Thursday, 29 March 2018

Ingin terus menjadi hamba yang bersyukur

Assalamualaikum wbt.

MasyaAllah. Saya tidak dapat nak bayangkan hari ini bertapa bersukurnya saya kepada Allah azza wajjala. Alhamdulillah wa syukurillah.

Sepanjang masa saya di sini terutama apabila setelah disahkan berbadan dua, saya berasa begitu lemah dan sangat tidak bermaya. Tambahan pula saya tinggal di rumah sahaja, jadi tiada orang yang dapat saya berinteraksi sehinggalah zauj (suami) pulang dari tempat kerjanya.

Tapi adakalanya datang juga kekuatan. Tapi sat-sat ja (baca dengan loghat utara). Kekuatan yang betul saya dapat apabila saya bersama dengan akhwat dan bersama keluarga. Memang tidak rasa mual langsung. Kalau ada pun memang sikit ja.

Sehingga masuk minggu ke-12 dan hari pertama. Saya rasa badan saya dah mula okey. Mungkin betul alahan saya sudah nak 'fade away' sebab dapat makan dengan berselera hari itu walaupun tinggal keseorangan. Tapi esok dan seterusnya badan saya kembali lemah. Allahu. Hanya yang berpengalaman dapat faham apa yang saya rasa. Sebab saya yakin bukan  saya seorang je rasa macam ini. Tambahan pula baru-baru ini baca catatan Vivy Yusof yang mengatakan beliau sudah mengandung. Sama rasa seksanya apabila badan kita lemah tak dapat nak buat apa-apa walhal nak solat pun perlu bermujahadah! Allahu.

Tapi hari ini. Saya rasa sangat cergas (tapi masih perlu dikawal sebab badan sekarang mudah cepat letih). Hehe. Dan yang penting rasa sungguh indah dan tenang. MasyaAllah. Tak dapat nak gambarkan. Makan pun begitu berselera kembali! Nikmat makan pun perlu sangat kita syukuri saban masa. Saya duk terfikir-fikir apa yang saya dah buat hari ini?

Alhamdulillah pagi tadi dapat bersua muka dengan anak-anak usrah. Saya dapat belanja mereka makan tengah hari hasil titipan belanja oleh zauj tercinta. Kemudian memang berniat nak ziarah anak akhwat di hospital. Memang dah lama terniat tapi tiada teman. Alhamdulillah salah seorang anak usrah saya dapat teman saya ke hospital. Saya dengan semangatnya cari hadiah yang sesuai untuk anak yang baik itu.

Alhamdulillah sampai ke hospital dapat tengok dia guna hadiah yang kami bagi. Rasa lega sangat. Tambahan pula niat saya untuk ziarah anak itu tercapai. Alhamdulillah lagi.

Setelah hantar anak usrah pulang ke rumahnya, saya ke pejabat pos laju untuk ambil barang zauj. Kemudian ke supermarket terdekat untuk beli sedikit barang rumah. Masa itu badan saya sudah mula lemah. Sebab tengah hari hanya makan bakso sahaja sebab khuatir tidak habis ikut selera yang sebelum ini. Apalagi, selepas berbelanja terus ke kedai makan terdekat, order kuey tiaw goreng. Suka betul saya dengan kuey tiaw ni. Tak jemu-jemu memakannya. Tak tahu lah sama ada bawaan budak atau tidak.

Setelah pulang dan solat asar, saya makan vitamin wajib bagi ibu yang mengandung. Sebelum ni kalau saya nak makan vitamin akan mula rasa mual. Dan bila dah makan, keluar lah balik vitamin tu. Tapi ajaibnya pada saya, selepas makan vitamin saya sebut 'sedapnya'! Spontan betul. Sebelum ni jangan harap rasa gitu apatah lagi mulut ringan nak menyebutnya. Rasa bersyukur sangat sebab ibu mana yang tak nak anak dia kurang nutrien kan.

Selain itu, buat kerja online pun rasa ringan je. Tiada rasa malas-malas macam sebelum ini. Alhamdulillah. Kemudian nak makan malam pula. Biasanya ibu mengandung cepat lapar jadi kena cepat makan takut nanti masuk angin. Kalau dah masuk angin mudah muntah balik makanan. Seksa juga kan muntah kerap kali ini? Memang Allah nak bagi pahala yang lebih bagi yang mengalaminya. InsyaAllah. Think positive!

Masak nasi dan makan lauk yang ada, alhamdulillah saya makan berselera dan sekali lagi lidah menuturkan 'sedapnya'! Allahu. Bagi orang lain mungkin ini perkara biasa. Tapi pada saya setelah mengalami sendiri keadaan ini, maka nikmat itu jangan sesekali kita dustakan. Allahuakbar. Alhmdulillah selepas makan okeylah perut. Kalau tak memang rasa sakit perut dan tak sedap badan. Kalau makan pula walaupun hanya meminum air kosong pun akan muntah balik.

Inilah pengalaman saya. Tidak ada yang luar biasa pun. Biasa-biasa sahaja. Sekadar coretan untuk kenangan saya yang mendatang. Sungguh bersyukur sungguh saya hari ini. Ada juga yang hal lain yang buat saya rasa best sangat! Dapat ber-pm mesra dengan housemate dulu dan kawan baik masa matrik dulu. Alhamdulillah nikmat ukhuwah yang memang tak dapat kita dustakan.

Banyak sangat nikmat yang Allah bagi kepada kita sebenarnya. Tapi selalu sangat lupa untuk disyukuri. Kalau diikutkan apa yang saya catat ni apalah sangat berbanding nikmat yang Allah bagi selalu ini. Tidak kira masa dan tempat pula itu!

'Ya Allah kurniakanlah sifat qanaah dalam diriku semoga aku menjadi hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan setiap perkara yang Engkau kurniakan kepada ku. Allahumma aminn.'

Sekian.

Saturday, 10 March 2018

Kembali semangat insyaAllah

Assalamualaikum wbt. Alhmdulillah semangat menulis datang kembali. Itulah hikmahnya membaca blog-blog lain yang bermanfaat. Alhamdulillah😂

Entri kali ini tidak bermakna apa-apa hanya sekadar 'warming up'. Moga semangat menulis terus ada dan tidak sirna.

Moga Allah terus mengurniakan istiqomah dalam beramal kebaikan.

Ya muqallibul qulub. Tsabit qulu bana ala dinik wa tho 'atiq.

Allahumma aminn.

Thursday, 25 January 2018

Kata-kata Peringatan Diri

* Kita tidak tahu kesenangan seseorang itu sebenarnya setelah melalui kepahitan. Justeru, bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan iri hati.

*Tidak semua kita mahukan akan dapat. Jadi terpaksa berkorban sesuatu.

*Mengandungkan anak yang soleh/solehah ini mengajar ummi 2 perkara;
1) menghargai setiap doa yg dilafaz setiap kali solat. Jadi kena doa betul2
2) sentiasa mencari keberkahan dalam hidup dengan melakukan amal kebaikan spt banyak bersedekah dan banyakkan tilawah (lebih 1 juz 1 hari)

*I want happiness, how? Buang 'I' sebab menunjukkan keegoan, dan buat 'want' sebab menunjukkan 'desire'. So, yang ada happiness. Itulah kebahagiaan. Maknanya bersyukur dengan apa yang ada.

*Jauhi sifat kikir dari diri! Anda tahu sikap kikir merupakan sikap yang berleluasa dalam umat akhir zaman kini. (Ada hadis cerita pasal kikir ni..Allahu.)

*Bila penat rehatlah. Jangan paksa dirimu. Kelak ada jiwa lain yang terasa akan sikapmu itu. Bukan salah mereka yang tidak faham akan kepenatan mu itu.

*'Sorry' seem to be the hardest word. But yet has the powerful to influence people to be better. Alhamdulillah.

*Baca status gembira orang terus rasa beruntungnya dia. (Cemburu kah ini??) Tapi kita tak tahu bertapa dia sedang berusaha menjalani hidup. Status gembira itu adalah antara penguat dia. Doakanlah untuk dia moga malaikat akan doa kebaikan yg sama buat kamu.

*Percayalah setiap ibu terutama baru yang bergelar ibu tidak akan bersedia 100% selepas kelahiran anaknya. Gue rasa sentap 😭

-Post ini akan sentiasa di-update-

Wednesday, 27 December 2017

Kehidupan Baru Saya

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk update post baru di sini.

11 Disember 2017 tarikh keramat saya. Saya telah pun bergelar 'Puan' dengan izin Allah swt.

Alhamdulillah nikmat yang berterusan telah Allah anugerahkan kepada saya. Cuma kadang2 lupa untuk saya syukuri. Ya Allah ampunilah dosa2 ku ini.

Jazakumullah khairan kathira terhadap semua yang membantu persiapan sebelum semasa dan selepas. Bertapa Allah swt sahaja yang mampu membalasnya.

Bertapa saya sangat terharu dengan pertolongan mereka. Walaupun sudah ketiadaan ibu bapa tetapi sokongan daripada mereka amat membantu diri ini. Bermula daripada adik beradik yang dikasihi, kakak2 dan abg2 ipar, anak2 buah kesayangan,  bapa2 dan mak2 sedara, sepupu sepapat, saudara mara dekat dan jauh, akhwat tercinta walau di mana sahaja mereka berada, teman2 yang mengenali diri ini, ikhwah akhwat semua, yang hadir ke majlis ini, yang mendoakan dekat atau jauh, yang mengirim hadiah. MasyaAllah hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Tiada daya dan kuasa hanya kepada Allah swt sahaja yang Maha Berkuasa.

Alhamdulillah. Segala puji hanya bagimu Ya Allah. Memiliki suami yang soleh, keluarga ipar duai yang penyayang. Mertua yang baik hati. Allah..

Sungguh saya mengasihi mereka semua kerana Mu ya Allah. Ampunilah segala dosa2nya. Permudahkanlah urusan mereka dunia dan akhirat. Moga kami kembali bertemu di syurga Mu kelak. Allahumma aminn

Ya Allah, dengan status baru yang telah Engkau kurniakan kepada diriku ini, berilah kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran2 yang mendatang. Jadilah aku hamba Mu yang bersyukur, yang bergantung hanya kepada Mu semata2 ya Allah. Berilah keberkahan, sakinah, mawaddah dan rahmah yg berterusan dalam keluarga kami. Allah, ampunilah segala2 dosa2 kami. Tempatkan kami dalam kalangan orang2 yang soleh dan solehah kelak.

Allahumma aminnn 😭😢.

Sunday, 12 February 2017

Perhimpunan DHL pertama saya

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berhimpun bersama ikhwah akhwat DHL dalam mesyuarat agung tahunan Isma Cawangan DHL. Bermula dengan aktiviti riadah (setiap pagi ahad kami wajib ada riadah) dan seterusnya bersiap untuk program AGM kami. Sudah lama saya tidak berkongsi pengisian UFA di sini. Oleh itu, di kesempatan UFA menjadi perasmi pembuka AGM kami, saya mencatat sedikit nota untuk peringatan diri ini terutamanya.

UFA memulakan ucapan dengan mengajak ahli Isma Dhl bersyukur diberi kepanjangan umur untuk beramal di jalan Allah. Menurut beliau, musuh-musuh Islam kini yang sebelumnya menyerang Islam secara tidak langsung kini semakin berani menentang Islam secara langsung. Contoh yang paling terdekat adalah penentangan yang nyata oleh golongan musuh Islam terhadap undang-undang hudud iaitu RUU 355. Kita dalam jemaah Islam juga turut terkena kerana kita menentang mereka dengan jelas. Tapi usahlah kita khuatir kerana ini merupakan petunjuk kepada kejayaan dakwah kita kerana merasa terancam dengan kehadiran kita.

UFA: Kisah ghulam yang mencari kebenaran agama dalam banyak-banyak kepercayaan pada zamannya. Akhirnya beliau diperakui oleh gurunya dan diberi peringatan bahawa beliau akan ditempuhi ujian. Jadi selepas itu satu per satu ujian dihadapinya bagi menyebarkan agama tauhid ini dan akhirnya beliau mati syahid. Kita juga mungkin tidak terlepas dengan ujian ini hatta syahid sekalipun.

Ancaman dalam menyebar risalah ini memang ada sehinggalah hari kiamat. Jadi perlu rasa ancaman ini untuk kita berkerja lebih mantap. Hal ini kerana jika tidak rasai adanya ancaman dia akan merasa selesa dalam pergerakkan kehidupan dia, walaupun melakukan kerja-kerja dakwah tarbiyah itu sendiri, jika tiada rasa ancaman jadi dia akan buat persediaan yang tidak setara mana.

Sebenarnya apa yang kita ada dan persiapkan sekarang adalah lebih lagi diperlukan bagi menghadapi cabaran pada hari ini tapi belum tentu lagi untuk cabaran yang akan datang.

Apa yang perlu kita lakukan adalah kembali kepada kehidupan yang sederhana, berbelanja secara berhemah, ketepatan masa dan lasak tubuh badan (contoh pergi meeting tanpa sempat makan, mandi). Kerana apa yang kita lakukan sekarang ini perlu difikirkan yang akan datang. Di Pusat sendiri sudah rasa tekanan sebegini. Jadi cawangan hendaklah laju dalam mengikuti kelajuan dakwah kini. Begitulah jika tidak rasa ancaman walaupun ancaman itu sebenarnya dekat dengan kita.

Pemilihan Ketua
-kita terus tsiqoh dengan mana-mana lantikan
-asal bukan aku
-untuk memilih pemimpin perlu serius kerana dalam islam diri sendiri ada syarat pemimpin. Tidak seperti demokrasi yang hanya limitkan umur 21 tahun dan ke atas.
-lantik diri sendiri kalau merasakan tiada calon yang layak

Pemilihan Perwakilan
-agm lebih tgg dari syura
-matang dlm memilih
-pilih dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran.

Friday, 3 February 2017

Cerpen berkenaan Virus Ukhuwah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah diberi peluang setelah lama tidak bertandang di blog sendiri. Maafkanlah diri hamba yang kerdil ini. Moga Allah terus memberi kekuatan dan istiqomah dalam menulis kerananya. Aminn.

Tajuk yang ingin dibentangkan pada hari ini adalah virus ukhuwah. (sepertinya pembentangan yang formal hehe). Baiklah, dalam kalian berkawan, bersahabat pernah kalian mengalami perasaan iri hati, bersangka buruk tidak habis-habis, dengki, marah, rasa renggang darinya dan lain-lain perasaan mazmumah terhadap sahabat sendiri. Sekali lagi ingin ditanya, pernahkan kalian?

Sebenarnya ia kerap berlaku dalam kalangan kita sedar atau tidak sedar.

Moga Allah melindungi kita semua dari sifat-sifat mazmumah. Aminn. Justeru, alang-alang terjumpa sebuah cerita berkenaan ukhuwah, saya kongsi di sinilah ye. Moga bermanfaat. (Disclaimer: Not Mine, dapat dari emel, terima kasih sahabat yang mengirimnya, uhibbuki fillah)
Terimalah:

***
Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. 
Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah... Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke-3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yang mempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang dalam kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.


"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan kuat.

"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne , are you heading that way as well?" tanya Hayati.
Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne ." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraida memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,
"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. 
Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.

Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. 
Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."
Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda..

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."


Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."
"
Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.


Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.

"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.

"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.
"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. 
Itulah doa mereka berdua.
***
Sekian. Moga Allah sentiasa jaga hati ini dan ukhuwah kita dengan sahabat fillah kita dari virus-virus ukhuwah. Aminn Ya Rabb. 


Monday, 19 December 2016

Ukhuwah: Pulihkan ukhuwah dek virus ukhuwah

Assalam. Hai blog, lama tak jumpa hehe. Saya nak kongsi perbualan ini setelah seorang sahabat yang berjaya pulihkan kembali ukhuwah filllah mereka. Alhamdulillah.

........................
Husna: Hihi. Kan kita yang minta nasihat teha hari tu suruh slow talk

Husna: Tapi saya tak boleh slow talk, sebab beliau selalu menjauhkan diri

Husna: So, sy tulis surat

Fatihah: Sweetnya 😂😍

Fatihah: Alhamdulillah happy for u 😆

Husna: Sambil tulis surat tu sambil nangis

Husna: Hihi

Husna: Memang tulis dari hati

Fatihah: MasyaAllah

Husna: Pastu minta doa dari teha

Husna: Dan doakan untuk dia juga

Fatihah: Alhamdulillah terharunya

Husna: Yakin dgn hadis, doa yang termakbul adalah doa seorang sahabat kepada sahabatnya dalam keadaan dia tak tahu kita doakan dia

Fatihah: Allahuakbar

Husna: Lagi satu, kak mariam pernah share. Doakan sahabat kita atau orang lain dgn ayat:  Ya Allah, pandanglah dia dengan pandangan rahmatMu...dan terus doakan dia

Husna: Huhu..ayat yang sangat touching

Fatihah: Jazakillah khair husna..huhu

Husna: Jazakillahu khair juga teha

Husna: Nak nangis pulak sekarang

Fatihah: Hehe takde pape husna

Fatihah: Alhamdulillah rahmat Allah bagi terlalu besar..

Fatihah: Cuma kadang kala sebab dosa sendiri yang rasa terhijab dari rasa bersyukur tu ..huhu

Husna: Tapi saya tak tahu lagi sampai sekarang sebab apa dia mcm tu

Husna: Tunggu dia bagitahu sendiri  (oh)

Husna: Alhamdulillah ada sahabat sekeliling yang prihatin

Fatihah: Alhamdulillah bersyukur dapat kenal husna juga

Husna: Alhamdulillah..teruskan ingatkan saya ya teha

Husna: Love you💋

Fatihah: Ahabbakilladzi ahbabtini lahu 💟

..........................
Solehahnya sahabat-sahabat ini. Ya Allah, Engkau jaga dan rahmatilah mereka yang berukhuwah kerana MU. Moga mereka dipertemukan kembali ke syurga Firdaus-MU. Aminn Ya Rabb.