Jazakillah khairan kathira for coming...gonna miss you... Lyn moga terus tsabat ya...amin.. Moga Allah merahmatimu selalu~~
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalannya dalanm barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"As-Saff:2
Saturday, 26 January 2013
Thursday, 24 January 2013
Quiz Mengenal Salasilah Rasulullah saw
~SALAM MAULIDUR RASUL~
In syaa Allah sempena maulidur rasul kali ini tahun 1434H, saya ingin berkongsi sepuluh kuiz mengenai salasilah Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Sudah tentu kuiz ini ada jawapannya. Nama kuiz ini ialah Quiz jejak Salasilah Nabi muhammad SAW. Berikut merupakan soalannya:
SOALAN 1
Siapakah nama datuk nabi yang ke-empat?
SOALAN 2
Siapakah nama datuk nabi yang pertama? Berikan beserta nama ayahnya.
SOALAN 3
Apakah nama sebenar datuk baginda?
SOALAN 4
Siapakah anak kesayangan datuk baginda? Kenapa?
SOALAN 5
Siapakah seibu sebapa dengan jawapan diatas? Berapa orangkah yang seibu sebapa dengan jawapan di atas?
SOALAN 6
Tahukah anda datuk baginda pernah bernazar mengenai anak lelaki? Apakah nazar itu?
SOALAN 7
Berapa ekorkah unta yang harus disembelih untuk menebus anak kesayangannya itu? Bagaimana?
SOALAN 8
Rasullah saw ada bersabda yang bermaksud, “aku adalah anak di antara dua orang yang akan disembelih” . Siapakah 2 orang itu?
SOALAN 9
Tahukah anda telaga zam-zam pernah hilang satu ketika sehingga muncul kembali semasa pemerintahan datuk baginda? Bagaimana datuk baginda dapat menemui telaga zam-zam dan di mana?
SOALAN 10
Apakah maksud Quraisy?
Sebelum tengok jawapan, cuba jawab dulu soalannya. Barulah kita dapat menilai diri kita, sejauh mana kita mengenali Rasulullah s.a.w.
Moga sukses ya!
Tadaaaa!
Jawapannya adalah:
JAWAPAN 1: Qusai bin Kilab
JAWAPAN 2: Abdul Mutalib bin Hasyim
JAWAPAN 3: Syaibah=si uban. Mengikut riwayat semasa lahir telah terzahir beberapa uban di kepalanya. Beliau juga dikatakan mempunyai anak seramai 16; 10 lelaki, 6 perempuan.
JAWAPAN 4: Abdullah kerana anak yang paling menawan wajahnya dan yang paling halus kesopanannya
JAWAPAN 5: Abu talib. 2 orang iaitu Abu Talib dan Abdullah.
JAWAPAN 6: Bernazar untuk mendapatkan ramai anak lelaki kerana dengan memiliki ramai anak lelaki dikatakan mulia di mata masyarakat. Jika dia mendapat ramai anak lelaki dia akan korbankan salah seorang dari mereka untuk tuhannya dengan menyembelih. Akhirnya 30 tahun kemudian dengan takdir Allah dia dikurniakan 10 orang anak lelaki. Cara dia mengundi adalah dengan mengajak kesepuluh anaknya berhadapan kaabah menghadap berhala Isaf dan Nailah untuk membuang undi. Akhirnya nama Abdullah juga yang keluar setelah 3 kali cabutan dibuat berturut-turut. Pada asalnya beliau cemas untuk mengorbankan anaknya yang paling dikasihinya tetapi oleh sebab telahpun bernazar maka dia tekad untuk melakukannya. Para pembesar yang mengetahui Abdul Mutalib akan menyembelih anaknya, menghalangnya dari berbuat demikian dan berusaha memberi cadangan yang lain kerana khuatir akan ramai lagi orang yang akan menyembelih anak masing-masing kerana Abdul Mutalib pembesar yang disegani ramai. Setelah melakukan syura, akhirnya mereka membuat keputusan untuk bertemu dengan dukun perempuan di Madinah. Setelah diceritakan mengenai permasalahan Abdul Mutalib, dukun itu menyuruh membayar denda sebagai tebusan kerana membunuh manusia. Mengikut quraisy, seorang manusia yang dibunuh dendanya adalah sebanyak 10 ekor unta. Jadi dukun itu memberi jalan supaya meyembelih 10 ekor unta, kemudian cabut sekali lagi, kalau nama Abdullah juga yang keluar, sembelih 10 ekor unta lagi dan cabut undi lagi sehingga bukan nama abdullah yang keluar tetapi unta. (pilihan undian hanyalah unta dan abdullah).
JAWAPAN 7: 100 ekor unta kerana cabutan yang kesepuluh barulah nama unta yang keluar.
JAWAPAN 8: Nabi Ismail a.s dan Abdullah bin Abdul Mutalib
JAWAPAN 9: Terfikir untuk mencari semula telaga setelah menyedari sukar memberi minum kepada jemaah haji. Beliau telah bermimpi sebanyak 2 kali kerana ada kata-kata yang berkata kepadanya yang berbunyi: “wahai sheikh besar galilah telaga zam-zam”. Kali kedua baru beliau tahu tempatnya iaitu diantara berhala Naila dan Isaf. Hanya beliau dan anaknya yang sulung melakukan kerja-kerja penggalian kerana pembesar yang lain tidak mempercayainya. Sehingga akhirnya mereka berdua berjaya menemukan telaga tersebut. Bergembiralah dan bersyukurnya Abdul Mutalib atas kurnian tersebut.
JAWAPAN 10: Pembahagi roti. Sebenarnya kesemua datuk-nenek Rasulullah saw adalah pembesar dan orang yang dihormati, ternama di zaman masing-masing. Bahkan Fihr bin malik (datuk ke-9) amat masyhur kerana sifat kedermawanannya sehingga digelar quraisy, kerana dialah yang berusaha mengumpul sebanyak mungkin roti-roti dari penduduk mekah untuk diberi kepada jemaah haji yang kelaparan pada musim kemarau.
Jadi bagaimana keputusan anda? Dapat 10/10? Walau apapun markahnya, saya ucapkan tahniah kerana mencuba. Kepada sesiapa yang tidak cuba, kena cuba. :) Semoga selepas ini kita akan lebih mendalami belajar sirah dan membaca sirah. Kenapa?
Kerana dari sirah, ada bekalannya.
Wallahualam..
Sumber: Riwayat Rasulullah saw; Sejarah dan Perjalanan Hidup Nabi Muhammad s.a.w.

jeng.......
jeng..........
jeng...........

Monday, 21 January 2013
Lagi Mengenai Penyelewengan
JALAN DAKWAH
BAB 6: LAGI MENGENAI
PENYELEWENGAN
Penjelasan secara lanjut dari bab
sebelumnya. Supaya beriltizam untuk tidak menuduh dan berburuk sangka kepada
sesiapa pun. Penyelewengan ini berlaku kerana salah kefahaman konsep dan
dangkal dalam kefahaman. Akibatnya tergelincir dari segi fikrah dan harakiah. Semakin
hari semakin teruk kecuali Allah swt memberi rahmat untuk kembali ke jalan yang
lurus. (Al-an-am:153)
6.1 KONTRADIKSI DAN KESULITAN
Seorang muslim
yang ghairah dan memandang persekitarannya lalu menanggapi kehidupan seperti berikut:
![]() |
Dilemma dalam berdakwah |
·
Biasanya
akan memilih yang ke-2 kerana akidah dalam diri yang punyai kuasa yang kuat ke
atas jiwa manusia.
·
Tatkala
itu memikirkan segala tindakan dan jalan yang harus diambil.
·
Jika
tiada siapa yang memberi tunjuk ajar dan membimbingnya, mungkin dia pilih jalan
yang menyeleweng dan terus terdorong dalam penyelewengan itu.
·
Lalu
akan menyalahkan usaha orang lain yang tidak setuju dengannya.
·
Biasanya
berlaku kepada anggota yang baru dilantik.
6.2 SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB?
·
Penyeleweng?
·
Kita
harus periksa perkara yang menyebabkan peyeleweng itu menyeleweng.
·
Kekosongan
jiwa agama yang dihayati oleh golongan pemuda mengalami kotradiksi yang hebat iaitu
antara masyarakat yang rosak dengan masyarakat Islam yang dicita-citakannya, dan
rintangan yang dihadapi oleh para du’at.
·
Manakala kekuasaan berada di tangan golongan
perosak.
·
Jemaah
Islam pula yang sepatutnya mengumpulkan pemuda yang mahu bekerja untuk Islam,
lemah dari segi tanzimnya.
·
Jemaah
Islam patut memberi bimbingan mengikut acuan Rasulullah saw tanpa henti
sehingga kita menemui Allah swt.
·
Sikap
tergopoh-gapah juga menyebabkan berlakunya penyelewengan.
·
Kita
(jemaah) harus merasakan kewajipan kita menerangkan kepada pemuda Islam tentang
jalan yang benar berpandukan pengalaman generasi terdahulu dengan mengharap
taufik dan hidayah Allah swt.
6.3 SYUMUL DAN BERPANDANGAN JAUH
·
Kita
haruslah syumul dan berpandangan jauh.
·
Semangat
sahaja tidak cukup kerana menunjukkan kedangkalan jiwa, kurang persediaan dan
sifat yang tidak sabar.
·
Bagi
mereka, dengan hanya semangat dapat merealisasikan sesuatu untuk Islam yang
mana sebelum ini tidak dapat direalisasikan. Lebih melampau, mereka yang tidak
bersetuju dengan pendapatnya akan dianggap bacul dan lemah.
·
Kita
mahukan perubahan yang syumul bukan hanya sampingan/juz iyyah.
·
Hal
ini kerana musuh kita adalah antarabangsa. Setiap pelusuk tempat mereka ada,
tambah-tambah mereka kelihatan lebih berkuasa dari kita termasuklah dari segi
teknologi.
·
Justeru,
kita harus alert/ambil perhatian dan beri perhitungan yang sewajarnya.
6.4 JALAN YANG SAHIH
·
Antara
tugas kita adalah mengubah kenyataan yang batil kepada yang hak. Untuk ini kita
harus:
ü
Tanam
kukuh asas akidah dalam jiwa.
ü
Mendidik
dan mempersiapkan generasi mukmin yang sebenar.
ü
Mampu
bangkit membuat perubahan.
ü
Membangunkan
rumah tangga muslim yang menjelmakan Islam dalam setiap kegiatan.
ü
Berusaha
sungguh-sungguh memenangi public opinion (pandangan
org ramai) untuk memihak kepada Islam.
·
Inilah
jalan yang sahih tanpa gopoh untuk dapatkan hasil.
·
Sesungguhnya
masa diukur dengan umur dakwah, bukannya umur perseorangan.
·
Mungkin
ada yang kata dakwah ini lambat tambah-tambah lagi mendapat tentangan yang
hebat daripada pendokong kebatilan.
·
Untuk
menjawabnya: Rasulullah saw pernah menghadapi situasi begini, namun demikian
baginda dapat memantapkan dasar-dasarnya.
·
Kekuatan
iman dan kejituan akidah dapat mengalahkan kafirin dan pejuang kebatilan. Benarlah
firman Allah: (Ar-rad: 17).
6.5 MENGUBAH REALITI DAN MENGHAPUSKAN
KEMUNGKARAN
- · Kita tidak boleh memaksa perubahan yang drastik berlaku terhadap masyarakat (berperang dll).
- · Hal ini akan melibatkan para pendukung jatuh ke dalam pertarung juz’iyyah. Hal ini akan memburukkan lagi keadaan:
ü
Memburukkan
bentuk usaha dan amal Islami.
ü
Menjauhkan
manusia dari para dai’e.
ü
Membangunkan
tembok penghalang antara manusia dengan masyarakat.
- · Contoh memusnahkan tempat pub atau tempat maksiat yang lain untuk menghapuskan kemungkaran. Mereka pasti akan membinanya lagi bahkan lebih baik. Seperti yang pernah berlaku dahulu, jawab mereka (dalam akhbar) dengan sombong:
“Mereka meruntuhkannya tetapi Allah
memperkembangkan dan membaikinya.”
- · Tidaklah apabila kita tidak berbuat demikian kita meredhai perbuatan mereka. Tiada faedah untuk kita baiki cabang-cabang apabila akarnya sudah rosak teruk.
- · Contoh Rasulullah saw tidak pula menghancurkan berhala-berhala di sekitar kaabah semasa baginda dan para sahabat tawaf mengelilingi kaabah semasa menziarahi Mekah. Selepas pembukaan Kota Mekah barulah baginda berbuat demikian kerana pada masa itu tidak mungkin berhala itu akan dibina kembali setelah dimusnahkan.
- · Ada 2 hal yang kita tidak boleh lakukan, [analogi] pertama semasa pokoknya masih lembut, apabila angin datang, ia akan liang-lentok, dan kembali tegak apabila telah reda, kedua, apabila pokok sudah keras untuk tunduk dan condong, tiada yang bisa mencondongkannya (merbahaya-dan boleh diperangi kerana tidak redha berada di bawah pengaruh yang lemah; Al-Hajj:39).
- · Begitulah dakwah Islam, tidak sesuai menghadapi musuh ketika masih baru, bilangan yang tidak ramai dan masih lagi berjinak-jinak dengan Islam. Jadi harus dihadapi dengan sabar, ketahanan dan ketabahan serta redha sehinggalah berjaya menjadi organisasi yang kuat.
6.6 KESABARAN, KETAHANAN, DAN PENYAMPAIAN
DAKWAH
·
Perkara
di atas sangat ideal dilaksanakan dalam berjihad. Merupakan 3 unsur di
peringkat pertama dakwah.
·
Kadang-kala
proses ini mengakibatkan istisyad (mati syahid, seperti Yassir & Sumayyah
ra).
·
Oleh
itu kita harus mengetahui sirah. Melalui sirah kita akan mendapat bekalan dan
kekuatan yang mendorong kita meneruskan kerja dakwah.
·
Secara
zahirnya ada yang kata sikap begini tindakan yang negatif. Sangkaan ini salah
kerana pada hakikatnya inilah kemuncak positif. Kerana bisa mengalahkan pihak
musuh. Kekalahan ini sebenarnya telahpun dirasai oleh Abu Jahal tatkala
berhadapan dengan kesabaran dan ketahanan Bilal bin Rabah.
6.7 JIHAD DAN MENJUAL DIRI KEPADA ALLAH
·
Ada
yang bertanya, mengapa kita tidak terus berjihad dan menyerahkan harta kepada
Allah? Jawap MM: pengorbanan itu tidak berhak dilaksanakan sehinggalah pada
masa yang sesuai iaitu, masa yang disyariaatkan kita untuk mengeluarkan harta
di jalan Allah bukan mengikut kesesuaian sendiri.
·
Kerana
Allah yang mengira amal-amal kita dan menentukan masa yang sesuai untuk kita
menjual diri kita kerana Allah.
·
Kita
tidak boleh didorong dengan sentimen, tindakan yang melulu sehingga melakukan
pengorbanan juz’iyyah sehingga tidak memberi faedah kepada dakwah seluruhnya.
·
Tindakan
sebeginilah yang akan memberi keuntungan kepada para pendukung kebatilan.
·
Kata-kata
hikmah mengenai hal ini ialah:
“Orang
yang telah menjual dirinya kepada Allah tidk berhal le atas orang yang
menyiksanya. Sesungguhnya Allah lah yang mempunyai hak ke atasnya sama ada Dia
hendak mengamouninya atau menyiksanya ”.
~Bab 6 Jalan Dakwah Tulisan Mustafa Masyhur~moga bermanfaat buat pendakwah di luar sana~
Thursday, 10 January 2013
Meraikan Sahabat
Assalamualaikuum wbt.
''Meraikan sahabat? Senang je tajuk dia. Aku biasa buat lah dengan kawan-kawan aku. Aku sambut birthday depa. Aku luangkan masa dengan depa, bergembira selalu...macam-macam lah.. Err..Tapi betul ke ni? Aku dah buat semua??''
Betul ke pernyataan di atas? Begitu ke caranya untuk meraikan sahabat?teman?kawan?
Sahabat perlu kita raikan kerana dia juga mempunyai perasaan sama seperti kita. Sudah tentu kita juga ingin diraikan oleh sahabat kita sendiri. Justeru, perasan mereka yang kadang-kadang kedengaran remeh pada kita [mungkin kita ini jenis yang kental perasaannya maka kita tidak mengambil berat akan hal itu berbanding sahabat kita itu], kita patut meraikan mereka dengan mendengar rintihan mereka, memujuk nya kalau perlu dan berusaha memberi solusi yang baik untuknya. Pasti dia rasa merasakan bahawa dia dihargai sebagai sahabat. Kita pun nak macam tu juga kan? Kan?
Oleh itu, supaya kita rasa dihargai, kita harus menghargai kawan/sahabat/teman kita terlebih dahulu. Okey?
Berikut yang saya dapat dari mukabuku:
Ciri-ciri sahabat yang sejati
1. Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik
2. Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
3. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
4. Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
5. Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda
6. Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji.
7. Membantumu dalam menunaikan perintah Allah (menjalani kebaikan)
8. Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Mesti di antara kita yang ingin menjadi sahabat sejati. Moga panduan di atas dapat menjadi pedoman buat kita semua..amin.
Yang penting sekali bersahabat lah kerana Allah, kerana manisnya tak terkata!
Bestnya Ukhwahfillah!
May Allah Bless~

~kawan~ |
Bestnya Ukhwahfillah!
May Allah Bless~
Subscribe to:
Posts (Atom)