Tuesday, 30 September 2014

Perjalanan Tarbiyah Saya

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah diberi peluang untuk kongsi cerita yang dah lama sangat terpendam. Lama dah rasanya nak share tapi seperti tak berkesempatan. Sebenarnya tengok mood juga. hehe.

Okeylah. Kisahnya bermula di sini...
Macam suspen je. hehe. Biasa je sebenarnya. Antara objektif utama berkongsi post ni adalah untuk menzahirkan kesyukuran mendapat nikmat tarbiyah di samping dapat berkongsi pengalaman tarbiyah sendiri. Sebab, setiap orang, lain pengalaman tarbiyahnya kan? Papepun alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang mengaturkan segala-galanya.

SMKKB03-05
Saya mengetahui mengenai usrah sejak di bangku sekolah menengah lagi. Tapi masih belum jelas dengannya sebab saya belum dapat pengalaman usrah yang sebenar. Walaubagaimanapun secara tidak langsung saya ber'usrah' dengan kawan-kawan rapat saya di sekolah terutama apabila mula tinggal di asrama sejak tingkatan dua (2). Nasihat umi yang yang tidak lekang apabila melepaskan kami adik-beradik ke sekolah adalah mencari kawan yang baik, cari kawan yang baik. Alhamdulillah berkat doa umi saya, sepanjang saya melalui pengalaman belajar erti dunia ini saya dipertemukan sahabat-sahabat yang subhanallah, yang mantap belaka sehinggakan mereka banyak memberi taujih kepada saya tanpa disedari.

Bermula di asrama itulah kami boleh dikatakan 'fastabiqul khairat' sentiasa bersaing untuk berbuat amalan yang baik. Tambah-tambah lagi apabila masuk tingkatan tiga (3). Kami sering mengerjakan solat hajat, qiam dan lain-lain. Cuma belum bersaing tilawah pula masa ini (mungkin belum dapat penekanan tentang penting dan seronoknya bertilawah). Pengalaman belajar dari tingkatan 1 hingga 3 saya bersama mereka, banyak memberi pengalaman suka dan duka bersama mereka. Yang paling best. setiap kali belajar pendidikan Islam kami akan segera mengamalkannya. Contoh ada bab solat sunat rawatib, selepas itu waktu zohor kami terus cuba untuk melaksanakannya. Subhanallah, mendapat kekuatan yang Allah beri kepada kami pada masa itu. Tapi belum dapat kekuatan dari segi segi istiqomah pula. Mungkin kerana inilah saya mendapat result yang baik dalam PMR. Saya pelajar biasa-biasa sahaja, bukan target pelajar cemerlang. Tapi kalau Allah yang menghendaki, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Allahuakbar!

Alhamdulillah.  Itulah 'usrah' pertama saya. Saya sangat menghargainya walaupun tidak mendapat secara formal kerana dari 'usrah' itulah saya mendapat usrah sekarang. Alhamdulillah.

SESTER06/07
Dengan result PMR itu saya berpindah ke sekolah baru, tempat yang asing bagi saya walau pun masih dalam negeri yang sama. Sama seperti ramai pelajar yang lain, sangat sukar untuk berpindah ke sekolah baru meninggalkan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama susah dan senang selama ini. Tetapi setiap orang kena ada pembaharuan dalam hidup termasuk juga saya. Selain itu, menjadi harapan keluarga saya untuk melihat saya berjaya dalam pendidikan. Saya juga adalah satu-satunya dalam keluarga saya yang dapat masuk ke sekolah berasrama penuh. Justeru, saya mewakili keluarga saya di sekolah ini. Oleh itu, saya perlu buat yang terbaik!

Saya merupakan seorang yang pendiam dan pemalu. Saya hanya rapat dengan rakan-rakan sekeliling saya sahaja. Tidak hairan jika tidak ramai yang mengenali saya di sekolah itu.hehe. Di sini saya diperkenalkan dengan usrah yang formal. Siap diberi buku teks usrah lagi. Barulah saya kenal apa itu usrah. Tapi dari segi ruhiyah belum dapat lagi. Maklumlah semua pelajar diwajibkan untuk menyertainya. Suasana yang agak asing sebab ramai yang masih kabur dengan sekolah ini dan dikelilingi dengan orang-orang baru. Maklumlah pelajar baru kan. Bukan semua dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Sayangnya, usrah ini tidak dapat berjalan seperti yang diharapkan. Saya juga tidak pasti kenapa. Mungkin kerana rombakan ahli sentiasa berlaku menyebabkan kami sentiasa kena mula bermula sekali lagi dari awal. Jadi bukan sesuatu yang menyeronokkan. Usia semasa ini, keselesaan sangat penting sebab jiwa remaja mudah untuk memberontak dalam diri. Dan mungkin juga lain-lain faktor. Wallahu'alam.

Tapi saya bersyukur dipertemukan sahabat-sahabat yang baik di sini.Yang membantu saya secara tidak langsung dapat menyesuaikan diri dengan baik di sini.

KMM0809
Alhamdulillah dengan result SPM, saya menyambungkan pelajaran saya di sini. Satu lagi fasa baru yang harus ditempuh. Kali ini di negeri yang jauh dari negeri asal saya. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenali negeri orang lain. Keluarga saya biasa-biasa sahaja, bukan yang mampu untuk selalu dapat menghabiskan masa melancong dalam negeri bersama. Jadi waktu belajar inilah masa untuk saya meneroka negeri orang lain. Macam lama je kan duk sini, padahal setahun je. hehe.

Pengalaman yang penting saya ingin kongsikan adalah usrah. Di sini terdapat satu badan kolej yang bertindak menjaga hal ehwal agama pelajar iaitu Nadi Tarbiyah Pelajar atau ringkasnya NTP. Melalui NTP siapa-siapa yang berminat untuk join usrah boleh join. Cuma sayangnya tidak ramai penggerak pula. Tidak ramai naqibah yang dapat memimpin pelajar yang berkehendakkan usrah seperti saya.hehe. Jadi dalam satu bulatan usrah tu, berbelas-belas juga ahlinya. Jadi tidak banyak kelebihan usrah yang kami boleh dapat. Jadi usrah tidak selalu dapat dijalankan selalu. Jadi, sejak itu saya bertekad, apabila masuk universiti nanti saya akan join usrah. Akan! Sungguh bersemangat sekali nampaknya saya.hehe.

Ye , bukan apa, setiap fasa pembelajaran saya, saya selalu diingatkan akan bahaya di luar yang menanti selepas tamatnya persekolahan. Jadi, kekuatan iman dari diri itu sangat penting. Sebab itu saya mengharapkan usrah sebagai medium untuk saya menjaga diri dan iman saya supaya tidak terjebak dalam gejala yang merosakkan diri.

Sebenarnya di sini, selain usrah yang dianjurkan NTP, ada juga usrah dari luar. Tapi belum rezeki saya untuk mendapatkannya. Kata sahabat KMM saya selepas berjumpa kembali di Uni yang sama, beliau menyangka bahawa saya sudah ada usrah ketika belajar disini sebab itu beliau tidak mengajak saya untuk menyertai usrah bersamanya. Mungkin kerana di sini juga saya memiliki sahabat-sahabat yang baik sehinggakan saya mendapat 'usrah' secara tidak langsung juga. Tidak mengapa duhai sahabat, mungkin ada hikmahnya :).

Jazakunnallah khair sahabat-sahabat saya di KMM0809 :)


Setakat ini dulu post kali ini. InsyaAllah akan bersambung dengan tarbiyah di IPT dan semasa bekerja :D



No comments:

Post a Comment