Monday 31 December 2018

Ahmad Asadullah

19 September 2018 lahirlah putera yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah. Nama yang dipilih adalah Ahmad Asadullah. Berikut adalah kalam ayahnya:

*بسم الله الرحمن الرحيم*

Bersempena dengan gelaran Saidina Hamzah Bin Abdul Muttalib, Asadullah yang membawa maksud Singa Allah,  kami namakan zuriat pertama kami sebagai

*Ahmad Asadullah Bin Ahmad Muslihuddin*

1. Semoga anak ini mencontohi peribadi Saidina Hamzah RA yang menjadi antara tokoh terawal dalam mempertahankan dan memperjuangkan agama Islam.

2. Semoga Anak ini mengembalikan sifat-sifat anak singa yang garang dalam kalangan umat Islam yang telah ditukarkan menjadi kijang yang pengecut oleh taghut.

Amin.

👶🏻🦁👶🏻🦁

Banyak kisah di sebalik kelahiran Ahmad. Maklumlah anak pertama. Tapi alhamdulillah sekarang Ahmad sudah 3 bulan ❤.

Nasihat kepada bakal-bakal ibu di luar sana:

1. Semasa mengandung belajar betul-betul; pemakanan semasa mengandung, teknik bersalin, menyusu badan (boleh jadi 2 hal sama ada susu banyak atau susu lambat banyak, bersedia fizikal dan mental!) Dan berpantang (ikut orang lama lagi selamat!).

2. Bersedia mental dan fizikal juga jika anak demam kuning. Dan perlu ulang alik ke hospital dan klinik serta wad jika ada. Ingat semasa ini walaupun kelahiran normal ibu akan rasa sakit juga apatah lagi jika perlu dibedah. Jadi bagaimana kita nak hadapi sakit kita sambil hadapi anak yang kuning, kena jaga pantang sendiri dan sebagainya.

3. Pengalaman semua orang tak sama. Tapi masih dan perlu belajar dengan orang terdahulu dan sesuaikan dengan kita dan anak. Sebab setiap bayi itu sendiri pun tak sama.

4. Bersabar, bersabar dan bersabar. Kadang-kadang orang akan membandingkan dengan anak mereka dan bagi nasihat macam-macam. Dengar dan senyum. Mana yang sesuai dengan kita boleh amal. Jangan stres jika rasa anak orang lain lagi baik dari kita. Ingat setiap bayi tidak sama.

5. Doa semasa dari mengandung lagi kena amal. Moga Allah kuatkan kita selalu hadapi masa-masa mendatang. Jaga hubungan dengan Allah banyak2. Sebab masa nilah kita boleh full solat dan beribadah. Nanti bila dah melahirkan, dengan tak boleh solatnya, dengan emosi tak stabilnya. Memang sangat-sangat perlukan sokongan dari orang sekeliling. Apatah lagi pertolongan dari Allah lagi kita kena harapkan.

6. Bersyukur, bersyukur dan bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk memiliki anak sedangkan ramai lagi yang diluar sana sedang berusaha. (Moga Allah permudahkan urusan mereka. Aminn). Apatah lagi dikurniakan anak yang sihat, alhamdulillah. Masalah anak kita (kalau adapun) lagi sedikit berbanding orang lain. Memang masa ni akan terdetik 'yela, kau tak rasa apa yang aku rasa'. Hehe ingat ibu masa ni memang sensitif sampaikan syaitan suka sangat nak menghasut. Jadi lagi sekali jaga hubungan dengan Allah mulai sekarang ye 💪.

Banyak sangat nak share sebenarnya. Tapi mana yang terdetik jela ye. Jujur masa mengandung dulu pun perasan agak over confident. Bila dah hadapi sendiri Allah je yang tahu hehe. Itulah pengalaman. Setiap  kelahiran anak pun tak sama. Nanti anak kedua dan seterusnya pula lain pula kisahnya. Wallahua'lam.

Setakat ini sahaja perkongsian. Moga Allah permudahkan urusan bakal-bakal dan ibu semua. Aminn.

Coretan rasa,
Ummu Ahmad ❤

2 comments:

  1. Tulisan pengalaman yg sangat baikk :) Tahniah buat ummi, abii dan Ahmad <3

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi baca dan komen. Alhamdulillah ahmad nak masuk umur 1 tahun 8 bulan. Baru perasan komen ni. Sorry 😅

    ReplyDelete