Thursday, 30 January 2014

Pasca PRU13-Kisah Saya

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama sebenarnya ingin berkongsi mengenai PRU13. Tetapi selalu benar tertangguh. Tahun 2013 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi saya kerana pertama kalinya dalam hidup saya terlibat secara langsung dalam pilihan raya di Malaysia. Subhannallah. Saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bergerak sama dengan rakan seperjuangan yang lain di seluruh Malaysia. Dengan usia yang masih belia sangat rugilah jika tidak digunakan masa dengan sebaiknya. Sepanjang PRU13, dari waktu ura-ura yang mengatakan parlimen akan dibubarkan sehinggalah kepada keputusan pillihanraya PRU13, memang sangat mencabar dari segi mental dan fizikal. Seperti berhadapan dengan saudara terdekat, media sosial dan berkafilah dakwah (yang ni paling best!). Ada cabaran dan dugaan yang perlu kami lalui. Alhamdulillah dengan adanya pengarahan dari masulah kami,  taujih yang diberikan, tugasan yang dilaksanakan serta perbincangan yang baik menguatkan kami untuk terus berada dalam suasana PRU13 yang lepas. Berikut merupakan perkara yang menjadi kepelikan pada diri saya semasa menyertai PRU13:

Perpaduan
Tujuan utama kami menyertai pilihan raya ini hanyalah kerana dakwah iaitu menyebarkan Islam. Utuk menyebarkan keindahan Islam, haruskah kita perlu terus mengenepikan ancaman yang berlaku kepada Islam terutama di Malaysia? Justeru fokus kami adalah dua yang jelas iaitu berdakwah, mengajak masyarakat kepada Islam yang syumul serta menepis segala ancaman-ancaman yang dikenakan kepada masyarakat Islam di Malaysia. Fokus kami yang dua itu insyaAllah termasuk dalam amar makruf nahi mungkar. Justeru kerana mengutamakan dan mengajak kepada kesatuan ummah umat Islam di Malaysia kami masuk PRU13. Tapi sayangnya, dalam ramai-ramai yang menentang kami itu adalah umat Islam sendiri! Mereka yang menentang boleh jadi termakan hasutan pihak yang memang tidak inginkan persatuan antara dua parti melayu Islam berlaku. Walaupun begitu masih ramai juga yang berada bersama kami. Menyokong kuat tindakan kami. Alhamdulillah. Moga Allah beri petunjuk hidayah kepada kita semua terutama kepada mereka yang menentang itu. 

Sayang Bangsa Sendiri
Alhamdulillah. Semakin lama saya berada dalam jalan ini semakin membuka mata saya terhadap jalan-jalan dakwah. Dan semakin faham fikrah yang dibawa ini. Alhamdulillah. Sebelum dapat tarbiyah ini, saya tak kisah sangat pasal bangsa-bangsa ni. Tapi naluri diri saya tetapkan sayangkan bangsa sendiri. Tambah -tambah lagi kerana bangsa melayu adalah Islam secara umumnya. Faham? Secara umumnya. Agama Islam tidak menolak naluri manusia kerana Islam adalah agama fitrah. Jadi tidak salah kalau kita berbangga dan sayang dengan bangsa sendiri. Kalau tidak kenapa Allah menjadikan manusia di muka bumi ini berbangsa-bangsa dan bersuku-suku? (al-hujurat: 13). Rasullullah saw juga  sayang dengan bangsa baginda. Justeru perasaan sayang dan rasis tidak sama ye. Kalau ada dengar pun itu hanyalah hasutan untuk meruntuhkan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Kenangan PRU13 Sangat Indah
Cam pelik je subtajuk ni. Tapi relitinya memang ada pahit dan manis. Tapi apabila dikenang kembali semua itu memberi pengalaman yang indah. Experience is the BEST Teacher, kan? Kena hempas pintu, berdialog panjang, kena stop cakap awal-awal, ada yang memang terus tak nak cakap pun ada. Yang best pun ada gak, ada yang setuju dengan kami, ada yang hanya sekadar cakap "insyaAllah" atau "ya, ya".Yang jamu air teh pun ada..hehe. tapi tak digalakkan terima sebab kena save time. Penggerak kami tak ramai seperti parti lain. Tapi alhamdulillah bak kata YDP kami, satu ikhwah atau akhawat bekerja seperti 10 orang. Subhanallah. Insaf pula bila baca kata-kata itu. Membuatkan kami bekerja lebih bersungguh-sungguh demi meraih redha ilahi.

Tiada Maaf Bagi Pendosa?
Apabila ber-kafilah dakwah ni, bermacam-macam ragam saya jumpa. Tapi yang paling ketara adalah seperti statement di atas. Mereka tidak mengiyakan tapi sikap mereka menunjukkannya. Tapi pasal ni malas nak explain. Semua dah besar panjang. Hanya hati yang bersih dapat menilai. Boleh baca post blog lain kalau perlu. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada mereka. amiinn.

Malaysia Tercinta
Saya sayang Malaysia. Saya bersyukur di lahirkan di Malaysia. Bagi yang belajar sejarah Islam di nusantara pasti akan lebih memahami. Akhir kata, Islam lah yang tertinggi tiada yang lebih tinggi selain Islam!

Terimalah dan hayatilah lagu ini:
Fetya: Harapan Ummah
http://www.youtube.com/watch?v=plRYmOrnQko

Actually lagu ini juga merupakan balasan daripada lagu ini:
http://www.youtube.com/watch?v=Ng0vgftcKQY


~Alhamdulillah. Terlaksana jua post ini...


No comments:

Post a Comment