Assalamualaikum.
Sekarang saya sudah berhijrah di tempat yang baru. Sebelum ini di Pulau Pinang sekarang di Selangor. Hati masih lagi sukar untuk meninggalkan Pulau Pinang. Walaubagaimanapun saya tidak menyesal terpaksa meninggalkan Pulau Pinang kerana perkara ini berlaku atas kehendak seorang ibu dan juga keluarga saya sendiri. Jadi kalau kita mengikut arahannya selagi tidak melanggar syarak, insyaAllah hidup kita akan direstuinya maka redha Allah jua kita dapat. Bukankah redha Allah terletak pada redha ibu bapa?
Di Selangor, saya tinggal bersama tiga orang adik beradik lelaki saya.Tinggal bersama dengan adik-beradik lelaki tidak sama tinggal dengan adik-beradik perempuan. Mungkin sebab saya terlalu lama tinggalkan rumah keluarga. Sudah terbiasa duduk merantau sejak tingkatan dua. (Merantau lah sangat ye). Tetapi tetap juga ada kesan yang signifikannya. Jadi saya berasa sedikit janggal pada mulanya apabila hanya saya seorang perempuan yang lain semua lelaki. Kelakar bila teringatkan apabila saya memesan barang rumah kepada abang-abang supaya membeli pencuci pinggan mangkuk dan sabuh basuh baju sebab yang sedia ada dah nak habis. Abang kedua beli pelembut pakaian dan sabun basuh pinggan. Hah, satu betul dari dua. hehe. Abang pertama pula membeli sabun basuh baju dengan sabun....tandas a.k.a pencuci tandas. Macam mana boleh terbeli? Sebab ada gambar periuk maka abang pertama terbeli sebab ingatkan sabun pinggan mangkuk, padahal pada botol tu ada gambar periuk dan juga tandas mangkuk..kelakar bukan? Saya ingat dah terlebih beli barang. Nasib baik tak. Ada hikmah tersilap beli barang tu. Almaklumlah, abang-abang bujang katakan...
Tempat yang baru, menyebabkan pergerakan saya di sini agak terbatas. Hantar dan diambil dari tempat kerja memerlukan pertolongan mereka. Memang tak sampai hati nak menyusahkan. Tapi apakan daya. Lesen belum ada. Yang ada lesen L motorsikal. InsyaAllah akan berusaha dapatkan sebuah skuter agar mudah untuk bergerak. Hal ini kerana, saya tidak hanya bergerak untuk ke kerja sahaja tetapi saya harus menghadiri usrah dan program-program yang lain. Pernah saya telah ketinggalan satu usrah gara-gara ketiadaan transport. Menangis tidak berlagu lah akhirnya...huhuhu. Sebab itulah Murobbiyah saya yang dulu sangat menyarankan agar saya memiliki transport dan tinggal dengan akhwat.
Saya masih lagi dalam dilemma sama ada mahu tinggal dengan siblings (panjang sangat adik beradik..hehe) atau tinggal dengan akhwat. Hati pada awalnya berat dengan pilihan tinggal dengan siblings. Namun sekarang ini ingin tinggal bersama akhwat kerana melihat banyak maslahatnya, bukan untuk diri saya sahaja tetapi demi dakwah dan tarbiyah. Saya harap saya dapat membuat keputusan dengan baik dan secepatnya kerana jika saya tinggal dengan akhwat maka usrah saya juga harus ditukarkan. Kasihan kepada mereka yang memikirkan keadaan saya ini. Saya harus membuat keputusan yang bijak. Bukankah antara sebab saya berpindah kerana saya perlu mandiri? Inilah masanya!
Musyawarah dan Istikharah itu perlu dan penting!
Moga Allah redha dan permudahkan dengan apa-apa pun keputusannya nanti. Amiinn ya Rabb.
Jia You!
No comments:
Post a Comment