Tuesday, 30 September 2025

Journal semalam

Semalam hari Isnin. Hari ini Selasa. Rasa terbayang-bayang indah sungguh semalam sebab dapat nikmat dan tenang yang tak tergambarkan. Sebab tak tahulah pernah ke rasa tenang macam ni sebelum ni. Atau once in a lot of years? Hehe. MasyaAllah alhamdulillah. 

Rezeki Isnin bangun qiyam sekejap dan sahur air ibu je untuk niat puasa sunat Isnin. Prepare sekolah anak2. Sempat gosok baju pagi tu. Tak ingat pula Subuh berlaku macam mana. Mandi dulu ke belum hehe. Sebab biasanya Mandi dulu sebelum subuh. Tu yang subuh hampir nak lebih dari setengah jam masuk subuh baru nak solat.

Hantar anak2. Pukul 7.50 kot. Tak rasa rushing atau terburu-buru. Tenang je bawa kereta. Tanpa rasa terburu-buru nak kejar masa, kejar traffic light. Kalau ikutkan takde lah awal sangat. Tapi sebab dah redha kot. Hehe dah tahu masa macam mana. Yg ptg tak lewat masuk sekolah. Tapi kalau lewat pi je la pagar belakang hehe. Takde takut2. Hehe. Traffic light pula kerap hijau. Kalau merah pun sat ja. Almathurat memang selalu baca semasa drive. Tenang tak tenang. Baca ja..hehe.

Anak-anak pun alhamdulillah behave je. Yang best ni jadi ibu Fatihah ni rasa bahagia kalau Anak-anak tak buat ibu marah. Mungkin sebab ibu masih belajar kawal emosi? Astaghfirullahalazim. 

Selepas hantar Ali. Ingat nak solat dhuha dulu tapi ibu kutip mainan dan buat keje musang berjanggut seperti biasa. Kutip sampah, mainan Anak-anak, alat tulis Anak-anak, kertas nak kitar semula dan barang2 lain. Jadi kena ada tempat untuk letak benda ni semua sambil bergerak sikit2. Lama2 nampak bersih. Sapu2 tak dapat buat banyak. Buat yang jelas dan nyata je. Kibas karpet roket ruang tamu 1. MasyaAllah ni rezeki sangat sebab bukan selalu dapat buat gini tau. Sempat juga on mesin basuh.

Then baru ada rasa eager nak pi tandas. Then baru dhuha. Sambil tilawah 4 page. Siap dapat jemur baju lagi. Slps wuduk pakai skincare siap2 hehe. Sbb nk keluar ambil baju..biasa selalu delay nak pakai. Nak keluar baru pakai. Then niat nak buat senaman ringan untuk kuatkan otot-otot bahagian lutut kiri sebab baru tahu napelah asyik sakit sebab tanya chatgpt haha. Alhamdulillah  berjaya. Sebelum bersenam tula baru tgk fon. Kalau tak tgk fon masa buat kerja lambat lah siap huhu.

Actually senam pun lambat2 sebab sambil tgk fon buat itu dan ini. Senam ringkas ja. Tak peluh banyak. 

Kemudian barulah bersiap ambil anak alhamdulillah. Masih tenang sampailah ibu dah mula penat selepas solat zohor dengan melayan permintaan Anak-anak yang macam-macam. haha.

Setakat ni jela kot. Kena fokus hari ni pula. Sebab ada gangguan air berjadual start rabu hingga jumaat..MasyaAllah moga Allah permudahkan urusan kita semua. Sekian.