Saturday, 9 June 2012

KISAH SI PEMBONGKAR KUBUR

Assalamualaikum wbt.

Post pertama selalu tertangguh.maklumlah baru nak berjinak-jinak dengan blog. Sila bagi tunjuk ajar ye (*tunduk*).

Hari ini saya nak berkongsi mengenai KISAH SI PEMBONGKAR KUBUR.
Kisah ini saya dapat dari youtube, yang dikongsi oleh Sheikh Habib al-Jufri.

Kisahnya begini, pada zaman kala ini, hidup sangat melarat sehinggakan ada yang sanggup mencuri kain kafan untuk dijual. Akhirnya apabila si pembongkar kubur ini sudah insaf maka ditanya oleh rakan majlis ilmu nya mengenai perkara ajaib yang dilalui sepanjang membongkar kubur. Pembongkar kubur itu membongkar sebanyak 1000 kubur. 1000, bukanlah jumlah yang sedikit. Kemudian dia menambah, 900 darinya, jenazah tidak menghadap kiblat. Semua yang mendengarbegitu terkejut. kerana keadaan jenazah yang tidak menghadap kiblat di dalam liang lahad menunjukkan petanda yang mengaibkan dan menghinakan jenazah tersebut. Kemudian ditanya kepada seorang alim iaitu guru kepada pembongkar kubur (bekas) tersebut, mereka yang dipalingkan dari kiblat adalah kerana mereka tidak yakin dengan rezeki Allah.
Sedangkan Allah telah berfirman,

"Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamanya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)" (Hud 11:6)

Sepatutnya kita tidak patut khuatir mengenai rezeki kita. Terutamanya kepada mahasiswa/i yang bakal menamatkan pengajiannya. Mungkin antara kalian yang bimbang nasibnya selepas ini. belajarkah? menganggurkah? Rezeki telah Allah tetapkan. cuma kita sendiri yang patut berusaha. ingatkah kalian dengan dalil 13:28? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia sendiri merubahnya!

Allah juga telah berfirman:
".. Dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa hisab"(2:212)

See.. Maka yakinlah dengan pertolongan Allah. Kalau rasa tak yakin pohonlah rasa keyakinan kepadaNya Sesungguhya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sebenarnya kisah pembongkar kubur ada banyak versi. tak kisah apa versi pun yang penting pengajarannya kita dapat kutip bersama. Jadilah seperti iman si semut, yang begitu yakin dengan rezeki Allah berbanding manusia (Nabi Sulaiman). Nak tahu lebih lanjut boleh cari sendiri kisah Nabi Sulaiman dengan Semut.

Sekian sahaja dari saya buat kali ini. Doakan saya moga istiqomah dalam menyebarkan kebaikan. amin ya Rabb.
Sedutan dari youtube

No comments:

Post a Comment