JALAN DAKWAH by MUSTAFA MASYHUR
Bab 16
Pertanyaan dari Angkatan Muda (ms 139-149)
Tugas apakah perlu kita lakukan sekarang??
- Ramai pemuda tertanya-tanya tugas apakah yang perlu dituntut apabila thiqah pada jalan dakwah supaya waktu dan usaha tidak sia-sia untuk perkara yang tidak berfaedah.
- Angkatan yang sedia ada begitu bahagia dan bangga dengan semangat yang ditonjolkan kerana menunjukkan sikap yang positif bagi pemuda muslim dan muslimat.
- Mereka juga menghargai dan berbangga dengan mereka kerana bekerja untuk Islam dalam menentang kebatilan walaupun telah mendengar kisah yang telah berlaku kepada saudara-saudara yang telah mendahului mereka.
“Mereka tidak menjadi lemah kerana yang
menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada
musuh)”.
- Sebelum soalan ini terjawab, perlu tahu dahulu tentang penentuan objektif-objektif yang ingin dicapai dan merealisasikannya, menentukan berbagai-bagai peringkat jalan, penyelewengan dan rintangan-rintangan, dan berkenaan tabiat peringkat yang kita sedang lalui sekarang.
16.1 Tabiat Marhalah Ini
- Sesungguhnya kita berada dalam peringkat meneguhkan dasar (tapak) mukmin yang akan dibangunkan daulah Islam ke atasnya.
- Dasar tersebut akan menjelma dalam diri individuàkeluarga muslim masyarakat muslim
- Jadi terdapat 3 lapangan; individu, keluarga dan masyarakat
- Merupakan bidang kerja yang sangat penting untuk diusahakan
- Merupakan asas yang kuat untuk pembangunan Islam yang agung
- Syiar kita : “perbaiki dirimu dahulu dan kemudian serulah orang lain”.
- Dua tuntutan yang sangat besar yang penting dan pokok (hanya dalam 8 perkataan sahaja)
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib
sesuatu kaum itu sehingggalah kaum itu merubah nasib diri mereka sendiri.”
- Realiti sekarang menempah kecelakaan, kerosakan dan kesempitan kerana orang tidak berusaha untuk merubah nasib diri mereka sendiri.
- Sesungguhnya ia tidak akan berubah kecuali kita merubah apa yang ada pada diri kita di samping beriltizam dengan jalan Allah.
16.2 Banyak dan Sedikit
- Bilangan muslim sekarang sememangnya sangat ramai tetapi ramai memiliki mutu yang rendah
- Kita kekurangan pendokong aqidah yang mempunyai peribadi mukmin yang kuat dan berpengaruh yang mampu merubah realiti yang rosak , merubah kenyataan yang buruk dan mampu membangunkan umat Islam yang baik.
- Imam Hassan al Hudaibi : “Tegakkanlah Islam dalam hatimu supaya daulah Islam akan tertegak ”
16.3 Perbaiki Diri
- Langkah pertama adalah memperbaiki diri. Kerana kekuatan yang lazim dan perlu untuk memenangkan yang hak dan mengalahkan yang batin. Memperbaiki diri tersimpul dalam 3 bentuk seperti susunan berikut:
- Inilah merupakan susuanan kekuatan yang telah dilaksanakan oleh Rasululullah saw sebagai satu manhaj yang mesti dilalui oleh setiap generasi Islam sepanjang zaman.
- Merbahaya apabila digunakan kekuatan untuk merubah realiti yang batil sebelum dapat dibuktikan dengan kekuatan iman dan kekuatan persatuan.
- Justeru, kita hendaklah sentiasa mengawasi setiap arahan dan tindakan dan tatatertib ini dalam berbagai-bagai peringkat kerja, usaha dan supaya tidak menjadi sia-sia dan jiwa manusia tidak terkorban pada masa dan tempat yang tidak sesuai.
- Rasulullah saw sendiri tidak melibatkan jihad pada masa permulaan dakwahnya. Sebaliknya menyediakan dasar iman ke dalam hati para sahabat.
- Perjanjian Aqobah (Bai’atul Aqobah 2) menjelang hijrah Rasulullah saw ke Madinah merupakan bukti yang baik, sampai masa Rasulullah saw akan melaksanakan jihad (antara kandungan bai’ah mereka mesti melindungi Rasulullah saw sebagaimana melindungi isteri dan anak-anak mereka.
- Salah tanggapan terhadap Ikhwanul Muslimin (IM) yang melupakan aspek jihad kerana tidak terlibat dalam peringkat pembentukan itu contoh IM telah menghantar mujahid ke Palestin dan Terusan Suez.
- Sangkaan ini boleh tecetus kepada pemuda yang sungguh bersemangat yang menyangka tidak akan mendapat pahala dan ganjaran jika kemenangan Islam tidak tercapai di tangannya.
- Sangkaan ini mengakibatkan sikap yang terburu-buru sehingga mengabaikan persiapan rapi dan tertib langkah-langkah perjuangan.
- Sebaliknya kita sebenarnya bertanggungjawab membuat kerja dan memperbaiki kerja, usaha dan mengikhlaskan niat bukan terhadap hasilnya.
- Zaman itu diukur menurut umur ummah dan dakwah bukan umur individu.
- Senang membuat sesuatu kerja dan berkorban hidup kerana Allah, tetapi sukar untuk menundukkan nafsu dan melatih akhlak mahmudah dalam diri.
- Agar cita-cita kita tercapai, kita memerlukan jiwa-jiwa besar yang mempunyai kemahuan yang keras, kesetiaan yang tetap dan tahan, iman yang benar, mampu dan rela berkorban pengorbanan yang banyak.
- Oleh itu, pentingnya untuk kita memperbaiki diri sendiri dan peranan yang asasi dalam jalan dakwah dan merealisasikan segala cita-cita kita walaupun terpaksa memikul bebanan yang berat.
- Nafsu itu seperti kanak-kanak apabila dibiarkan dia akan sentiasa membesar dengan mencintai menyusu tetapi apabila dipisahkan, dia akan berhenti menyusu. Sesungguhnya membangunkan insan yang soleh lagi sukar berbanding membangunkan bangunan.
- Sesungguhnya Allah tidak akan memperbaiki usaha amal orang yang rosak (tidak sabar menahan nafsu, tidak sabar didik diri, meragui jalan tarbiyah, menggunakan jalan yang lebih pendek, menggunakan kekuatan sebelum masanya) kerana tindakan sebegitu adalah merbahaya.
16.4 Individu Muslim yang kita Kehendaki
- Pendokong aqidah yang sejahtera dan murni dari sebarang campuran,
- Pendokong ibadah yang sahih lahir dan batin.
- Mempunyai akhlak yang teguh yang diambil dari al-Quran dan Sunnah
- Mempunyai pendidikan dan pemikiran yang sesuai dengan pimpinan Islami
- Mempunyai tubuh yang kuat yang mampu memikul berbagai-bagai tugas, amal dan jihad
- Bermujahadah dengan dirinya sendiri dalam memerangi nafsu
- Bermanfaat kepada orang lain
- Menjaga waktu
- Mampu mengatur segala urusan
- Mampu berdikari
16.5 Aqidah Islam
- Kita mahukan aqidah yang sahih menurut aqidah salafussoleh, para sahabat Rasulullah saw
- Aqidah yang telah membentuk generasi muslim yang pertama.
- Aqidah yang menguasai perasaan, pemikiran dan setiap urusan hidup mereka serta yang memancarkan kemampuan amal yang sungguh-sungguh.
“Dan apakah
orang yang mati, kemudian Kami hidupkan dia, dan Kami berikan kepadanya cahaya
yang terang, yang dengan cahaya itu, dia dapat berjalan di tengah-tengah
masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaanya berada dalam gelap
gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya.” (6:122)
- Pendokong aqidah harus sedar bahawa dia menginsafi bahawa dia mempunyai satu risalah yang penting yang hidup dan dengan dan kerananya.
- Merasakan dia mulia dan kuat kerana bersandar kepada Allah yang Maha Kuat bukan orang yang tidak terbiar atau biasa-biasa.
- Tauhid yang berkisar di sini bukan di daerah ilmu kalam dan perdebatan melulu. Pujangga Iqbal berkata : “Tauhid itu dahulu satu kekuatan di antara manusia. Tetapi sekarang telah menjadi tauhid ilmu kalam”.
- Pendokong aqidah beriman dengan ke-enam-enam rukun iman.
- Iman yang teguh dan tidak goncang apabila berhadapan dengan apa juan tekanan dan pengaburan mata yang membawa keraguan.
- Aqidah yang salimah yang membawa kecintaan kepada Allah swt yang tidak mengenal waktu kerana berharap kepada rahmat kurnia Allah dan keredhaanNya dan takut akan azabNya.
- Pendokong dakwah yang menimbang segala urusan hidup dengan timbangan rabbani, justeru pandangannya kepada dunia adalah pandangan Islam yg sahih.
- Islam yang benar akan hanya timbul perkataan dan perbuatan dari aqidah Islam dan sesuai dengan syariat Islam.
- Pendokong dakwah yang mengutamakan Allah daripada perkara selain dariNya lalu dia menyerahkan segala-galanya kepada dakwah Islam termasuk perasaannya demi mengharapkan keredhaan Allah.
- Pendokong dakwah yang berbangga dengan saudaranya, membawa kebaikan kepada saudaranya, menolong saudaranya, mencintai saudaranya, memberi perkara yang disukai kepada saudaranya, mengutamakan saudaranya, memelihara kehormatannya, tidak membiarkan saudaranya, tidak mengecewakan saudaranya serta tidak mendedahkannya kepada bahaya.
- Pendokong aqidah Islam merasa bertanggungjawab terhadap Islam dan saudara-saudaranya.
- Tidak merasa tenteram sehingga dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan seluruh kemampuannya untuk dakwah.
16.6 Sumber Aqidah yang Sejahtera
- Hanyalah Al-Quran, Sunnah Rasulullah saw
- Wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah saw kemudian baginda mengajarkan kepada orang ramai.
- Rasulullah saw membentuk mereka menjadi mereka yang beraqidah yang sebenarnya sehingga daulah Islam dapat tertegak di tangan mereka yang membawa rahmat ke seluruh alam.
- Uslub al-Quran mejelaskan aqidah dengan sebaik-baik cara dan paling sempurna.
“Sesungguhnya
telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan
kitab itu Allah menunjukki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan
keselamatan dan dengan kitab itu pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari
gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya dan
menunjukki mereka ke jalan yang lurus”. (al-maidah:15-16)
- Uslub dan gaya bahasa al-Quran dalam menerangkan aqidah tauhid, hari pembalasan dankebangkitan adalah uslub yang indah dan memudahkan.
“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk
pelajaran, maka adakah orang mengambil pelajaran”. (al-qamar:17)
- Sunnah Rasulullah saw juga menerangkan dan menjelaskan kitab Allah, mempunyai segala perkara yang memberi pertolongan pada tiap-tiap orang yang suka menegakkan aqidah Islam dalam dirinyadan benarlah Rasulullah saw.:
“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara selagi kamu
berpegang dengan keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab
Allah, sunnah ku, cara hidupku”.
No comments:
Post a Comment