Tuesday, 22 July 2014

Ummi, Mummy, Ibu

Assalamualaikum wbt.

Semua manusia yang hidup di muka bumi ini memiliki ibu kecuali manusia pertama, Rasul pertama, Nabi pertama, Nabi Adam a.s. Walhal flora dan fauna juga memiliki ibu. Beruntunglah kepada siapa yang masih memiliki ibu di dunia ini. Kerana apa? Kerana masih mempunyai banyak peluang membuat amal kebaikan dengan berbakti kepada kepada ibu dan juga bapa.

Subhanallah begitu banyak ganjaran dan pahala yang diperolehi dengan membuat bakti kepada ibu bapa terutamanya kerana merupakan suruhan Allah swt yang tercatat jelas -jelas dalam mushaf al-Quran kita mengenai kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa. Jadi apa lagi alasan kita untuk tidak berbuat baik kepada ibu bapa?

31:14
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman 31:14)

Berdasarkan ayat di atas, suruhan berbuat baik kepada ibu bapa adalah wajib selepas suruhan jangan menyekutukan Allah (boleh cek 31:13). Jadi kesalahan yang sangat besar selepas menyekutukan Allah jika tidak berbuat baik kepada ibu bapa.

Kenapa keutamaan berbuat baik lebih kepada ibu daripada bapa?
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.” (Riwayat Bukhari)

Alhamdulillah saya masih memiliki ibu. Tidak dapat membayangkan jika hidup tanpanya. Moga dengan kesempatan yang Allah beri kepada saya, saya dapat berbakti kepada nya sehingga ke akhir hayat saya atau beliau. T_T

Tidak tega melihat air mata ibu... Janganlah sesiapa menyakiti hati ibuku lagi...

17:23
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Isra' 17:23)


Ya Allah ampunkan lah segala dosa ku yang sering kali membuat hati ibuku terluka. Moga aku sentiasa istiqomah dalam membuat kebaikan. Amiinnn

Sumber gambar: Google
Sumber dalil al-Quran: http://quran.com/

No comments:

Post a Comment