulang ke guest house. Untuk makan malam pula adalah nasi telur ayam dan telur ikan yang telah pun ditapau siap-siap. Malam itu adalah aktiviti bebas. Kan bagus kalau saya boleh jumpa mana-mana kenalan di Korea waktu itu...huhu.

HARI TERAKHIR SELASA:
Seperti biasa, kami breakfast dahulu di Guest House kemudian bersiap pula untuk ke CHEONGGYE STREAM sebelum ke INCHEON AIRPORT. Itulah destinasi akhir kami semasa di Korea. Disebabkan kesuntukkan masa kami hanya tapau nasi daging dan makan di airport. Makan malam pula kami adalah dalam flight sahaja. Kena tempah secara online awal-awal untuk dapat harga yang murah. InsyaAllah.

Yang hebatnya mengenai Sungai Cheongye, sungai ini sangat jernih walaupun berada di tengah-tengah kepesatan bandar Seoul. Sungguh hebat! Perkara ini tidak akan berlaku melainkan adanya kerjasama antara dua pihak iaitu rakyat dan pemerintah. Tahniah! Moga di Malaysia kita juga boleh menjaga sungai kita tanpa bergantung harap sebahagian pihak sahaja yang menjaganya sebab alam ini menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaganya.

Banyak yang boleh saya pelajari dari perjalanan ini. Antaranya saya kagum dengan semangat cintakan negara mereka sehinggakan kita boleh lihat kereta-kereta dan produk-produk yang ada di sana, mereka sangat mengutamakan jenama negara mereka sendiri. Boleh kata hampir tiada jenama dari negara luar. Hebat-hebat. Sebab itulah negara mereka cepat membangun dan berkembang.

Selain itu pula, saya juga kagum dengan etika mereka sesama manusia. Mereka sangat menghormati orang lain walaupun berbeza warganegara dan agama. Etika yang baik seperti beratur untuk masuk train, membuka pintu bagi yang memerlukan, murah dengan senyuman dan lain-lain haruslah kita contohi manakala kalau ada yang buruk harus menjadi sempadan dalam hidup kita.

Alhamdulillah selesai mencoret perjalanan saya ke Korea. Sebagai kenang-kenangan sebenarnya. hehe. InsyaAllah moga ada rezeki lain untuk saya mengenali negara yang lain pula. Aminn.


Sekian. 
p/s: Maaf ye gambar belum tersedia untuk tatapan semua.

Friday, 30 January 2015

Tak Bawa ke Mana pun Gaduh Pasal Khilaf

Alhamdulillah, pada 22 Januari 2015 yang lalu saya diizinkan Allah SWT mengikuti kelas pengajian Tafaqquh Fiddin di Surau Al-Islah di Taman Kajang Mewah bersama penceramah tetap Ustaz Fauzi Asmuni. Post ini merupakan post kedua saya mengenai pengajian ini dengan penceramah yang sama tetapi topik yang berbeza. Topik kali ini membahaskan isu cabang dalam Islam yang menyebabkan berlakunya perbalahan dalam kalangan umat Islam yang membahaskannya tanpa terkawal. Isu itu isu lain tak bukan adalah isu khilaf.

MAKSUD KHILAF
Apa itu isu khilaf? Sefaham saya, khilaf itu adalah apabila ada sebahagian ulamak bersepakat dan ada sebahagian tidak bersepakat. Atau erti kata lain, sesuatu perkara yang mempunyai banyak pendapat dalam kalangan ulamak. Sebab itu orang ramai sebut: “ooo, itu ada khilafnya”, “khilaf tu…” “ulamak khilaf dalam hal ini…”. Maksud ulamak pula adalah kata jamak bagi ilmuan. Wallahua’lam.

Khilaf ini merupakan satu rahmat sebenarnya kepada umat Islam kerana ia tidak menyempitkan umat Islam dalam melakukan sesuatu amal. Kenapa begitu? Sebab apabila ulamak khilaf dalam sesuatu perkara pengikut tidak akan terkongkong dengan satu fahaman je. Tapi ingat khilaf yang dimaksudkan di sini adalah dari segi pengamalan/metodologi/kaifiat sahaja. Isu yang jelas contohnya isu aqidah tiada khilaf, terus boleh dihukum sama ada halal atau haram, sah atau tidak sah dan begitulah seterusnya.

Sebenarnya perbincangan khilaf ini ada baiknya iaitu menggalakkan perbincangan ilmiah, tapi sayangnya perbincangan yang tidak terkawal boleh mencetuskan huru-hara. Hal ini berlaku apabila masing-masing ingin menegakkan pendapat masing-masing dan seolah-olah memaksa orang lain mengikut pandangan dia. Tidak boleh begitu sebab masing-masing ada hak untuk mempertahankan pandangan masing-masing sementelah lagi Islam merupakan agama yang meraikan khilaf. Tapi sekali lagi diingatkan bukan khilaf dari isu aqidah atau halal atau haram tetapi isu cabang seperti fiqh, metodologi dan lain-lain.

Terdapat dua isu yang apabila dibincangkan secara berlebihan boleh mencetuskan perbalahan iaitu Isu  Metodologi Pemahaman Aqidah dan Isu Bidaah.

  1. ISU METODOLOGI PEMAHAMAN AQIDAH
Antara perbahasan aqidah yang dimaksudkan mereka (harapnya bukan kita nauzubillah) adalah membandingkan siapa yang lebih mengikuti fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Misalnya mereka menyentuh nama besar seperti Asy’ari dan Maturidi, tidak bersetuju dengan sifat 20 dan lain-lain lagi. Mereka sebenarnya harus sedar apa yang mereka bahaskan itu bukanlah isu pokok dalam Islam tapi hanya isu cabang, iaitu metodologi (kaedah pemahaman yang berbeza dalam memahami aqidah Islam). Jadi, hal-hal sebegini tidak salah jika segolongan tidak sependapat dan janganlah sampai tuduh orang itu kafir kalau tidak menggunakan kaedah yang sama dengan dia. Ia salah dari sudut Islam!

Walau bagaimanapun, kalaulah nak berbalah pasal muktazilah, murjiah, qadariyah, jabariyyah dan fahaman sesat yang lain dipersilakan sebab dah nyata sesat kan?

Antara perbahasan mereka berdasarkan dalam dalil-dalil al-Quran dan hadis adalah:

  • Bagaimana Allah bersemayam di atas arasy?
Tidak harus dipersoalkan. Tapi kalau ada orang tanya juga: Jawapan yang disediakan oleh Imam Malik Malik secara ringkasnya; Bertanya bagaimana Allah bersemayam adalah bidaah, tapi yakin Allah bersemayam atas arasy adalah wajib.
  • Bagaimana rupa Tangan Allah?
Juga tidak boleh ditanya kerana Allah tidak menyerupai mana-mana makhluk.
  • Bagaimana Allah akan turun dari langit dunia pada sepertiga malam terakhir? [Berdasarkan hadis: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman, ‘Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan. Dan siapa yang yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (HR. Bukhari, no.1145 dan Muslim, no.758)]
Jangan ditanya kerana Allah tidak menyerupai sebagaimana rupa makhluk turun mahupun naik.
  • Nama-nama Allah juga diperdebatkan antaranya:
Al-Jabbar (Maha Kuat) - Ar-Rahman (Maha Pemurah)
Al-Mani’ (Maha Pencegah) - Ar-Razzaq (Maha Pemberi Kurnia)
Ad-Darr (Membawa Mudarat) - An-Nafi’ (Memberi Manfaat)

Contoh daripada 99 asma ul husna di atas ada pro dan kontra yang nyata, jadi mereka mempertikaikan bahawa layakkah tuhan sebagai tuhan? Astaghfirullahalazim. 
  • Ada pula yang kata Ibn Taymiyyah bukan beraqidah ASWJ sebab tak terima sifat 20. Ish3… Ini pun nak diperdebatkan? Ini kan metodologi nak faham aqidah je. Tak salah pun kalau terima atau tidak.

PARA ULAMAK SANGAT MENJAGA KESATUAN UMMAH

Saidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata bahawa beliau lagi suka kalau para ulamak ada khilaf sebab kalau tidak ada khilaf maknanya semuanya akan bersepakat pada hal yang sama. Makanya apabila seseorang tidak buat seperti yang disepakati oleh ulamak tersebut, hukuman atau tuduhan senang akan ditimpakan kepadanya seperti berdosa besar, haram dan lain-lain. Jadi umat juga yang akan tersempit.

Khalifah Umar al-Aziz pula membezakan antara dua mu’tazilah iaitu mu’tazilah sesat dan yang tak sesat supaya tidak mudah mengatakan seseorang itu sesat.

Tapi kalau murji’ah (pelaku dosa besar jadi kafir, kalau ASWJ jadi fasiq), qadariyah dan jabariyah yang nyata sesat tu boleh lah nak ditegakkan mana yang hak dan mana yang salah.

Apabila berhadapan dengan masalah khilaf kesepakatan antara jemaah atau qariah sangat penting. Contoh nak buat solat sunat terawih 8 rakaat atau 20 rakaat. Pernah Imam Hasan al-Banna menyuruh para jemaah untuk mengerjakan solat sunat terawih di rumah masing-masing sahaja kerana berlaku perdebatan untuk buat 8 rakaat atau 20 rakaat kerana menjaga ukhuwah itu wajib manakala mengerjakan solat terawih itu sunat.

Bacaan qunut dalam solat Subuh juga begitu. Contoh yang dilakukan oleh Imam Shafie apabila berada di kawasan bermazhab hanafi, beliau tidak membaca doa qunut kerana menghormati pandangan Imam Hanafi.

Pada zaman Imam Malik, khalifah pada ketika itu ingin menjadikan pandangan Imam Malik sebagai pandangan negara. Tetapi Imam Malik menolak kerana hal ini akan menyempitkan khilaf. Jadi beliau tak nak paksa orang lain terima pandangannya semata-mata sebab Islam sendiri meraikan khilaf.

Hebat kan mereka?

SEJARAH BAGAIMANA KEKELIRUAN SEBEGINI BOLEH TIMBUL

Pada zaman Islam yang terbaik (menurut hadis Rasulullah SAW) iaitu pada zaman Rasulullah SAW, zaman para sahabat, zaman tabiin dan zaman tabi’ tabiin, tiada berlaku kekeliruan dalam aqidah yang boleh mencetuskan perbalahan kerana mereka begitu taat dengan Allah dan Rasulullah SAW kerana keimanan dan ketaqwaan mereka yang begitu mantap. Mereka begitu kuat berpegang dengan ayat “sami’na, wa ato’na” “kami dengar dan kami taat”. Berbeza langsung dengan zaman selepas mereka sehingga kini. Disebabkan kerana sifat tegas para ulamak juga pada ketika itu membuatkan kurangnya perbincangan yang menyentuh hal itu sehingga masyarakat tidak mudah keliru pada masa itu.

Tidak sepatutnya apabila ada adanya sesuatu hukum, mesti nak dipersoalkan terlebih dahulu sebelum merimanya. Bahaya tau sikap begini sebab ia menyerupai sikap bani Israel. Contoh sikap mereka yang tidak patut; apabila Allah menyuruh supaya menyembelih seekor sapi, ditanya dulu soalan-soalan kemudian baru nak buat. Sepatutnya laksanakan sahaja terus tanpa perlu tanya-tanya lagi. Nyaris depa tak buat sebab persoalan-persoalan yang mereka adakan itu. (Baca; Al-Baqarah:67-71)

Perluasan kuasa Islam yang semakin berkembang sejak zaman khulafa’ ar-rashidin lagi menyebabkan berlakunya pertembungan tamadun, terutamanya berlaku pada zaman bani Abbasiyyah. Yang kita tahu, pada zaman tu berlakunya kemuncak perkembangan ilmu pengetahuan. Pertembungan tamadun tersebut melibatkan tamadun Parsi (Parsi bukan negara Arab ye, Parsi termasuklah negara Iraq dan Iran, jadi Imam Abu Hanifah bukan Arab), Yunani, Rom, Mesir (zaman firaun) dan lain-lain. Ketika ini perluasan kuasa, campur pula dengan kepesatan ilmu, menyebabkan orang Islam mula berinteraksi dengan orang-orang dari negara yang bertamadun ini.

Orang Islam mengambil karya Yunani, terjemah dan sebar. Banyak ilmu menjadikan falsafah sebagai cara menterjemahkan sesuatu perkara. Ia juga berlaku pada Islam. Disebabkan interaksi sebeginilah cara berfikir orang Islam mula berubah. Muncul lah pemikiran yang ganjil seperti qadariyah, jabariyah, muktazilah dan lain-lain. Hal ini berlaku kerana falsafah hanya menggunakan logik akal semata-mata untuk berbincang sesuatu perkara. Kan salah menggunakan akal semata-mata untuk faham Islam, aqidah terutamanya. Sebab itu ramai masyarakat yang terkeliru sampai terikut juga dengan fahaman yang sesat itu.

Contoh Khalifah Ma’mun memaksa semua rakyat menggunakan fahaman mu’tazilah sebagai fahaman utama negara. Inilah akibatnya apabila berlaku kekeliruan yang dahsyat, sampaikan kahlifah pun boleh terpengaruh! Sebab itu jugalah ramai ulamak pada ketika itu yang mempertahankan aqidah yang benar dipenjarakan kerana tidak mahu menerima fahaman mu’tazilah. Apa yang pelik dengan mu’tazilah? Mu’tazilah difahami melalui falsafah juga. Contoh maksud makhluk dari segi falsafah adalah sesuatu yang ada permulaan. Seperti yang kita tahu al-Quran juga ada permulaannya iaitu ada hari permulaan turunnya al-Quran. Disebabkan itu, mu’tazilah kata al-Quran itu adalah makhluk! Astaghfirullahalazim. ASWJ sangat menolak fahaman yang mengimani  bahawa al-Quran itu makhluk.

PENYELESAIAN

Contoh masalah kefahaman ‘Tangan-tangan Allah’. Macam nak nak justify tangan2 Allah itu. Jadi terbentuklah dua fahaman, satu menolak ayat itu, yang kedua menerima ayat itu dengan mengimani tangan seperti yang manusia tahu. Syirik tau kedua-dua fahaman ini!

Untuk menyelesaikan fahaman yang sesat sebegini, pada tahun 200 hijrah, ulamak mengambil pendekatan takwil ayat. Iaitu memberi maksud dengan ‘Tangan’ itu adalah ‘Kuasa’. Tangan-tangan Allah itu boleh lah difahami sebagai kuasa-kuasa Allah. Inilah nama dia pendekatan salaf! Muncul pula generasi selepas itu menggunakan pendekatan khalaf iaitu membuat banyak takwil sebab apa? Sebab masyarakat ketika itu susah nak faham. Susah nak terima macam tu je. Jadi tak boleh kita bersangka buruk dengan pendekatan khalaf mahupun salaf. Mereka (ulamak) lakukan sebegitu hanyalah untuk menyelamatkan ummah dari kekeliruan yang dahsyat sehingga boleh membawa kepada fahaman aqidah yang salah! Jadi jangan duk gaduh pasal salaf or khalaf sangat ye. Lainlah kalau melibatkan perkara yang sememangnya haram.

Contoh penyelesaian yang lain adalah:
  • Bagaimana nak menggambarkan Allah SWT. Jadi wujud pula sifat 20...
Kita kena tahu, yang kita ni masyarakat yang marhaen ni tak mampu untuk rungkai atau faham dengan sesungguhnya lainlah kalau kita belajar ilmu mengenainya. Perbincangan sifat 20 ini sangat rumit, sebab melibatkan falsafah. Jadi kita yang tahap ilmu yang biasa-biasa ni tak usahlah membazir masa untuk mempertikaikannya.
  • Isu qada’qadar
- Zaman dulu mana ada bincang pasal ni sebab “sami’ na wa a tho’ na”. Mudah je masyarakat dulu nak terima. Bila wujud pemikiran yang celaru macam yang dibincangkan di atas, jadi susah pula masyarakat nak faham.

- Contoh yang mereka dok melalut: Nabi Muhammad Allah telah menghendaki masuk syurga, manakala Abu Lahab pula Allah telah menghendaki masuk neraka. Kalau Allah tidak menghendaki Abu Lahab masuk neraka jadi mesti tak masuk neraka. Jadi tak adil lah. – isunya menjadi serabut sebab kata perbuatan memilih kekufuran itu adalah kuasa Allah atau kuasa Abu Lahab? Serabut tak serabut kan? Ish3... sebab tu jangan duk fikir lebih-lebih. Gila jadinya nanti.

- Untuk memberi kefahaman yang lebih baik pasal qada’ dan qadar ni, kita tengok jawapan yang diberikan Saidina Ali rahimahullah, iaitu: Manusia hanya perlu berusaha, natijah (hasil) Allah yang akan tentukan. Selebihnya jangan dipersoalkan. Done! Mudahkan? Don’t make your life so difficult sebab Islam itu mudah!

        Selain ulamak menggunakan takwil untuk beri penyelesaian atas kekeliruan umat ini, ulamak juga terpaksa menggunakan medium perdebatan untuk beri kefahaman yang baik kepada masyarakat. Jadi muncullah nama pelajaran ilmu tauhid, ilmu usuluddin, ilmu aqidah dan ilmu qalam. Sebenarnya semua ilmu ini membawa kepada kefahaman aqidah yang sama. Tak caya ce tengok maksud sebenar dia:

Tauhid: Mengesakan Allah SWT
Usuluddin: Asal dalam agama
Aqidah: Menyimpulkan semua perkara
Qalam: Kalamullah (kata-kata Allah SWT)

Begitulah hebatnya para ulamak berjuang untuk menyelamatkan aqidah ummah. Serangan pemikiran sesat seperti qadariyah (manusia yang tentukan segala-galanya) dan jabariyah (Allah yang tentukan segala-galanya termasuk jadi jahat sekalipun), menyebabkan muncul perbincangan sifat 20 dan lain-lain bentuk falsafah (seperti yang diterangkan di atas). Jadi masalah umat Islam sekarang ini, berdebat antara metodologi salaf dengan khalaf mana yang lebih benar! Ish3. Apa yang dibincangkan di atas ini, semua pasal isu khilaf dalam metodologi aqidah. See, metodologi je pun. Tu pun nak jadi isu besar. Rugi…rugi…masa dan tenaga...

Okey, seterusnya isu bidaah pula.

2. ISU BIDAAH

Antara isu yang rancak dibincangkan dalam masyarakat kita sekarang adalah isu maulid rasul, bacaan yassin, tahlil dan hari-hari kebesaran Islam yang lain. Pendek kata SUNNAH VS BIDAAH. Seperti yang kita tahu bidaah adalah perkara yang tiada langsung sandaran dalam agama, siapa buat juga neraka jawabnya. Yang menjadi masalah pemahaman ramai adalah cepat menghukum sesuatu perkara itu bidaah. Jadi kenalah faham molek apa yang Rasulullah SAW kata pasal bidaah.

Sebenarnya, perkara yang dibalahkan adalah kaifiat atau cara-cara/kaedah nak buat ibadah tu. Contohnya isu-isu berikut:
  • Bacaan yassin pada malam Jumaat
- Just nak bagi tahu kalau pernah dengar kata surah yassin tu jantung al-Quran itu adalah hadis dhaif. Yang Rasulullah SAW suruh baca surah setiap malam jumaat adalah surah al’Kahfi sebab ada dalil manakala surah yassin takde. Saya yakin ramai yang tahu pasal ini kan?

- Baca yassin ni pada dasarnya adalah baca al-Quran. Kan ada dalil yang menyuruh kita umat Islam baca al-Quran pada bila-bila masa. Jadi kalau dia nak baca surah yassin malam Jumaat pun tak apa sebab kita boleh baca al-Quran bila-bila masa. Yang salahnya apabila KATA Rasulullah SAW suruh baca pada malam Jumaat. Yang itu tiada dasarnya. Memang bidaah. Yang satu lagi kaifiat bacaan yassin. Nak ikut pun boleh tak ikut pun boleh. Yang penting jangan beri’tiqod mesti kena ikut kaifiat tu! Kalau tak ikut tak sah. Hah, yang itu salah. Jadi kalau ada yang baca surah yassin setiap malam Jumaat jangan cepat kita menuduh dia buat perkara bidaah dan sebagainya. Bahaya tu, macam fitnah. Berdosa besar. Jadi yang menjadi khilaf di sini adalah kaifiat membaca surah yassin atau membaca sahaja tanpa kaifiat yang tertentu.
  • Dua (2) kali azan dalam solat Jumaat
- Pada zaman Rasulullah SAW hanya dilaungkan satu kali sahaja azan manakala zaman Saidina Uthman bin Affan dilaungkan dua kali untuk mengajak kaum muslimin mengerjakan solat Jumaat sebab khuatir ramai pemuda yang lain tak perasan azan pertama. Jadi nak laung azan dua kali atau satu kali tak apa yang penting ada dasar dia iaitu mesti azan sebelum solat.  Jadi, bilangan azan juga dikira pertambahan kaifiat.
  • Jumlah rakaat dalam solat sunat terawih, 8 @ 20?
8 atau 20 raakat tidak menjadi masalah untuk kita memilihnya. Bergantung kepada kemahuan kita. Tak boleh paksa orang untuk terima apa yang kita setuju sahaja. Sebab apa, solat sunat terawih memang ada sandarannya dalam Islam, kaifiat mengerjakannya sahaja yang menjadi khilaf para ulamak.
  • Wirid, doa selepas solat secara berjemaah
Tidak ada salahnya untuk diamalkan. Ulamak khilaf pasal susunan wirid dan bacaan doa selepas solat secara berjemaah. Susunan wirid dan doa itu adalah sekadar kaifiat sahaja. Nak ikut mana-mana boleh selagi tak langgar syarak sebab bacaan wirid dan doa selepas solat ada sandarannya dalam Islam, dan ia bukan bidaah.
  • Memperingati kelahiran Rasulullah SAW
Memperingati hari-hari peristiwa besar dalam Islam juga tidak salah. Dalam al-Quran sendiri banyak menceritakan sirah supaya kita boleh baca dan ambil iktibar daripadanya. Jadi memperingati kelahiran Rasulullah SAW ada sandaraanya dalam Islam sebab ia termasuk memperingati peristiwa besar dalam Islam. Jadi, ia bukan bidaah. Yang menjadi khilaf adalah kaifiat menyambutnya.

Kesimpulannya khilaf menyediakan satu ruang yang cukup besar kepada umat Islam sejagat. Jadi jangan pula kita menyempitkannya yang hanya akan menyusahkan kita untuk beramal. Justeru, kita harus berpada-pada dengan masalah khilaf kerana membincangkannya secara terus menerus hanya akan membazirkan masa, bermasam muka, tidak aman dan menghadapi suasana yang tidak selesa. Langsung membuatkan kita tidak fokus kepada hal yang lebih besar iaitu menuju ustaziatul alam. Wallahu’alam.

Sekian, terima kasih. Moga bermanfaat.

p/s: Maaf, panjang betul entri kali ini.


Friday, 26 December 2014

Perjalanan Tarbiyah Saya 2: USM

Assalamualaikum wbt. InsyaAllah seperti yang dijanjikan saya akan menyambung entri yang lepas iaitu Perjalanan Tarbiyah Saya. Moga ada manfaatnya. InsyaAllah.

USM09/12
Setelah tamatnya pengajian saya di KMM, saya telah mengisi beberapa borang permohonan untuk kemasukan ke IPTA. Antaranya USM dan UPU. Pada masa tu USM belum mengenakan caj untuk membuat pendaftaran kemasukan ke USM. Disebabkan itu saya cuba rebut peluang ini bersama dengan sahabat KMM saya yang lain. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi saya apabila saya ditawarkan menyambung pelajaran di USM dalam bidang Biologi Gunaan.
Jom sambung belajar!
Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, saya begitu bersemangat untuk mencari usrah kerana ingin menjaga diri (yang lemah ini) dan memperbaiki diri yang kurang ilmu tentang Islam yang sebenar. Tambah-tambah lagi, ramai yang mengatakan setiap peringkat kita tempuhi akan melalui cabaran yang semakin hari semakin hebat. Jadi, perlunya kekuatan jati diri dan rohani bagi menghadapi cabaran tersebut. Jadi saya yakin usrah adalah jawapannya. InsyaAllah.
Kartun usrah yang comel
Alhamdulillah sewaktu di USM saya telah berpeluang berkenalan dengan seorang sahabat yang saya namakan sebagai R. Beliau memang hebat dari segi akademik dan sangat merendah diri. Saya mendapati terdapat titik-titik persamaan antara saya dengan R. Kami sama-sama mencari peluang untuk menjadi muslim yang lebih baik. Pada minggu orientasi, saya tercari-cari juga persatuan yang sesuai. Akhirnya saya terbaca belakang blazer seorang kakak senior yang tertulis 'Persatuan Mahasiswa Islam USM'. Apabila ternampak perkataan 'Islam' di situ, terus saya bersorak dalam hati akhirnya ketemu juga badan dakwah yang saya dambakan. (Wah macam excited sangat lah kan hehe). Walau bagaimanapun ia tidak bermula di situ, ia bermula apabila adanya hari persatuan di USM. Saya tidak ingat nama eventnya tetapi event itu untuk memberi peluang kepada freshman macam saya (hehe) untuk terlibat dengan aktiviti di universiti. Saya sungguh bersemangat untuk menyertai aktiviti di universiti setelah diberi semangat oleh abang-abang dan kakak-kakak senior PPSL (fasilitator kami semasa minggu orientasi) untuk terlibat aktif dalam USM. Tambahan pula, saya memang telah menanamkan azam pada diri untuk aktif di universiti semasa di sekolah dan KMM lagi. Sebab dengar kata dari kawan-kawan (umur masa ni suka sangat dengar kata kawan-kawan kan hehe), waktu belajar di universiti kita akan mempunyai banyak masa untuk belajar sehingga ada banyak ruang untuk beraktiviti.
IPT kesayangan saya hehe
Jadinya pada hari itu memang rambang mata juga nak pilih persatuan mana untuk join. Macam-macam ada. Unik pun ada juga. Tapi saya tak nak cerita pasal tu. Tak penting pun kan.hehe. Akhirnya saya dengan semangatnya telah mendaftarkan diri sebagai ahli PMIUSM pada masa itu. Tapi sayangnya, R tidak mahu terlibat sama buat masa ini. Pada awalnya saya sedikit kecewa. Maklumlah sewaktu usia sebegitu, jiwa mudah terusik. hehe.Tapi pilihan orang kita tidak boleh paksa kan? Selain itu juga, saya ada mendaftar sebagai ahli Kelab Rakan Muda USM dengan roommate tersayang sebab sebelum tu kami dah daftarkan diri kami untuk terlibat dengan program keluarga angkat anjuran Rakan Muda USM. Tapi sayangnya tidak kesampaian kerana aktiviti kami yang begitu padat kerana pelajar tahun satu Apex diwajibkan untuk melibatkan diri dalam program PIMPIN (tapi bagi yang tidak mampu join PIMPIN ada pilihan untuk join program lain). Tak termasuk lagi program course bio sendiri, program desasiswa sendiri dan lain-lain. Pada masa ini, memang tak terfikir sangat consequences dia apabila terlibat dengan banyak persatuan. Join je. Hehe. kelakar betul bila ingat balik.
Di USM, kami didedahkan dengan kelestarian dan APEX. (apa itu APEX anda boleh google je..hehe). Saya rasa sungguh bertuah dapat mengetahui apa itu kelestarian. Banyak yang saya pelajari darinya. Ia membuatkan saya begitu sayang dengan alam dan persekitaran semula jadi di sekeliling saya. Saya jadi semakin bertuah apabila dapat menetap di Desasiswa Saujana yang terpilih untuk Projek Eco-Desa Saujana. Nampak tak nama 'eco' di situ? Semuanya mengenai kelestarian kan? hehe. Semua dah tahu ke apa maksud kelestarian? Bagi yang belum, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kelestarian adalah: Jk tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan menetapkan, mengekalkan: ~ hutan; kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dll) yg tidak berubah atau yg terpelihara spt asal, keaslian: ~ hutan kita mesti diutamakan; pelestarian perlindungan drpd kemusnahan. (Maklumat dari laman web PPRM). Maksudnya kita harus memastikan alam sekitar yang sedia ada terus wujud untuk generasi-generasi akan datang. Jadi tugas kita adalah memastikan alam dapat meneruskan kelestariannya dengan menjaga alam sekitar dari pencemaran, mengurangkan penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui dan lain-lain. Mungkin belum cukup teliti apa yang saya cuba sampaikan. Jadi saya menyerahkan kepada pembaca untuk mencari sumber yang lain untuk mengetahuinya lebih lanjut. Ok?
Antara kempen yang ada
Tahukah kalian, disebabkan konsep kelestarian inilah penggunaan polisterin diharamkan terus di USM! Beg plastik juga boleh dikatakan tidak digunakan langsung. Ada juga sesetengah kafetaria yang tidak menyediakan langsung penyedut minuman kepada pengunjung kafetaria. Wah, memang hebat penangan kelestarian kat sini! Sebelum masuk USM saya memang teringin sangat untuk terlibat dengan perkara sebegini tapi tidak ada peluang kerana kurang sokongan. Alhamdulillah di USM telah membuatkan saya berasa cukup kagum dan bersyukur untuk berada di sini. Syabas buat semua staff dan senior-senior yang telah berjaya menerapkan konsep sebegini di USM! Moga terus istiqomah! Amiin.
Poster mengenai polisterin
Disebabkan dengan semangat itulah saya mendaftarkan diri untuk hadir ke temuduga pencarian skuad Eco-Desa Saujana dan akhirnya, saya terpilih menjadi ahli Unit Cekap Tenaga (ada unit yang lain juga antaranya; Unit Kitar Mata, Eat & Reward, Edible Garden dan Unit Kempen). Selain itu saya juga telah memberi nama untuk menjadi sebahagian ahli keluarga Saujana dalam Majlis Penghuni Desasiswa Saujana (MPDS). Dan saya memilih untuk menjadi Exco Pembangunan Insan dan Kelestarian. Saya dengan R pergi menghadiri temuduga tersebut atas ajakan R sendiri kerana pada masa itu ramai mahasiswi yang sudahpun  memberi nama, tetapi tidak dapat hadir ke temuduga kerana telah mempunyai komitmen persatuan-persatuan lain. Mungkin rezeki saya, akhirnya saya diterima menjadi Exco Pembangunan Insan dan Kelestarian. Kenapa saya memilih untuk terlibat dengan exco ini? Apa lagi kalau bukan kerana ada perkataan 'insan' di situ dan juga tak lupa 'kelestarian' hehe. Kemudian hari berganti hari, rutin saya begitu padat dengan aktiviti universiti terutama MPDS. Yelah, kerana kita sedang memegang amanah yang orang bagi. huhu. Walau bagaimanapun, dari penglibatan sebegini lah saya telah dapat banyak pengalaman baru, dapat kenalan baru dan lain-lain. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun saya telah mengehadkan diri untuk aktif di universiti di tahun satu dan dua sahaja kerana ingin fokus dengan usrah dan pelajaran. InsyaAllah saya rasa saya telah membuat keputusan yang baik.
Desasiswa a.k.a. hostel kesayangan saya
Tapi bagaimana saya mula mendapat usrah ek? Kisahnya apabila saya ditakdirkan berada dalam satu kumpulan mentor mentee dalam kursus biologi gunaan kami dengan sahabat yang saya namakan sebagai AZ. Sekembalinya kami dari perjumpaan mentor mentee itu saya ditanya oleh AZ sama ada mahu join usrah atau tidak. (Masa USM perjumpaan a.k.a meeting sangat lah banyak sampai ada yang bercanda mengatakan USM sebagai 'universiti suka meeting'. Macam-macam kan. Ada kawan UKM pula yang kata ukm pula 'universiti kuat makan'. Macam-macam.
Meeting dan meeting eh?
Kembali kepada cerita usrah saya. hehe. Sewaktu ditanya AZ untuk join usrah, saya sungguh seronok kerana sudah menjadi harapan saya untuk menyertai usrah. Kemudian saya berkongsi mengenainya kepada R. R juga sering berkongsi kepada saya sebelum ini perihal kumpulan yang mengaku Islam tetapi menyeleweng dari ajaran yang sebenar. Sebab itulah R tidak mudah menerima ajakan usrah kerana dikhuatirinya kumpulan itu bukan kumpulan yang baik. Saya juga hampir terikut. Tapi saya katakan kepadanya yang saya ingin melihatnya dahulu adakah usrah itu 'pelik' atau tidak. Jadi saya menerima jemputan usrah AZ. Usrah ini bukanlah usrah PMI tau. Tapi usrah yang berdiri sendiri. Saya pula, lambat mendapat ajakan usrah dari PMI. hehe.
Sesat jalan raya takpe lagi, tapi jangan sesat aqidah! Nauzubillah.
Usrah itu hanya berjalan di dalam hostel saya. Tidak jauh. Di bilik coursemate kami juga. Kehadiran usrah pada masa itu seingat saya seramai 4 orang kot. Lupa..hehe. Taaruf (perkenalan) kami menjadi lebih mudah kerana kami bukannya pertama kali berjumpa. Alhamdulillah akhirnya usrah berjalan dengan lancar. Setelah itu saya khabarkan kembali kepada R bahawa usrah yang saya join itu baik-baik sahaja dan tidak ada yang 'pelik'nya. Saya juga ada mengajaknya tapi R dikatakan masih belum bersedia. Tak apa, mungkin belum masanya kan.
Tak kenal maka tak cinta
Setelah itu, saya menghadiri usrah seperti biasa di samping terlibat juga dengan program desasiswa dan universiti. Ahli usrah ketika itu semakin berkurangan. Akhirnya, hanya saya seorang yang tinggal mungkin kerana yang lain ada pilihan usrah sendiri atau mungkin belum bersedia untuk memiliki usrah dan harus menghadiri program usrah selalu. Wallahua'lam.

Akhirnya saya ditukar ke usrah yang lain atau erti kata lain bertukar murobbiyah kerana seseorang ahli usrah tidak akan statik dengan kumpulan usrah yang sama, mesti ada transformasinya. hehe. Dan seterusnya bertukar dan bertukar murobbiyah. Alhamdulillah banyak pengalaman dan tsaqafah (ilmu) yang dapat saya kutip apabila bersama dengan mereka. Ketika fasa ini, saya bukanlah akhawat yang baik, yang sering sahaja dapat pergi usrah dan sebagainya. Saya juga liat! Nak pergi program di tempat jauh memang susah walaupun hanya di belakang hostel ish ish ish. Pernah satu daurah pertama saya hadiri iaitu daurah Infitah, antara komen yang saya berikan untuk evaluasi program, saya dapat juga join program ini walaupun selama ini pernah beberapa kali juga diajak oleh AZ tapi tak pergi sebab jaraknya tak begitu jauh. Bagusnya ada akhwat yang lain faham yang saya masih mentah lagi dengan dunia program ni.hehe. Barulah saya tahu, saya ini sangat manja rupanya untuk ke program ish ish ish. Selain itu, di sana saya telah berkenalan dengan seorang akhwat, N, dalam daurah itu, akhwat yang begitu kental semangat tarbiyahnya. Beliau datang dari USM kejuruteraan ke Pulau Pinang semata-mata untuk join program! Saya rasa begitu takjub dan malu dengan diri sendiri..huhu
Untuk semua rasa Allah hebat. Sebab Allah memang Maha Hebat!
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menemukan saya sahabat yang telah mengenalkan saya kepada usrah. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah mengaturkan segala-galanya. Mungkin sebab itu saya sayang sangat dengan AZ ni. hehe. Inilah yang dikatakan ukhuwah fillah. Kita bersahabat kerana Allah SWT semata bukan kerana kepentingan dunia. Moga ukhwah fillah yang terbina bersama dengan semua sahabat yang pernah hadir dalam hidup saya, moga Allah memberkati mereka semua. Tanpa mereka siapalah saya, kerana sahabat merupakan cerminan kepada kita sendiri.
Berukhuwahlah  kerana Allah
Setakat ini sahaja dapat saya kongsikan walaupun saya rasa belum habis sebenarnya tapi tak sanggup post ini berada begitu lama dalam bentuk draf. Moga coretan ini ada manfaatnya walau hanya secebis. Mohon maaf kalau ada tersalah bicara.

Wallahu'alam.
Coretan ini adalah kebanyakan pengalaman penulis sejak awal-awal masuk IPT. Lebih sekadar coretan untuk kenangan diri sendiri.
Gambar: Ehsan dari Google image

Monday, 24 November 2014

Ada Apa dengan Pluralisme?

Alhamdulillah saya telah berpeluang ke ceramah Tafaqquh Fiddin yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi Asmuni yang cukup saya kagumi isi-isi ceramahnya yang begitu bernas. Kali ini saya ingin berkongsi apa yang saya dapat dari ceramah beliau, iaitu pluralisme yang digarap sedikit sebanyak oleh saya. Moga bermanfaat buat pembaca.

Antara fahaman pluralisme adalah menganggap Islam adalah produk yang tidak sempurna pada masa sekarang. Sedang Islam telah disempurnakan sejak 1400 tahun dahulu. Perintah-perintah seperti menutup aurat, solat, hukum hudud dan lain-lain masih lagi sama sehingga sekarang. Tiada perubahan kerana telah pun disempurnakan sejak diutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Bagi liberal (liberalisme dengan pluralisme adalah fahaman dari akar yang sama)pula Islam tidak akan sempurna sampai bila-bila. Sebab itu, mereka tidak akan memberi peluang kepada semua agama terutama agama Islam untuk campur tangan dalam urusan peribadi kerana asas fahaman mereka adalah sekularisme. Mereka akan menolak penganut hindu ke kuil, penganut buddha ke tokong, penganut kristian ke gereja, penganut Islam ke masjid. Urusan dunia seperti ekonomi politik, sosial, perundangan dan lain-lain tidak boleh langsung melibatkan agama.

Antara ciri fahaman pluralisme adalah kebenaran adalah bersifat relatif. Relativisme adalah menganggap semua perkara adalah betul, tiada yang salah atau erti kata lain relativisme adalah tiada kebenaran yang mutlak termasuk Islam! Jadi tiada yang salah dalam mana-mana kefahaman agama. Itulah kesesatan pluralisme dalam agama Islam!

Barat menerima fahaman liberalisme yang menggunakan hanya akal untuk menilai sesuatu. Ia bermula dengan Zaman Gelap di Eropah iaitu gereja sebagai pemerintah tertinggi. Rakyat begitu tertekan dengan pentadbiran gereja yang mementingkan diri sendiri sehingga mereka tidak dapat hidup dengan bebas termasuklah dalam beramal dengan ilmu pengetahuan. Manakala, pada masa itu, ilmu pengetahuan berkembang pesat di kawasan pemerintahan Islam. Sehingga berlakunya kebangkitan Eropah. Rakyat bangkit dan menolak sistem gereja sehingga timbul fahaman modernisme. Liberalisme lahir daripada fahaman inilah. Sedangkan maksud liberalisme adalah ingin membebaskan manusia dengan cengkaman agama.

Fahaman modernisme yang mengguna akal untuk menilai sesuatu iaitu kononnya dengan pemikiran rasional, menggunakan akal semata, perkara yang boleh dirasai pancaindera dan terlalu mengagungkan teknologi ciptaan manusia. Oleh hal tersebut, sekarang mereka boleh menerima homoseksual yang dikatakan merupakan kebenaran yang bersifat  relatif, berbeza dengan fahaman gereja dahulu yang sebenarnya mereka menolak gejala homoseksual. Dalam pluralisme menerima semua agama seperti agama hindu, buddha, kristian, dan lain-lain termasuk juga agama yang tidak percaya dengan kewujudan tuhan atau ateis. Sedangkan mana ada agama yang tiada tuhan.

Ramai yang salah anggap dengan pluralisme sehingga ada orang Islam yang menyokong  dengan fahaman ini kerana menganggap pluralisme adalah dengan hanya mengakui kewujudan agama-agama dan toleransi antara agama. Hakikat sebenar yang diinginkan oleh pencipta fahaman ini adalah pluralisme bukan sekadar toleransi tapi meyakini semua agama adalah benar. Sedangkan fahaman ini merupakan fahaman yang kufur yang boleh menjejaskan aqidah tauhid seseorang.

Di Malaysia, kekeliruan ini juga berlaku. Keliru dengan fahaman dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Ibn Qayyim mengenai isu neraka yang akhirnya akan musnah. Mereka menafsir, semua orang dari neraka tidak kira apa latar belakang agama mereka, akhirnya akan masuk syurga. Jadi kesimpulan sesat yang dibuat mereka adalah semua agama adalah betul. Sedangkan Ibn Qayyim tidak pernah mengatakan bahawa penghuni neraka semuanya akan masuk syurga. Dalam al-Quran pun Allah SWT menyebut dengan jelas: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam kekalah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam." Surah Ghaafir ayat ke-76.

Kefahaman kafir bagi kebanyakan muslim untuk terus bertoleransi dengan orang kafir walaupun orang kafir itu terang-terangan menghina Islam;  betul-betul kafir dan belum Islam. Tapi mereka yang belum Islam kalau meninggal dunia tetap juga dikatakan kafir. Contoh isu mendiang Karpal Singh. Ramai yang mempertikaikan agamanya dan kedudukannya selepas meninggal dunia. Mendiang merupakan sarjana, faham dengan agama-agama dunia kecuali Islam, kerana memiliki akal tapi tidak proses dengan baik, tambahan pula mendiang tinggal dalam persekitaran Islam, kenapa masih tidak menerima Islam semasa hayatnya? Yang paling mengejutkan dikatakan mendiang sebenarnya syuhada! Bagaimana yang bukan Islam dapat ‘title’ syuhada? Title yang didambakan oleh semua muslim yang sejati?

Sebenarnya hidayah untuk seseorang kafir untuk masuk Islam tidak begitu sukar. Cukup dengan hanya dia melihat syiar Islam yang tertegak di muka bumi ini dia dah boleh menerima Islam. Kerana apa? Kerana dia memiliki akal untuk berfikir dan kita tidak perlu berdebat kencang dengan mereka. Sebab tu Islam itu mudah. Manusia yang menyukarkannya. Cuba kita hayati ayat al-Quran berikut yang bermaksud:

"Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?" (Al-Baqarah:170)

"Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya." (Al-Baqarah:171)

Poin utama di atas adalah akal! Walaupun mereka (rujuk ayat di atas) hanya mengikut nenek moyang mereka, mereka tetap juga dikira bersalah kerana mengikut sahaja tanpa menggunakan akal untuk mentafsir sama ada betul atau tidak perbuatan mereka ikut nenek moyang mereka. Tidak menggunakan akal juga dikira satu kesalahan!

Pluralisme juga sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Pada fahaman saya, pluralisme tidak boleh menerima eksklusiviti sesebuah agama apatah lagi agama Islam. Islam merupakan agama yang menitikberatkan akal sehingga pemakanan dan aktiviti harus dijaga agar tidak memberi kesan yang mudarat kepada akal. Kita tengok kerajaan Islam yang begitu hebat suatu masa dahulu sehingga dapat menguasai dua per tiga dunia, tidak tidak hanya mentadbir orang Islam tetapi juga bukan Islam. Walau bagaimanapun, rakyat yang bukan Islam, walaupun tidak memeluk agama Islam, mereka tetap tunduk dengan pemerintahan Islam serta merendah diri. Tapi kalau mereka masih berdegil, Allah menyeru supaya memerangi mereka sehingga tiada lagi fitnah (lihat maksud ayat di bawah). Mereka juga bebas mengamalkan agama masing-masing. Tidak seperti pemerintahan di bawah kristian dahulu yang langsung tidak memberi peluang orang Islam terus kekal dengan agama Islam. Sebaliknya memberi pilihan bunuh atau murtad. Kejamnya tindakan mereka!

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.” (al-Anfal:39)

Bukan pula terus bersikap toleransi dengan mereka. Kalau tidak mereka akan menginjak-injak orang Islam seperti apa yang berlaku sekarang. Tapi lain pula kalau mereka berhenti, tidak perlu kita serang mereka. Pendapat saya memerangi golongan sebegini bukan hanya dengan menggunakan senjata semata-mata tapi dengan bermacam-macam cara dengan kelebihan teknologi yang ada sekarang ini seperti media massa, media sosial dan lain-lain. Cumanya harus berani, tegas dan tetap dengan pendirian. Bukan menjadi seperti lalang yang tidak tetap. Sekejap ke timur sekejap ke barat. Kenapa perlu jadi begitu? Kepada siapa harus kita utamakan? Pandangan manusia atau Allah? Fikir-fikirkanlah kerana kita mempunyai akal.  

Kesimpulan yang Ustaz Fauzi simpulkan, kita jangan sesekali terleka dengan ancaman mereka. Sedarkah kita mereka sedang menyerang kita? Takkan masih ingin berdiam diri dan terus kaku seolah-olah kita tidak akan diserang oleh mereka kerana sikap toleransi yang melampau itu? Jangan! Kita sedang diserang, jadi yang harus kita lakukan adalah lawan balik. Lawan dengan mengikut syariat Islam. Jangan diam, kalau tidak apa yang akan kita perkatakan di hadapan Allah kelak apabila ditanya amal kita di dunia ini? Astaghfirullahalazim. Jom muhasabah dan teruskanlah bekerja untuk Islam. Moga Allah redha. Amiinn.

"Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu." (45:21)

Monday, 3 November 2014

10 Muharam, Hari Ulang Tahun Manusia

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah diberi rezeki Allah untuk mendengar pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Amin di IKIM f.m. pagi tadi yang bertajuk "Ada Apa dengan 10 Muharam?" Jadi rasa terpanggil untuk berkongsi di sini. Mudah-mudahan mendapat manfaat bagi yang membacanya termasuklah penulis sendiri insyaAllah.

Antara yang sempat saya catat, 10 Muharam dikatakan hari Nabi Adam a.s dijadikan oleh Allah SWT yang diriwayatkan oleh sebahagian rawi kata Ustaz Amin. Jadi 10 Muharam juga dikatakan ulang tahun untuk setiap manusia di muka bumi ini memandangkan semua manusia berasal dari Nabi Adam a.s.

Jadi sempena ulang tahun ini, (hari ini juga dikatakan hari Asyura), Ustaz Amin berkongsi 10 perkara yang telah Allah nyatakan dalam al-Quran perihal manusia. Manusia dijadikan dengan serba-serbi kekurangan dan kelemahan yang membuktikan hanya Allah SWT sahaja yang paling berkuasa dan paling layak disembah! Ayuh kita teliti satu demi satu sifat manusia ini (yang memang ada dalam diri kita).

1) Manusia itu jahil dan memerlukan ILMU. Dalil Surah al-Ahzab:72
33:72
Sahih International
Indeed, we offered the Trust to the heavens and the earth and the mountains, and they declined to bear it and feared it; but man [undertook to] bear it. Indeed, he was unjust and ignorant.
Tak nak terus berada dalam kejahilan kan, jadi jangan penat untuk menuntut ilmu. Imam as Shafie pun ada sebut kalau kamu penat dalam menuntut ilmu, kamu kena bersedia untuk penat berada dalam kejahilan kelak. Nauzubillahiminzalik.

2) Manusia itu memerlukan AMALAN kalau tidak akan berada dalam kerugian. Dalil Surah Al-Asr:2-3
103:2
Sahih International
Indeed, mankind is in loss,

103:3
Sahih International
Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.
Sebab itu berilmu tanpa beramal ibarat pokok yang tidak berbuah. Kita yang akan rugi. Jadi jangan kurang dalam beramal tapi beramal lah sebanyak-banyaknya sementara hayat dikandung badan.

3) Manusia itu memerlukan sifat SABAR kalau tidak akan terburu-buru (sifat syaitan). Dalil Surah Al-Israk:11
17:11
Sahih International
And man supplicates for evil as he supplicates for good, and man is ever hasty.
Astaghfirullah. Benaran deh. Asyik sahaja nak marah kalau terpaksa menunggu lama. Jangan-jangan. Bahaya sebab sikap terburu-buru itu sikap syaitan. Sabar ek (cakap kat diri sendiri). Sebab pertolongan Allah akan datang apabila kita bersabar. Banyak dalil sabar ni. Yang paling baik adalah bersabar beserta dengan solat sebab Allah ada berfirman dalam al-Baqarah:153, Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Kalau tak sabar, siapa pula bersama dengannya? Syaitan? Nauzubillahiminzalik.

4) Manusia itu memerlukan sifat TAAT kalau tidak dia akan suka berbantah-bantah (sifat yang menjadi penyebab ramai bangsa-bangsa dahulu diazab oleh Allah SWT). Dalil Surah al-Kahfi:54
18:54
Sahih International
And We have certainly diversified in this Qur'an for the people from every [kind of] example; but man has ever been, most of anything, [prone to] dispute
Ya, ini sangat ketara. Terutama di akhir zaman ni. Wujudlah fahaman yang bertentangan dengan Islam seperti liberalisme, pluralisme, sekularisme, syiah dan lain-lain. Kenapa wujudnya fahaman-fahaman sebegini? Sebabnya mereka berbantah dengan syariat Allah? Bantah pakai tudung la, kata semua agama itu sama la, kata dia lah bangsa yang terbaik la (mempertahankan kaum bukan sebab agama tapi nafsu, Yahudi misalnya) dan lain-lain. Moga kita tak termasuk ya Allah. Aminn

5) Manusia itu memerlukan USAHA kalau tidak dia akan susah. Dalil Surah Al-Balad:4
90:4
Sahih International
We have certainly created man into hardship.
Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah dia merubah nasibnya sendiri. Dengar tu wahai diri! Usaha itu memang kena ada. Kena laksanakan kan. Takkan ada rezeki tiba-tiba jatuh ke riba dengan amalan yang sedikit ni. Jauh nak dibandingkan kita dengan para wali Allah, para Rasul, para Nabi. Mereka mendapat karamah, irhas dan mukjizat dengan izin Allah. Bukan senang-senang juga dapat tapi dengan usaha yang mantap dan berterusan. Sekarang tanya pada diri, usaha apa yang telah kamu lakukan untuk mencapai impian kamu itu!

6) Manusia itu memerlukan SEMANGAT (semangat keimanan) kalau tidak dia akan berkeluh-kesah. Dalil Surah Al-Maa'rij:19-20
70:19
Sahih International

Indeed, mankind was created anxious
70:20
Sahih International

When evil touches him, impatient

Apabila semangat dah ada untuk buat baik, tapi kadang-kadang datangnya juga semangat merudum. Menurut Ahli Sunnah Waljamaah iman manusia memang turun naik tidak seperti iman para nabi dan malaikat. Jadi ia normal. Tetapi tidak boleh jadikan ia alasan untuk tidak berusaha merubah diri. Jadi pentingnya ada semangat keimanan dalam diri kalau tidak kita akan mudah mengeluh. Kita kan tidak dianjurkan untuk mengeluh. Ayuh cari semangat kita yang hilang! Iaitu dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

7) Manusia itu memerlukan HARAPAN (yakin dengan janji-janji Allah) kalau tidak dia akan mudah berputus-asa. Dalil Surah Fussilat:49
41:49
Sahih International
Man is not weary of supplication for good [things], but if evil touches him, he is hopeless and despairing.
Harapan sangat perlu. Kalau tak kita akan mudah berputus asa. Bukankah orang Islam itu tidak berputus asa dengan rahmat Allah melainkan orang kafir? Jadi renungkanlah wahai diri. Indahnya kita sebagai orang Islam mempunyai harapan dengan Allah SWT yang tidak sesekali akan memungkiri janji-janjiNya. :)

8) Manusia itu memerlukan PERINGATAN kalau tidak dia akan lalai. Dalil Surah Al-A'la:9
87:9
Sahih International
So remind, if the reminder should benefit;
Sentiasalah kita berusaha ke majlis ilmu. Kata Imam al-Ghazali, kalau tiga hari tak pergi ke majlis ilmu, akan wujud satu titik hitam pada hati. Tu yang susah nak terima kebaikan tu! Kalau tak dapat peringatan memang kita akan lalai. Astaghfirullahalazim. Kalau memang takde majlis ilmu macam mana? Kata Ustaz Amin, bacalah al-Quran dan ingat mati. Jadi jangan sengaja mencari alasan untuk tidak mencari peringatan diri. Dalam Al-Quran lagi banyak peringatan yang perlu kita renungkan.

9) Manusia itu memerlukan UKHUWAH kalau tidak dia akan mementingkan diri sendiri. Dalil Surah al-Israk:100
17:100
Sahih International
Say [to them], "If you possessed the depositories of the mercy of my Lord, then you would withhold out of fear of spending." And ever has man been stingy.
Allah tak jadikan kita di muka bumi ni sorang-sorang, Jadi berukhuwahlah. Jangan mementingkan diri sendiri. Tak kemana pun kalau kita hanya ikut ego kita sendiri. Astaghfirullah.

10) Manusia itu memerlukan HUKUMAN kalau tidak dia akan melampaui batas. Dalil Surah al-Alaq:6
96:6
Sahih International
No! [But] indeed, man transgresses

Hukuman, ya! Kena ada kalau tak habis lah manusia akan berbuat sewenang-wenangnya. Jadi jangan cepat nak mansuhkan sesuatu peraturan. Nak mansuhkan akta la, rakyat hakim negara lah,  ehh? dan lain-lain. Tapi sebaik-baik peraturan datang dari al-Quran dan sunnah. Sudah banyak Allah sebut balasan terhadap orang yang melampaui batas di muka bumi Allah ini. Macam kita la kalau takde peraturan dalam keluarga ke dalam asrama ke dan lain-lain bebas je nak buat apa kan? Sebab tu ada hadis yang berbunyi dunia itu ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Sabar ek. Kat syurga kita (orang Islam) boleh buat apa sahaja. Ya Allah masukkanlah kami dalam syurga Mu. Aminn.


Sekian ini sahaja yang dapat saya kongsikan daripada poin utama yang dikongsi oleh Ustaz Amin.
Saja tak nak bagi terjemahan bahasa Melayu, supaya pembaca dapat cari sendiri maksud dia. Hehe. Saya suka rujuk web ni untuk ayat-ayat al-quran dan translation dia. Terjemahan dalam bahasa Melayu pun ada. Boleh check it out ye.

Bila dah tahu sikap biasa manusia yang Allah dah sedia nukilkan dalam Al-Quran ni, kita sepatutnya akan sedar dan cepat-cepat akan berubah untuk memperbaiki diri. Haruslah kita bersikap demikian (sedar diri) untuk sentiasa mempertingkatkan diri supaya menjadi hamba Allah yang soleh. InsyaAllah.

Wallahua'lam.

p/s:insyaAllah akan sambung juga post perjalanan tarbiyah saya itu :)