Alhamdulillah saya telah berpeluang ke
ceramah Tafaqquh Fiddin yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi Asmuni yang cukup
saya kagumi isi-isi ceramahnya yang begitu bernas. Kali ini saya ingin
berkongsi apa yang saya dapat dari ceramah beliau, iaitu pluralisme yang
digarap sedikit sebanyak oleh saya. Moga bermanfaat buat pembaca.
Antara fahaman pluralisme adalah menganggap
Islam adalah produk yang tidak sempurna pada masa sekarang. Sedang Islam telah
disempurnakan sejak 1400 tahun dahulu. Perintah-perintah seperti menutup aurat,
solat, hukum hudud dan lain-lain masih lagi sama sehingga sekarang. Tiada
perubahan kerana telah pun disempurnakan sejak diutus junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Bagi liberal (liberalisme dengan pluralisme
adalah fahaman dari akar yang sama)pula Islam tidak akan sempurna sampai
bila-bila. Sebab itu, mereka tidak akan memberi peluang kepada semua agama
terutama agama Islam untuk campur tangan dalam urusan peribadi kerana asas
fahaman mereka adalah sekularisme. Mereka akan menolak penganut hindu ke kuil,
penganut buddha ke tokong, penganut kristian ke gereja, penganut Islam ke
masjid. Urusan dunia seperti ekonomi politik, sosial, perundangan dan lain-lain
tidak boleh langsung melibatkan agama.
Antara ciri
fahaman pluralisme adalah kebenaran adalah bersifat relatif. Relativisme adalah
menganggap semua perkara adalah betul, tiada yang salah atau erti kata lain
relativisme adalah tiada kebenaran yang mutlak termasuk Islam! Jadi tiada yang
salah dalam mana-mana kefahaman agama. Itulah kesesatan pluralisme dalam agama
Islam!
Barat menerima
fahaman liberalisme yang menggunakan hanya akal untuk menilai sesuatu. Ia bermula
dengan Zaman Gelap di Eropah iaitu gereja sebagai pemerintah tertinggi. Rakyat
begitu tertekan dengan pentadbiran gereja yang mementingkan diri sendiri
sehingga mereka tidak dapat hidup dengan bebas termasuklah dalam beramal dengan
ilmu pengetahuan. Manakala, pada masa itu, ilmu pengetahuan berkembang pesat di
kawasan pemerintahan Islam. Sehingga berlakunya kebangkitan Eropah. Rakyat
bangkit dan menolak sistem gereja sehingga timbul fahaman modernisme. Liberalisme
lahir daripada fahaman inilah. Sedangkan maksud liberalisme adalah ingin membebaskan
manusia dengan cengkaman agama.
Fahaman modernisme
yang mengguna akal untuk menilai sesuatu iaitu kononnya dengan pemikiran
rasional, menggunakan akal semata, perkara yang boleh dirasai pancaindera dan terlalu
mengagungkan teknologi ciptaan manusia. Oleh hal tersebut, sekarang mereka
boleh menerima homoseksual yang dikatakan merupakan kebenaran yang bersifat relatif, berbeza dengan fahaman gereja dahulu
yang sebenarnya mereka menolak gejala homoseksual. Dalam pluralisme menerima
semua agama seperti agama hindu, buddha, kristian, dan lain-lain termasuk juga agama
yang tidak percaya dengan kewujudan tuhan atau ateis. Sedangkan mana ada agama
yang tiada tuhan.
Ramai yang salah
anggap dengan pluralisme sehingga ada orang Islam yang menyokong dengan fahaman ini kerana menganggap
pluralisme adalah dengan hanya mengakui kewujudan agama-agama dan toleransi antara
agama. Hakikat sebenar yang diinginkan oleh pencipta fahaman ini adalah pluralisme
bukan sekadar toleransi tapi meyakini semua agama adalah benar. Sedangkan
fahaman ini merupakan fahaman yang kufur yang boleh menjejaskan aqidah tauhid
seseorang.
Di Malaysia,
kekeliruan ini juga berlaku. Keliru dengan fahaman dengan fatwa yang
dikeluarkan oleh Ibn Qayyim mengenai isu neraka yang akhirnya akan musnah.
Mereka menafsir, semua orang dari neraka tidak kira apa latar belakang agama
mereka, akhirnya akan masuk syurga. Jadi kesimpulan sesat yang dibuat mereka
adalah semua agama adalah betul. Sedangkan Ibn Qayyim tidak pernah mengatakan
bahawa penghuni neraka semuanya akan masuk syurga. Dalam al-Quran pun Allah SWT
menyebut dengan jelas: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam kekalah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi
orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam." Surah
Ghaafir ayat ke-76.
Kefahaman kafir bagi
kebanyakan muslim untuk terus bertoleransi dengan orang kafir walaupun orang
kafir itu terang-terangan menghina Islam; betul-betul kafir dan belum Islam. Tapi mereka
yang belum Islam kalau meninggal dunia tetap juga dikatakan kafir. Contoh isu
mendiang Karpal Singh. Ramai yang mempertikaikan agamanya dan kedudukannya
selepas meninggal dunia. Mendiang merupakan sarjana, faham dengan agama-agama
dunia kecuali Islam, kerana memiliki akal tapi tidak proses dengan baik,
tambahan pula mendiang tinggal dalam persekitaran Islam, kenapa masih tidak
menerima Islam semasa hayatnya? Yang paling mengejutkan dikatakan mendiang
sebenarnya syuhada! Bagaimana yang bukan Islam dapat ‘title’ syuhada? Title yang
didambakan oleh semua muslim yang sejati?
Sebenarnya hidayah
untuk seseorang kafir untuk masuk Islam tidak begitu sukar. Cukup dengan hanya
dia melihat syiar Islam yang tertegak di muka bumi ini dia dah boleh menerima
Islam. Kerana apa? Kerana dia memiliki akal untuk berfikir dan kita tidak perlu
berdebat kencang dengan mereka. Sebab tu Islam itu mudah. Manusia yang
menyukarkannya. Cuba kita hayati ayat al-Quran berikut yang bermaksud:
"Dan
apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan
oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut
apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka
menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang
perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?"
(Al-Baqarah:170)
"Dan
bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman
itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat
memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah
orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat
menggunakan akalnya." (Al-Baqarah:171)
Poin utama di
atas adalah akal! Walaupun mereka (rujuk ayat di atas) hanya mengikut nenek moyang
mereka, mereka tetap juga dikira bersalah kerana mengikut sahaja tanpa
menggunakan akal untuk mentafsir sama ada betul atau tidak perbuatan mereka
ikut nenek moyang mereka. Tidak menggunakan akal juga dikira satu kesalahan!
Pluralisme juga
sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Pada fahaman saya, pluralisme tidak
boleh menerima eksklusiviti sesebuah agama apatah lagi agama Islam. Islam merupakan
agama yang menitikberatkan akal sehingga pemakanan dan aktiviti harus dijaga
agar tidak memberi kesan yang mudarat kepada akal. Kita tengok kerajaan Islam
yang begitu hebat suatu masa dahulu sehingga dapat menguasai dua per tiga dunia,
tidak tidak hanya mentadbir orang Islam tetapi juga bukan Islam. Walau bagaimanapun,
rakyat yang bukan Islam, walaupun tidak memeluk agama Islam, mereka tetap
tunduk dengan pemerintahan Islam serta merendah diri. Tapi kalau mereka masih
berdegil, Allah menyeru supaya memerangi mereka sehingga tiada lagi fitnah (lihat
maksud ayat di bawah). Mereka juga bebas mengamalkan agama masing-masing. Tidak
seperti pemerintahan di bawah kristian dahulu yang langsung tidak memberi
peluang orang Islam terus kekal dengan agama Islam. Sebaliknya memberi pilihan
bunuh atau murtad. Kejamnya tindakan mereka!
“Dan perangilah
mereka sehingga tidak ada lagi fitnah,
dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.
Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya
mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan
apa yang mereka kerjakan.” (al-Anfal:39)
Bukan pula terus
bersikap toleransi dengan mereka. Kalau tidak mereka akan menginjak-injak orang
Islam seperti apa yang berlaku sekarang. Tapi lain pula kalau mereka berhenti,
tidak perlu kita serang mereka. Pendapat saya memerangi golongan sebegini bukan
hanya dengan menggunakan senjata semata-mata tapi dengan bermacam-macam cara
dengan kelebihan teknologi yang ada sekarang ini seperti media massa, media
sosial dan lain-lain. Cumanya harus berani, tegas dan tetap dengan pendirian. Bukan
menjadi seperti lalang yang tidak tetap. Sekejap ke timur sekejap ke barat. Kenapa
perlu jadi begitu? Kepada siapa harus kita utamakan? Pandangan manusia atau
Allah? Fikir-fikirkanlah kerana kita mempunyai akal.
Kesimpulan yang
Ustaz Fauzi simpulkan, kita jangan sesekali terleka dengan ancaman mereka. Sedarkah
kita mereka sedang menyerang kita? Takkan masih ingin berdiam diri dan terus kaku
seolah-olah kita tidak akan diserang oleh mereka kerana sikap toleransi yang
melampau itu? Jangan! Kita sedang diserang, jadi yang harus kita lakukan adalah
lawan balik. Lawan dengan mengikut syariat Islam. Jangan diam, kalau tidak apa
yang akan kita perkatakan di hadapan Allah kelak apabila ditanya amal kita di
dunia ini? Astaghfirullahalazim. Jom muhasabah dan teruskanlah bekerja untuk
Islam. Moga Allah redha. Amiinn.
"Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu." (45:21)
"Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu." (45:21)
No comments:
Post a Comment