Monday, 22 September 2014

Malaysiaku Negara Islam

Alhamdulillah bersyukur menjadi warganegara Malaysia bak kata pepatah ‘hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baik lagi negara sendiri’. Wajarlah untuk kita sentiasa berbangga dengan negara sendiri walau bagaimana teruk sekalipun negara kita, masih ada  nikmat yang kita dapat kecapi yang sebenarnya sering kali kita lupa untuk syukuri.

Disebabkan rasa sayang dan cinta kepada tanah air sendiri, membuatkan saya rasa marah, geram dengan segelintir pihak yang sengaja menghina Malaysia, mempersoalkan kedudukan Malaysia dan lain-lain lagi. Tidak rasa tercabarkah kita apabila hak kita yang selama ini langsung tidak dipersoalkan (walaupun ada tapi kurang kedengaran) tiba-tiba menjadi isu utama dalam kalangan puak yang menentang keistimewaan Malaysia?

Saya yakin ramai yang maklum Malaysia istimewa dengan sendirinya kerana merupakan negara Islam [lupakah Malaysia merupakan anggota OIC; Organisation of the Islamic Conference walau kurang menjalankan fungsinya (-_-’)] dan merupakan negara orang Melayu yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu (takkan lupa sejarah kot).

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai Malaysia sebagai Negara Islam melalui tiga (3) perspektif.
  1. Melalui Sejarah
  2. Melalui Falsafah
  3. Melalui Perlembagan
Malaysia Sebagai Negara Islam Berdasarkan Sejarah

Kedatangan Islam di Malaysia atau dikenali Tanah Melayu pada ketika itu dapat dibuktikan dengan banyak kesan peninggalan sejarah seperti:
  • Penemuan batu nisan di Kedah, 903M;
  • Duit syiling di Kelantan, 1181M;
  • Batu Bersurat di Terengganu, 1303M;
  • Perkampungan Arab-Islam di Pantai Barat Sumatera 674M dan banyakkkk lagi.

Lama tak lama dah rupanya kan. Sebenarnya dah ada dalam buku Sejarah sekolah menengah kan? Tak logik untuk menafikan Malaysia bukan negara Islam. Ingat Malaysia ni macam negara nusantara yang lain, yang dahulunya merupakan Kerajaan Islam sekarang hanya tinggal sejarah. Kita tak nak berlaku pada negara kita juga kan? Nauzubillah.

Selain itu, telah wujud perundangan Islam yang mengandungi hukum-hukum berdasarkan mazhab Shafie di negeri-negeri di Tanah Melayu. Boleh search kalau nak tahu. Tahukah kalian jika tidak kerana campur tangan British dalam pemerintahan di Tanah Melayu undang-undang tersebut pasti menjadi undang-undang tertinggi di Malaysia sekarang. Hukum Hudud pun boleh dilaksanakan tanpa banyak soal (tak macam sekarang ni ish3).

Paling jelas dan nyata bukti Tanah Melayu sebagai negara Islam walaupun sebelum ini penduduk Tanah Melayu dahulu pernah mempunyai kepercayaan animisme, hindu atau buddha. Walau bagaimanapun, kepercayaan itu lenyap terus (sisa-sisa yang ada pun apalah sangat) setelah datangnya Islam ke Tanah Melayu. Menunjukkan bertapa kuatnya Islam berakar umbi di Tanah Melayu sehingga sekarang. Jadi sangat tidak pelik apabila dikatakan orang Melayu adalah orang Islam. Hanya kerana ancaman pemikiran dan aqidah yang menjadi-jadi termasuk hiburan yang berleluasa menyebabkan iman mudah goyah hingga tidak boleh dikatakan 100% orang Melayu adalah Islam! Sangat menyedihkan! Tapi bukan salah term ‘Melayu’ sendiri kan? Tapi masalah jati diri individu tersebut. Nauzubillahiminzalik. Moga kita kita tidak termasuk. Amiinn.

Malaysia Sebagai Negara Islam Berdasarkan Falsafah

Al-Quran sebagai rujukan utama umat Islam di serata dunia telah menggariskan panduan bagaimana ciri-ciri negara Islam? Kemudian kalau dibandingkan dengan negara Malaysia sekarang kita termasukkah? Nak kata negara kita sekular? Lagi la tak. Nanti akan dibincangkan dalam subtopik perlembagaan. Prof Naquib al-Attas dalam bukunya “Islam and Secularism” sebenarnya menafikan Malaysia sebagai negara sekular! Maaf tidak banyak poin yang dapat saya kongsikan. Saya akan tambah poin pada posting yang mendatang.  InsyaAllah. Cuma perkara yang perlu ditekankan di sini, Malaysia dapat dikatakan sebagai negara Islam melalui falsafah juga melalui dalil naqli mahupun aqli.

Malaysia Sebagai Negara Islam Berdasarkan Perlembagaan

Dalam 183 Perkara dalam Perlembagaan banyak perkara-perkara yang meletakkan Islam pada kedudukan tinggi di Malaysia. Contohnya perkara 3, mengatakan bahawa Islam merupakan agama persekutuan dan bukan agama rasmi ye, sebab Indonesia Islam pun agama rasmi tapi menjadi negara Republik buat masa ini. Jadi Islam merupakan agama paling utama di negara ini. Jadi sangat wajarlah banyak peruntukkan untuk Islam ada di Malaysia. Kita ada JAKIM, MAIS, Lembaga Zakat Selangor, Tabung Haji dan lain-lain. Peruntukan-peruntukan ini dibiayai oleh Kerajaan (sebab tu ramai yang kutuk badan-badan ini kan).

Selain itu, dalam Perkara 37 pula:
“Bagi memelihara kesucian dan keutuhan Islam sebagai agama Negara, Perlembagaan Persekutuan meletakkan kewajipan kepada pemerintah sama ada Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman untuk memelihara agama Islam. Perkara ini terserlah dalam sumpah Ketua Eksekutif Utama Negara, iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang diperuntukkan dalam Jadual Keempat kepada Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain YDPA bersumpah dengan lafaz : Wallahi; Wabillahi; Watallahi; dan seterusnya baginda bersumpah untuk memelihara pada setiap masa agama Islam. Selaku Ketua Eksekutif Utama bagi Negara ini, sudah menjadi kewajipan semua anggota Badan Eksekutif dan Pentadbiran tanpa mengira kaum dan agama untuk melaksanakan Sumpah YDPA ini.” (Sumber)

Hal ini menunjukkan kekebalan Islam di Malaysia. Tahukah anda pasal pemisahan kuasa? Tidak semua orang walau setinggi mana jawatan pun di Malaysia (legislatif:ahli perlimen, eksekutif:menteri kabinet) mempunyai kuasa untuk menentukan hukum sesuatu kecuali badan kehakiman sahaja. Jadi kalau pernah dengar atau baca menteri-menteri kata Malaysia merupakan negara sekular, kata-kata mereka tidak boleh dipakai, pendek kata. Kuasa di antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman tidak boleh overlap.

            Setakat ini sahaja perkongsian yang dapat saya kongsikan dari bengkel yang saya sertai baru-baru ini bagi membincangkan status Malaysia sekarang supaya tangan-tangan jahat tidak memperbodohkan rakyat yang bukan ahlinya. Saya juga bukan ahli dalam hal ini. Jadi kalau terdapat sebarang salah dan silap dalam posting ini harap dapat diberi tunjuk ajar. TK.


Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment