Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. saya masih dapat menghadap laptop untuk mengepost post yang seterusnya. Hari ini (25 jun) tamatlah sudah peperiksaan saya di universiti yang tercinta ini. Sudah tiga tahun rupanya masa berlalu , begitu pantas berlalu. Akhirnya nanti saya akan menghadapi perjuangan terakhir saya sebagai pelajar tahun akhir Biologi Gunaan iaitu viva. Moga Allah permudahkan urusan saya dan rakan-rakan seperjuangan amin.
Sebelum ini pada Sabtu yang lepas saya sempat bersama sahabat usrah ber-rehlah di sekitar U. Pelbagai pengalaman menarik yang tak dapat dilupakan. Terutama kenangan di Tasik Biawak (nama tak rasmi). Seperti dikepung, dua ekor biawak berada di hadapan kami. Kami tidak boleh kebelakang kerana adanya tasik. Akhirnya kami mengumpul kekuaatan kami dengan tawakkaltualallah untuk melepasi laluan di antara dua ekor haiwan tu. Tambah mengerikan kami semua kedua-duanya bersaiz agak besar. Alhamdulillah kami tidak dikejar. Terima kasih kepada encik dan familinya yang beritahu akan keberadaan biawak tu.
Walaupun trauma, aktiviti masih diteruskan di kafe dan ke muzium selepas dhuha bersama. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun salah seorang dari kami terpaksa menarik diri pada saat ke muzium kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Walaupun hujan, ketiadaan kenderaan, alhamdulillah Allah permudahkan. Biasanya hari Sabtu bas tidak banyak, namun sebaik sahaja sampai di tempat menunggu, bas terus muncul. Jalan sikit, kemudian sampailah ke muzium. Disana, kami bergambar kenangan terutama dua di antara kami bakal menamatkan pengajian pada sem ini juga.
Tiba masa untuk pulang, kami di ajak untuk tumpang kereta oleh seorang pekerja di sana untuk pulang ke hostel. Tanpa bantuan itu kami mungkin terpaksa berjalan kaki, turun naik bukit untuk sampai ke destinasi. Alhamdulillah. Sekali lagi Allah permudahkan urusan kami.
Niat kami untuk adakan program begini agar ukhuwah antara kami masih bersemi walaupun tidak dapat berjumpa sekerap dulu. Sebenarnya ini merupakan pengalaman pertama saya sejak memiliki usrah. Saya suka sangat dengan semangat ukhuwah mereka untuk tetap juga hadir aktiviti ini yang telah lama dirancang bersama. Aktiviti ini juga sebenarnya banyak diuruskan oleh anak usrah sendiri.
Betullah kata Murobiyyah saya, dalam usrah atau taklim atau halaqah kita perlu variasikan aktiviti kita dan selalu perbanyakan aktiviti sebegini agar ukhuwah antara kita akan lebih erat dan supaya dapat melahirkan ramai lagi daie-daie yang hebat di pandangan Allah. insyaAllah. Moga kami semua terus tsabat dalam perjuangan dakwah ini. Amin Ya Rabb.
Jadi kepada sesiapa yang belum buat rehlah dengan sahabat seusrah buatlah. Dijamin terbaik! kita sangat istimewa kerena berukhuwah kerana Allah. Sesungguhnya ukhwafillah itu sangat indah:)
Saya sayang mereka kerana Allah~ Ana uhibbu-hunna fillah (err betul ke ejaannya?)
![]() |
Muzium yang kami lawati. Kredit to google |
Wassalam.