Tuesday 12 May 2020

7 Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita tidak boleh solat di Bulan Ramadan

Assalamualaikum wbt. Bertemu lagi setelah 2 tahun tidak bersua 😂.

Sempena PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di bulan Ramadan ingin saya kongsikan antara amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang tidak boleh solat disebabkan haid, nifas dan lain-lain.

1. Menyediakan sahur dan iftar. 
Walaupun tidak boleh solat, digalakkan mengambil bahagian dalam menyediakan sahur dan iftar. Tahukah anda mereka yang meyediakan iftar mendapat pahala seperti orang yang berpuasa walaupun dia tidak berpuasa? Baik kan Allah?

2. Menjauhi larangan agama.
Jaga diri dari melakukan maksiat seperti mengumpat atau melakukan perkara yang sia-sia. Ingatlah Allah sentiasa memerhati.

3. Banyakkan berdoa. 
Saidatina Aishah r.a. tanya Rasulullah saw apakah amalan yang perlu dilakukan jika berjumpa dengan malam lailatul qadar? Rasulullah saw suruh baca doa 'Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa' fa'fuanna'. Serta bacalah doa-doa yang dihajati.

4. Banyakkan berzikir dan berselawat serta mendengar bacaan al-Quran.
Guna tasbih jika perlu untuk memudahkan berzikir. Buka audio mengaji selalu. Dengar bacaan al-Quran pun dapat pahala kan?

5. Menyibukkan diri menuntut ilmu yang bermanfaat.
Guna masa PKP ni dengan membaca buku-buku ilmiah dan ceramah-ceramah online. Jika tidak faham atau ragu-ragu tentang sesuatu tanya orang yang tahu ya.

6. Banyakkan sedekah.
Jadikan sedekah sebagai amalan. Berusaha untuk sedekah setiap hari walau berapa pun jumlahnya.

7. Bersama masyarakat.
Walaupun di musim PKP jangan hadkan terus masa bersama masyarakat. Walapun tidak boleh berkumpul boleh jumpa masyarakat dengan hantar juadah berbuka atau juga boleh bertadarus online!

Alhamdulillah. Sekian sahaja daripada saya. Mungkin ada banyak lagi amalan yang boleh dilakukan. Jika ada kita sama-sama berkongsi ke arah kebaikan ye.

Moga Allah temukan kita dengan malam lailatul qadr. Allahuma bariklana fi Ramadan wabalighna lailatul qadr. Aminn Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment