Thursday, 17 October 2013

Badiuzzaman Said Nursi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerana saya telah diberi peluang untuk mengenali seorang tokoh besar Islam di Turki iaitu Badiuzzaman Said Nursi melalui pembacaan buku yang bertajuk Badiuzzaman Said Nursi, Tokoh Pembaharu Islam yang ditulis oleh Abdul Latip Talib terbitan PTS.

Sebelum bercerita mengenai Hodja (Badiuzzaman Said Nursi) sukalah saya mengaitkan dengan isu bangsa terlebih dahulu. Harap tidak melatah apabila saya menyebut mengenai bangsa. Sebab amatlah saya maklumi apabila di Malaysia apabila isu bangsa dibangkitkan terutama bangsa Melayu, maka ramailah yang berteriak, ini rasis! Ini rasis!..Hakikatnya yang ramai berteriak antaranya orang melayu sendiri..ish ish ish..(geleng kepala)..

Sebenarnya apabila dikatakan untuk memperjuangkan bangsa yang sedang ditindas di bumi sendiri (ramai yang tidak menyedari walaupun bukti agak jelas) bukanlah rasis (perkauman) bahkan tidak melanggar syariat. Apatah lagi memperjuangkan bangsa yang menjadi wasilah (jalan) bagi perjuangan yang sebenar iaitu menegakkan syiar Islam di bumi sendiri.

Kenapa dikatakan tidak rasis apabila memperjuangkan bangsa atau nama lain adalah assobiyah?
 Tahukah apa maksud assobiyah yang sebenar? Jelas dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

"Bukan daripada kalangan umatku mereka yang menyeru ke arah berpuak-puak yakni asabiyyah". Maka seorang sahabat bertanya tentang assabiyyah yang bagaimana ya Rasulullah saw? Lalu Rasullah menjawab, " Assabiyah di mana kamu saling tolong menolong dalam kezaliman".

Adakah meminta agar bangsa Melayu agar bersepakat dikatakan assabiyah? Bukan! Jelas ternyata bukan! Kerana kita tidak bersepakat untuk melakukan kezaliman. Kita tidak diajak untuk melakukan kezaliman terhadap bangsa lain (walaupun bangsa kita sendiri ditindas). Tidak! Buktinya,  bangsa selain Melayu masih lagi bebas berada di negara ini tanpa berlaku ancaman perkauman. Kalau betullah ada, sudah tentu kita sebagai bangsa Melayu tidak membenarkan mereka berada di Malaysia. Halau sahaja pendek kata. Tetapi adakah bangsa melayu ingin kesepakatan berlaku antara melayu melakukannya? Tidak bukan? Masih dikatakan rasis? Kalau ya jawapannya maka banyak-banyakanlah istighfar. Astaghfirullahalazim.

Kenapa tetiba saya mengaitkan isu bangsa dengan Hodja?
Sungguh panjang ceritanya. Tapi saya terus straight to the point ya. Hodja sendiri dalam buku itu berkata apabila ditanyakan mana yang lebih penting, cinta kepada negara atau cinta kepada agama?:

"Kita adalah orang-orang Islam. Kerana itu agama dan negara pada hakikatnya adalah satu. Perbezaanya hanya pada luaran. Bahkan agama adalah kehidupan dan roh bagi negara itu sendiri. Atas sebab itu cintakan agama adalah asas bagi memelihara hak-hak umum, dan cintakan negara (bangsa) adalah khadam dan pembantu bagi pencinta agama."

Jadi nampak bukan, mempertahankan bangsa demi negara hubung kaitnya dengan agama sangat rapat. Inilah perjuangan Melayu yang sebenar! Demi agama Islam yang dicintai. Satu lagi bait mengenai hal ini oleh Hodja:

"Kesatuan dan ikatan yang menghubungkan antara sesama manusia dalam tamadun ini adalah ikatan keagamaan, kenegaraan dan profesionalisme bukan perkauman atau rasisme. Ikatan begini melahirkan ukhuwah atau persaudaran yang ikhlas, keamanan dan keharmonian dan semangat mempertahankan negara ketika diserang musuh".

Serangan musuh tidak berlaku dari luar sahaja, bahkan dari dalam jua, dan ini yang paling dikhuatiri! Sebab itulah bangsa melayu di Malaysia, saya merayu, tolong lah bersatu demi agama! Jangan terlalu ego dengan pendirian politik masing-masing. Sikap anda telah menjadi qudwah yang buruk bagi rakyat di luar sana. Nauzubillahiminzalik.

Baik, sekarang ceritakan sedikit mengenai Hodja, mungkin ada yang belum tahu seperti saya sebelum ni. Hodja ini merupakan nama panggilan yang dipanggil oleh anak murid beliau. Nama beliau adalah Said bin Mirza. Ayah beliau dari keluarga yang warak begitu juga ibunya, Nuriah. Ayahnya sanggup mengikat mulut kambing ternakannya supaya tidak termakan rumput tanah orang manakala ibunya sentiasa memastikan dirinya berwuduk sebelum menyusui anak-anaknya.

Badiuzzaman yang bermaksud bintang zaman pula merupakan gelaran yang diberi kepadanya oleh ulamak, manakala nursi adalah nama tempat kelahirannya, Nurs. Subhanallah begitu hebat sekali sehingga diberi gelaran begitu. Beliau sangat merendah diri sehinggakan beliau tidak terus menerima gelaran tersebut termasuk menerima pakaian jubah serta serban (pakaian ulamak) sehingga lah apabila beliau sudah dewasa. Menakjubkan lagi. beliau telah ditawarkan gelaran dan pakaian tersebut sejak beliau berumur belasan tahun lagi. Beliau dikurnia minda yang genius sehingga cepat menghafal al-quran dan kitab-kitab agama. Beliau hanya mengambil masa beberapa hari atau bulan untuk melukakannya. Pelajaran duniawi seperti sains juga begitu mudah dapat dikuasainya. Beliau hanya diberi buku yang berkaitan, dan belajar dari situ. Hasilnya, beliau lagi hebat berbanding saintis pada ketika itu. Subhanallah, Maha Suci Allah.

Beliau juga dikatakan sebagai wali Allah. Tidak hairan begitu banyak karamah yang diperolehinya. Antaranya, walaupun dipenjarakan, beliau kelihatan di masjid ketika solat Jumaat. Beliau juga selalu dikunjungi malaikat walaupun beliau tidak meminta. Bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw juga kerap dialaminya. Bertapa beruntungnya beliau. Sangat wajar dengan kelebihan yang beliau miliki kerana beliau mendapat begitu hebat tentangan dan cabaran dalam meyebarkan dakwah Islam yang sebenar. Beliau selalu dikongkong oleh pihak tentera, diracuni dan lain-lain. Walaupun begitu beliau masih tetap gigih menyampaikan dakwah kepada banduan dan rakyat Turki. Sehinggakan penjara tempat beliau duduki menjadi pusat Ilmu. Risalah an-Nur adalah hasil tulisannya, disebarkan secara sulit dari pengetahuan pihak tentera.

Banyak tempat beliau pergi dalam Turki kerana kerap mendapat hukuman buang daerah kononnya dikatakan pemerintah bahaya fahaman yang dibawanya. Tapi itulah kesempatan baginya untuk berdakwah.

Akhirnya Urfa menjadi tempat persemadiannya. Al-Fatihah.

Wajarlah dibaca sendiri sirahnya untuk mengetahui dan menghayati sirahnya dengan lebih lanjut lalu dapat meneladani kebaikannnya. Wallahu'alam.
Maafkan atas silap dan salah. ~

No comments:

Post a Comment