Assalamualaikum. Sayangilah Ibu kita...........kerana Allah.
Kakak sayang umi
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalannya dalanm barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"As-Saff:2
Thursday, 29 May 2014
Thursday, 15 May 2014
Ucapan Khaled Mashaal untuk rakyat Malaysia
Ayuh bersama ISMA. Mempertahankan Islam dan Melayu di tanah air tercinta dari dirobek oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab!
Bukan Rasis tetapi HAK!
Friday, 28 February 2014
Juzuk lapan
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah saya telah berpeluang untuk membaca maksud (terjemahan) juzuk 8 al-Quran resam Uthmani.
Kesimpulan yang saya dapat dari juzuk 8 yang terkandung dua surah, sebahagiannya adalah surah al-an'am (6:111-7:87) dan sebahagian lagi surah a'raf.
Al-an'am yang bermaksud haiwan ternak menunjukkan nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia di muka bumi ini. Orang kafir banyak telah melakukan pendustaan terhadap Allah. Mereka melakukan tipu daya bagi kepentingan mereka sendiri selain mendustakan ayat-ayat Allah. Moga kita dijauhkan dari sikap begini. Nikmat yang Allah kurniakan juga menunjukkan sedikit sahaja orang yang bersyukur. Nikmat yang Allah kurniakan bgitu banyak, tidak terhitung..tetapi sedikit sahaja yang kita syukuri..astaghfirullahalazim..Nauzubillahimin zalik.
Al-A'raf, yang bermaksud tempat tertinggi, iaitu orang yang berada di tengah-tengah antara syurga dan neraka. Di sini, Allah menceritakan tentang balasan neraka kepada orang-orang kafir yang melakukan pendustaan kepada Allah. Mereka hanya bertaubat semasa nyawa mereka di halkum. Sesungguhnya Allah tidak menerima taubat sebegitu. Nikmat syurga juga diceritakan oleh Allah azzawajalla kepada hamba Allah yang beruntung, mereka yang mempunyai timbangan yang berat. Rugilah kepada mereka yang memiliki timbangan yang ringan. Nauzubillahiminzalik.
Kisah kaum Nabi Nuh (kaum Aad), Nabi Hud, Nabi Soleh (kaum Samud) serta Nabi Syuaib juga diceritakan tentang kedegilan dan kesombongan kaum para Rasullullah untuk menerima ajakan para Rasul. Akhirnya Allah telah memeberi balasan atas perbuatan yang mereka kerjakan. Allah tidak meninggalkan walau seorang pun yang Dia kehendaki. Benarlah kata-kata Allah bahwa Allah akan memusnahkan yang Dia kehendaki dan menggantikannya dengan kaum yang lebih baik. Allah..
Sesungguhnya begitu banyak sekali peringatan dan khabar gembira yang Allah berikan kepada kita melalui dua panduan utama umat Islam iaitu al-quran dan as-sunnah. Rasullullah SAW juga ada menyebut antaranya tidak sesat selama-lamanya orang yang berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam hidupnya. Pegangla al-Quran dan as-sunnah dengan gigi gerahammu. Wallahua'lam. Justeru saya mengajak diri saya dan seterusnya seluruh umat Islam agar sentiasa kembali kepada panduan utama ini. Moga Allah redha kepada kita semua.
Apa yang saya sampaikan ini hanya lebih untuk mengingati diri sendiri untuk sentiasa berusaha untuk memahami ayat-ayat Allah. Apa yang baik datangnya dari Allah Azzawajjala, yang buruk datang dari dosa saya sendiri. Moga Allah mengampuni dosa saya dalam menyampaikan ini. Astagfirullahalazim. Moga Allah Allah mengampunkan dosa kita semua...amiinn ya Rabb..
Jom join OneDayOneJuz!

Thursday, 30 January 2014
Pasca PRU13-Kisah Saya
Assalamualaikum wbt.
Sudah lama sebenarnya ingin berkongsi mengenai PRU13. Tetapi selalu benar tertangguh. Tahun 2013 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi saya kerana pertama kalinya dalam hidup saya terlibat secara langsung dalam pilihan raya di Malaysia. Subhannallah. Saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bergerak sama dengan rakan seperjuangan yang lain di seluruh Malaysia. Dengan usia yang masih belia sangat rugilah jika tidak digunakan masa dengan sebaiknya. Sepanjang PRU13, dari waktu ura-ura yang mengatakan parlimen akan dibubarkan sehinggalah kepada keputusan pillihanraya PRU13, memang sangat mencabar dari segi mental dan fizikal. Seperti berhadapan dengan saudara terdekat, media sosial dan berkafilah dakwah (yang ni paling best!). Ada cabaran dan dugaan yang perlu kami lalui. Alhamdulillah dengan adanya pengarahan dari masulah kami, taujih yang diberikan, tugasan yang dilaksanakan serta perbincangan yang baik menguatkan kami untuk terus berada dalam suasana PRU13 yang lepas. Berikut merupakan perkara yang menjadi kepelikan pada diri saya semasa menyertai PRU13:
Perpaduan
Tujuan utama kami menyertai pilihan raya ini hanyalah kerana dakwah iaitu menyebarkan Islam. Utuk menyebarkan keindahan Islam, haruskah kita perlu terus mengenepikan ancaman yang berlaku kepada Islam terutama di Malaysia? Justeru fokus kami adalah dua yang jelas iaitu berdakwah, mengajak masyarakat kepada Islam yang syumul serta menepis segala ancaman-ancaman yang dikenakan kepada masyarakat Islam di Malaysia. Fokus kami yang dua itu insyaAllah termasuk dalam amar makruf nahi mungkar. Justeru kerana mengutamakan dan mengajak kepada kesatuan ummah umat Islam di Malaysia kami masuk PRU13. Tapi sayangnya, dalam ramai-ramai yang menentang kami itu adalah umat Islam sendiri! Mereka yang menentang boleh jadi termakan hasutan pihak yang memang tidak inginkan persatuan antara dua parti melayu Islam berlaku. Walaupun begitu masih ramai juga yang berada bersama kami. Menyokong kuat tindakan kami. Alhamdulillah. Moga Allah beri petunjuk hidayah kepada kita semua terutama kepada mereka yang menentang itu.
Sayang Bangsa Sendiri
Alhamdulillah. Semakin lama saya berada dalam jalan ini semakin membuka mata saya terhadap jalan-jalan dakwah. Dan semakin faham fikrah yang dibawa ini. Alhamdulillah. Sebelum dapat tarbiyah ini, saya tak kisah sangat pasal bangsa-bangsa ni. Tapi naluri diri saya tetapkan sayangkan bangsa sendiri. Tambah -tambah lagi kerana bangsa melayu adalah Islam secara umumnya. Faham? Secara umumnya. Agama Islam tidak menolak naluri manusia kerana Islam adalah agama fitrah. Jadi tidak salah kalau kita berbangga dan sayang dengan bangsa sendiri. Kalau tidak kenapa Allah menjadikan manusia di muka bumi ini berbangsa-bangsa dan bersuku-suku? (al-hujurat: 13). Rasullullah saw juga sayang dengan bangsa baginda. Justeru perasaan sayang dan rasis tidak sama ye. Kalau ada dengar pun itu hanyalah hasutan untuk meruntuhkan perpaduan umat Islam di Malaysia.
Kenangan PRU13 Sangat Indah
Cam pelik je subtajuk ni. Tapi relitinya memang ada pahit dan manis. Tapi apabila dikenang kembali semua itu memberi pengalaman yang indah. Experience is the BEST Teacher, kan? Kena hempas pintu, berdialog panjang, kena stop cakap awal-awal, ada yang memang terus tak nak cakap pun ada. Yang best pun ada gak, ada yang setuju dengan kami, ada yang hanya sekadar cakap "insyaAllah" atau "ya, ya".Yang jamu air teh pun ada..hehe. tapi tak digalakkan terima sebab kena save time. Penggerak kami tak ramai seperti parti lain. Tapi alhamdulillah bak kata YDP kami, satu ikhwah atau akhawat bekerja seperti 10 orang. Subhanallah. Insaf pula bila baca kata-kata itu. Membuatkan kami bekerja lebih bersungguh-sungguh demi meraih redha ilahi.
Tiada Maaf Bagi Pendosa?
Apabila ber-kafilah dakwah ni, bermacam-macam ragam saya jumpa. Tapi yang paling ketara adalah seperti statement di atas. Mereka tidak mengiyakan tapi sikap mereka menunjukkannya. Tapi pasal ni malas nak explain. Semua dah besar panjang. Hanya hati yang bersih dapat menilai. Boleh baca post blog lain kalau perlu. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada mereka. amiinn.
Malaysia Tercinta
Saya sayang Malaysia. Saya bersyukur di lahirkan di Malaysia. Bagi yang belajar sejarah Islam di nusantara pasti akan lebih memahami. Akhir kata, Islam lah yang tertinggi tiada yang lebih tinggi selain Islam!
Terimalah dan hayatilah lagu ini:
Fetya: Harapan Ummah
http://www.youtube.com/watch?v=plRYmOrnQko
Actually lagu ini juga merupakan balasan daripada lagu ini:
http://www.youtube.com/watch?v=Ng0vgftcKQY
~Alhamdulillah. Terlaksana jua post ini...

Tuesday, 28 January 2014
PEMBINA Pulau Pinang: KEPUTUSAN MIZZ NINA WAJAR DIPUJI
PEMBINA Pulau Pinang: KEPUTUSAN MIZZ NINA WAJAR DIPUJI: Kepala Batas, 27 Jan- “Keputusan Shazrina Azman ini merupakan satu langkah permulaan yang amat baik, sangat wajar dipuji dan saya secar...
Monday, 27 January 2014
Tugas apakah perlu kita lakukan sekarang?
JALAN DAKWAH by MUSTAFA MASYHUR
Bab 16
Pertanyaan dari Angkatan Muda (ms 139-149)
Tugas apakah perlu kita lakukan sekarang??
- Ramai pemuda tertanya-tanya tugas apakah yang perlu dituntut apabila thiqah pada jalan dakwah supaya waktu dan usaha tidak sia-sia untuk perkara yang tidak berfaedah.
- Angkatan yang sedia ada begitu bahagia dan bangga dengan semangat yang ditonjolkan kerana menunjukkan sikap yang positif bagi pemuda muslim dan muslimat.
- Mereka juga menghargai dan berbangga dengan mereka kerana bekerja untuk Islam dalam menentang kebatilan walaupun telah mendengar kisah yang telah berlaku kepada saudara-saudara yang telah mendahului mereka.
“Mereka tidak menjadi lemah kerana yang
menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada
musuh)”.
- Sebelum soalan ini terjawab, perlu tahu dahulu tentang penentuan objektif-objektif yang ingin dicapai dan merealisasikannya, menentukan berbagai-bagai peringkat jalan, penyelewengan dan rintangan-rintangan, dan berkenaan tabiat peringkat yang kita sedang lalui sekarang.
16.1 Tabiat Marhalah Ini
- Sesungguhnya kita berada dalam peringkat meneguhkan dasar (tapak) mukmin yang akan dibangunkan daulah Islam ke atasnya.
- Dasar tersebut akan menjelma dalam diri individuàkeluarga muslim masyarakat muslim
- Jadi terdapat 3 lapangan; individu, keluarga dan masyarakat
- Merupakan bidang kerja yang sangat penting untuk diusahakan
- Merupakan asas yang kuat untuk pembangunan Islam yang agung
- Syiar kita : “perbaiki dirimu dahulu dan kemudian serulah orang lain”.
- Dua tuntutan yang sangat besar yang penting dan pokok (hanya dalam 8 perkataan sahaja)
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib
sesuatu kaum itu sehingggalah kaum itu merubah nasib diri mereka sendiri.”
- Realiti sekarang menempah kecelakaan, kerosakan dan kesempitan kerana orang tidak berusaha untuk merubah nasib diri mereka sendiri.
- Sesungguhnya ia tidak akan berubah kecuali kita merubah apa yang ada pada diri kita di samping beriltizam dengan jalan Allah.
16.2 Banyak dan Sedikit
- Bilangan muslim sekarang sememangnya sangat ramai tetapi ramai memiliki mutu yang rendah
- Kita kekurangan pendokong aqidah yang mempunyai peribadi mukmin yang kuat dan berpengaruh yang mampu merubah realiti yang rosak , merubah kenyataan yang buruk dan mampu membangunkan umat Islam yang baik.
- Imam Hassan al Hudaibi : “Tegakkanlah Islam dalam hatimu supaya daulah Islam akan tertegak ”
16.3 Perbaiki Diri
- Langkah pertama adalah memperbaiki diri. Kerana kekuatan yang lazim dan perlu untuk memenangkan yang hak dan mengalahkan yang batin. Memperbaiki diri tersimpul dalam 3 bentuk seperti susunan berikut:
- Inilah merupakan susuanan kekuatan yang telah dilaksanakan oleh Rasululullah saw sebagai satu manhaj yang mesti dilalui oleh setiap generasi Islam sepanjang zaman.
- Merbahaya apabila digunakan kekuatan untuk merubah realiti yang batil sebelum dapat dibuktikan dengan kekuatan iman dan kekuatan persatuan.
- Justeru, kita hendaklah sentiasa mengawasi setiap arahan dan tindakan dan tatatertib ini dalam berbagai-bagai peringkat kerja, usaha dan supaya tidak menjadi sia-sia dan jiwa manusia tidak terkorban pada masa dan tempat yang tidak sesuai.
- Rasulullah saw sendiri tidak melibatkan jihad pada masa permulaan dakwahnya. Sebaliknya menyediakan dasar iman ke dalam hati para sahabat.
- Perjanjian Aqobah (Bai’atul Aqobah 2) menjelang hijrah Rasulullah saw ke Madinah merupakan bukti yang baik, sampai masa Rasulullah saw akan melaksanakan jihad (antara kandungan bai’ah mereka mesti melindungi Rasulullah saw sebagaimana melindungi isteri dan anak-anak mereka.
- Salah tanggapan terhadap Ikhwanul Muslimin (IM) yang melupakan aspek jihad kerana tidak terlibat dalam peringkat pembentukan itu contoh IM telah menghantar mujahid ke Palestin dan Terusan Suez.
- Sangkaan ini boleh tecetus kepada pemuda yang sungguh bersemangat yang menyangka tidak akan mendapat pahala dan ganjaran jika kemenangan Islam tidak tercapai di tangannya.
- Sangkaan ini mengakibatkan sikap yang terburu-buru sehingga mengabaikan persiapan rapi dan tertib langkah-langkah perjuangan.
- Sebaliknya kita sebenarnya bertanggungjawab membuat kerja dan memperbaiki kerja, usaha dan mengikhlaskan niat bukan terhadap hasilnya.
- Zaman itu diukur menurut umur ummah dan dakwah bukan umur individu.
- Senang membuat sesuatu kerja dan berkorban hidup kerana Allah, tetapi sukar untuk menundukkan nafsu dan melatih akhlak mahmudah dalam diri.
- Agar cita-cita kita tercapai, kita memerlukan jiwa-jiwa besar yang mempunyai kemahuan yang keras, kesetiaan yang tetap dan tahan, iman yang benar, mampu dan rela berkorban pengorbanan yang banyak.
- Oleh itu, pentingnya untuk kita memperbaiki diri sendiri dan peranan yang asasi dalam jalan dakwah dan merealisasikan segala cita-cita kita walaupun terpaksa memikul bebanan yang berat.
- Nafsu itu seperti kanak-kanak apabila dibiarkan dia akan sentiasa membesar dengan mencintai menyusu tetapi apabila dipisahkan, dia akan berhenti menyusu. Sesungguhnya membangunkan insan yang soleh lagi sukar berbanding membangunkan bangunan.
- Sesungguhnya Allah tidak akan memperbaiki usaha amal orang yang rosak (tidak sabar menahan nafsu, tidak sabar didik diri, meragui jalan tarbiyah, menggunakan jalan yang lebih pendek, menggunakan kekuatan sebelum masanya) kerana tindakan sebegitu adalah merbahaya.
16.4 Individu Muslim yang kita Kehendaki
- Pendokong aqidah yang sejahtera dan murni dari sebarang campuran,
- Pendokong ibadah yang sahih lahir dan batin.
- Mempunyai akhlak yang teguh yang diambil dari al-Quran dan Sunnah
- Mempunyai pendidikan dan pemikiran yang sesuai dengan pimpinan Islami
- Mempunyai tubuh yang kuat yang mampu memikul berbagai-bagai tugas, amal dan jihad
- Bermujahadah dengan dirinya sendiri dalam memerangi nafsu
- Bermanfaat kepada orang lain
- Menjaga waktu
- Mampu mengatur segala urusan
- Mampu berdikari
16.5 Aqidah Islam
- Kita mahukan aqidah yang sahih menurut aqidah salafussoleh, para sahabat Rasulullah saw
- Aqidah yang telah membentuk generasi muslim yang pertama.
- Aqidah yang menguasai perasaan, pemikiran dan setiap urusan hidup mereka serta yang memancarkan kemampuan amal yang sungguh-sungguh.
“Dan apakah
orang yang mati, kemudian Kami hidupkan dia, dan Kami berikan kepadanya cahaya
yang terang, yang dengan cahaya itu, dia dapat berjalan di tengah-tengah
masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaanya berada dalam gelap
gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya.” (6:122)
- Pendokong aqidah harus sedar bahawa dia menginsafi bahawa dia mempunyai satu risalah yang penting yang hidup dan dengan dan kerananya.
- Merasakan dia mulia dan kuat kerana bersandar kepada Allah yang Maha Kuat bukan orang yang tidak terbiar atau biasa-biasa.
- Tauhid yang berkisar di sini bukan di daerah ilmu kalam dan perdebatan melulu. Pujangga Iqbal berkata : “Tauhid itu dahulu satu kekuatan di antara manusia. Tetapi sekarang telah menjadi tauhid ilmu kalam”.
- Pendokong aqidah beriman dengan ke-enam-enam rukun iman.
- Iman yang teguh dan tidak goncang apabila berhadapan dengan apa juan tekanan dan pengaburan mata yang membawa keraguan.
- Aqidah yang salimah yang membawa kecintaan kepada Allah swt yang tidak mengenal waktu kerana berharap kepada rahmat kurnia Allah dan keredhaanNya dan takut akan azabNya.
- Pendokong dakwah yang menimbang segala urusan hidup dengan timbangan rabbani, justeru pandangannya kepada dunia adalah pandangan Islam yg sahih.
- Islam yang benar akan hanya timbul perkataan dan perbuatan dari aqidah Islam dan sesuai dengan syariat Islam.
- Pendokong dakwah yang mengutamakan Allah daripada perkara selain dariNya lalu dia menyerahkan segala-galanya kepada dakwah Islam termasuk perasaannya demi mengharapkan keredhaan Allah.
- Pendokong dakwah yang berbangga dengan saudaranya, membawa kebaikan kepada saudaranya, menolong saudaranya, mencintai saudaranya, memberi perkara yang disukai kepada saudaranya, mengutamakan saudaranya, memelihara kehormatannya, tidak membiarkan saudaranya, tidak mengecewakan saudaranya serta tidak mendedahkannya kepada bahaya.
- Pendokong aqidah Islam merasa bertanggungjawab terhadap Islam dan saudara-saudaranya.
- Tidak merasa tenteram sehingga dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan seluruh kemampuannya untuk dakwah.
16.6 Sumber Aqidah yang Sejahtera
- Hanyalah Al-Quran, Sunnah Rasulullah saw
- Wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah saw kemudian baginda mengajarkan kepada orang ramai.
- Rasulullah saw membentuk mereka menjadi mereka yang beraqidah yang sebenarnya sehingga daulah Islam dapat tertegak di tangan mereka yang membawa rahmat ke seluruh alam.
- Uslub al-Quran mejelaskan aqidah dengan sebaik-baik cara dan paling sempurna.
“Sesungguhnya
telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan
kitab itu Allah menunjukki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan
keselamatan dan dengan kitab itu pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari
gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya dan
menunjukki mereka ke jalan yang lurus”. (al-maidah:15-16)
- Uslub dan gaya bahasa al-Quran dalam menerangkan aqidah tauhid, hari pembalasan dankebangkitan adalah uslub yang indah dan memudahkan.
“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk
pelajaran, maka adakah orang mengambil pelajaran”. (al-qamar:17)
- Sunnah Rasulullah saw juga menerangkan dan menjelaskan kitab Allah, mempunyai segala perkara yang memberi pertolongan pada tiap-tiap orang yang suka menegakkan aqidah Islam dalam dirinyadan benarlah Rasulullah saw.:
“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara selagi kamu
berpegang dengan keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab
Allah, sunnah ku, cara hidupku”.
Thursday, 19 December 2013
Quiz Mengenal Salasilah Rasulullah SAW Bahagian 2
Assalamualaikum wbt.
Bertemu lagi dengan Quiz Mengenal Salasilah Rasulullah SAW bahagian 2.
Adakah anda bersedia dengan kuiz kali ini? Here you go!
SOALAN 1
Merujuk soalan nombor 3 kuiz yang lepas, nama datuk Rasulullah SAW adalah Syaibah bin Hashim tetapi dikenali dengan Abdul Mutalib. Mengapa datuk baginda dikenali dengan nama tersebut sedangkan nama ayah datuk baginda adalah Hashim?
SOALAN 2
Siapakah datuk ke-3 Rasulullah SAW?
SOALAN 3
Kenapa orang Arab keturunan Quraisy amat dipandang mulia melebihi keturunan Arab yang bukan Quraisy?
SOALAN 4
Siapakah nama bonda Rasulullah SAW dan dari suku manakah beliau?
SOALAN 5
Saad bin Abu Waqqas dikatakan merupakan bapa saudara kepada Rasulullah mengikut keluarga belah bonda Rasulullah saw. Tahukah anda, Saad bin Abu Waqqas juga dikatakan mempunyai hubungan yang rapat belah ayahanda Rasulullah saw. Bagaimana?
SOALAN 6
Hubungan kekeluargaan ayahanda Rasulullah SAW dan bonda Rasulullah SAW adalah tidak jauh. Dimanakah titik persamaan datuk mereka?
Hubungan kekeluargaan ayahanda Rasulullah SAW dan bonda Rasulullah SAW adalah tidak jauh. Dimanakah titik persamaan datuk mereka?
SOALAN 7
Berapakah umur ayahanda Rasulullah SAW dan umur bonda Rasulullah SAW ketika mereka dinikahkan?
Berapakah umur ayahanda Rasulullah SAW dan umur bonda Rasulullah SAW ketika mereka dinikahkan?
SOALAN 8
Bilakah ayahanda Rasululllah SAW berangkat ke Syam untuk berniaga setelah bernikah dengan bonda Rasulullah saw?
Bilakah ayahanda Rasululllah SAW berangkat ke Syam untuk berniaga setelah bernikah dengan bonda Rasulullah saw?
SOALAN 9
Mengapakah Abdullah dan pemuda Mekah ketika itu lebih memilih untuk menjadi pedagang?
Mengapakah Abdullah dan pemuda Mekah ketika itu lebih memilih untuk menjadi pedagang?
SOALAN 10
Bilakah ayahanda Rasulullah SAW meninggal dunia?
Sila skrol di bawah untuk jawapannya.
Bilakah ayahanda Rasulullah SAW meninggal dunia?
Sila skrol di bawah untuk jawapannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
JAWAPAN 1
Datuk baginda dikenali dengan Abdul Mutalib adalah kerana salah faham masyarakat pada ketika itu. Kisahnya begini, selepas kewafatan ayahanda Abdul Mutalib iaitu, Hashim. Al-Mutalib yang merupakan bapa saudara Syaibah (nama sebenar datuk Rasululullah SAW) juga adik kepada Hashim, membawa Syaibah ke Mekah dari Madinah (menurut rujukan Ustazah Saleha). Masyarakat di sana riuh mengatakan al-Mutalib membawa hamba (abdul: bahasa Arab) walaupun apabila ditanyakan sendiri kepada al-Mutalib, al Mutalib menjawab Syaibah adalah anak saudaranya. Akhirnya panggilan Abdul Mutalib (hamba kepada Mutalib) melekat kepada Syaibah bin Hashim, datuk Rasulullah SAW sehinggalah sekarang.
JAWAPAN 2
Abdul Manaf bin Qusai. --> Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf.
JAWAPAN 3
Datuk nenek Rasulullah SAW, Abdul Mutalib sehingga Adnan merupakan orang-orang besar dan tokoh-tokoh ternama di zaman masing-masing. Mereka juga banyak memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat Mekah pada ketika itu. Kalau dibaca sirah mereka, ramai antara mereka yang berjaya kerana usaha sendiri bukan kerana nama keluarga mereka yang sedia gah itu.
JAWAPAN 4
Siti Aminah binti Wahab dari keturunan Bani Zuhrah, seketurunan dengan sahabat, Saad bin Abu Waqqas.
JAWAPAN 5
Abu Waqqas yang merupakan ayah Saad telah menikahi Umaimah yang merupakan ibu saudara Rasullullah SAW (adik beradik dengan ayahanda Rasulullah SAW, Abdullah).
JAWAPAN 6
Kilab. Merupakan datuk ke-5 ayahanda Rasulullah SAW dan datuk ke-3 Bonda Rasulullah SAW.
Kilab. Merupakan datuk ke-5 ayahanda Rasulullah SAW dan datuk ke-3 Bonda Rasulullah SAW.
JAWAPAN 7
Ayahanda =24 tahun. Bonda=bawah 20 tahun (ada riwayat 17 tahun)
Ayahanda =24 tahun. Bonda=bawah 20 tahun (ada riwayat 17 tahun)
JAWAPAN 8
Selepas 3 hari 3 malam di rumah mertuanya, Abdullah tinggal di rumahnya selama 3 bulan. Pada ketika ini, beliau tidak pernah keluar dari Mekah, urusannya hanya dalam Mekah sahaja.Selepas 3 bulan itu, barulah Abdullah disuruh bapanya, Abdul Mutalib mengikut rombongan ke Syam bersama abang sulungnya, al-Harith.

JAWAPAN 9
- Merupakan pekerjaan yang lebih mudah;
- Lebih mendatangkan keuntungan
- Mekah sendiri tidak menyediakan banyak peluang pekerjaan selain berniaga
- Kegiatan menternak binatang tidak mendatangkan keuntungan yang besar
- Mekah tidak memiliki tanah yang subur untuk kegiatan pertanian
- Selain berdagang terdapat juga profesion tukang besi di Mekah, seperti diterokai sahabat bernama Khabbab bin A'Arat.
JAWAPAN 10
Beliau meninggal dunia setelah rombongannya selesai berniaga di Syam. Sewaktu dalam perjalanan pulang, rombongannya berehat di Yathrib (Madinah). Di sanalah Abdullah jatuh sakit sehingga berbulan-bulan. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan Abdullah untuk dijaga keluarga Abdullah iaitu Bani an-Najjar. Apabila sampai di Mekah, abang Abdullah, al-Harith menceritakan kepada Abdul Mutalib. Abdul Mutalib begitu khuatir dengan Abdullah lalu menyuruh al-Harith untuk membawa Abdullah pulang. Sesampai sahaja di Yathrib, Abdullah dikhabarkan telah meninggal dunia. Lalu al-Harith hanya membawa pulang keuntungan yang diperolehi Abdullah iaitu lima ekor unta, beberapa ekor kambing dan sedikit barang hasil keuntungannya berniaga di Syam.
SUMBER: Riwayat Rasulullah saw; Sejarah dan Perjalanan Hidup Nabi Muhammad s.a.w. dan Carian Google. Wallahu'alam.
Setakat ini sahaja kuiz kali ini. InsyaAllah jika ada peluang lain lagi, kuiz yang baru akan dikongsi. Moga memberi manfaat kepada semua. Akhir kata, selamat mendalami sirah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Apa pentingnya? Pentingnya kerana dari sirah ada bekalannya~Mustafa Mashur

Subscribe to:
Posts (Atom)